Friday, May 29, 2009

antara yang pertama

Dira kebosanan,tengah tunggu yang lain sampai office before berangkat ke JB.. (wuhhuu, riding time lagi..yeehhaa!!). sambil tunggu, dira beger sana sini, terjumpa poster My Indie Rock Darling.Gosh, teringat balik hampir setahun lebih yang lalu, Dira memandu ke Kuala Selangor untuk turun padang bantu kawan - kawan berkarya.. (Ya Tuhan, masa ni baru Dira tahu, Kuala Selangor tu adalah bukan Kuala Langat atau Hulu Langat.. jauh siot!).

Memang tak banyak sangat yang Dira bantu, hanya untuk beberapa babak je. tapi apa yang best, pengarahnya Raizamsyam,bagai nak rak siapkan cerita ni dalam masa 4 hari saje..(jangkawaktu pengambaran lahh)..



memang dah lama, tapi tiba - tiba Dira teringat pasal cite ni..

Akan Tiba by Student UniKL



gila creative.. :)


Thursday, May 28, 2009

Seratus Harijadi

Selepas Popular, pengarah muda (muda ke??), Woo Ming Jin baru selesai dengan Seratus Harijadi. Kali ni dira terlibat sama..membawa karakter yang menarik, seorang jurnalis yang kerek dan yo yo arr je.. :)

Seperti dah tersebut dalam post yang terdahulu, untuk kali ke-2, Dira berganding sama dengan rakan yang sememangnya mantap (dan sedang digilai ramai.... :p), Zahiril Adzim, bersama kawan - kawan ASKnya, Ayam, Sherry, dan Mirul serta penampilan khas olehRadhi Khalid dan Tony Eusoff ( dengan cite sekarang dia tgh bz dgn re
harsalnya, so nantikan pementasan terbarunya di IB ehh).owh ya, juga ada band Hujan.

yang nak dikongsi ni adalah sebahagian dari apa yang berlaku di sebalik tabir Seratus Harijadi..(inilah punca Dira jadi.... errr, brown? :p)






Ya Tuhan, banyaknye yang Dira nak tunjukkan kat korang..taaaapppiii..... ni je yang boleh Dira kongsi bersama korang.. nak tahu lebih, tunggu di Astro Ria 12 June jam 1030mlm.. (kalau ada pertukaran Dira update k)

percayalah, walaupun gelap (err, i mean brown.. :p) pasal ini cerita, dira rasa berbaloi...

photos: thanx to Sim( our lovely Assistant Director)

owh by the way, semalam Man U kalahkan dengan Barcelonakan?? *wink*.Penuh bergaya jaringan gol ke-2 oleh Messi... (sedang senyum puas Man U kalah)

naturalkah perasaan ni?

mungkin kot.. itu yang cuba dira gambarkan..
dira cuba normalkan saja lah..
melayan apa je yang ada kat depan mata..
walau hati ni dah hampir buta..

masih terus gagahkan diri ni untuk terus beraksi..
untuk korang yang terus menyokong dira ni..
terima kasih banyak - banyak dari hati...
ini je pun yang dira ada untuk mengisi..

dira suka dengan apa yang ada..(thank you Allah)
dira sayang dengan korang semua (thank you semua saudara)

:p

Wednesday, May 27, 2009

sinar cahaya - kaer azami



thanks to Ghaz... :)




p/s:tak tau kenapa, but i like this than izinku pergi.. hahahaha


hutan lipur lentang...


untuk kali ini, dira ke Hutan Lipur Lentang.. apa yang berlangsung?... ini antaranya... :)

tunggang motor dengan selamat ehhh...

sampai je, tekak kering bagai nak rak - rak rum... lepak dulu dowh..!

jakun tengok sungai, lompat tanda kegirangan..

damn, best dowh main sungai....!! (serius tak tipu)

last - last tersadai tunggu motor abangku rosak... (ceh..!!)

tapi jelajah bersama saudara mara menaiki 'anak daraku' memang terbaekkk lah!


kenapa ehh...??

dira rasa.........
kalau kita suka kat orang tu, kenapa perlu malu untuk bagitahu,
kalau kita minat sangat dengan orang tu, kenapa perlu malu untuk berterus - terang,

kalau kita rasa dia cantik, kenapa perlu malu untuk memuji depan - depan,
kalau kita nak tahu mana dia beli baju tu, kenapa perlu malu untuk bertanya,

kalau kita rasa dia buat benda tak betul, kenapa perlu malu untuk menegur,
kalau kita rasa dia salah jalan, kenapa perlu malu untuk tunjuk jalan yang betul,

kalau kita nak buat semua yang kenapa ni, kenapa perlu buat dengan kurang ajar...
buat je dengan cara baik, orang boleh faham lah...(apa nak kecoh - kecoh ...?)

korang rasa???

Tuesday, May 26, 2009

deeper conversation


is your favoruite color blue?
do you always tell me the truth?
do u believe in outerspace?

now im learning you.

is your skin as tan as mine?
does your hair flows side ways?

did someone take a portion of ur heart?
now ime learning you

if u dont mind can you tell me all your hopes and fears and everything that you believe
and would you make a difference in the world
i leave for you to take me to a deeper conversation..
only you can make me...

i flip my guard for you..
and in time you will too..

does your name rhyme with mine?

song/lyric: Yuna..

*dira suka Yuna!!!

Monday, May 25, 2009

aku dan kain batik mak

dira balik kampung, lepak menenangkan diri..
balik tanpa dirancang, maka banyaklah yang tak dibawa.bawak yang penting je.
jejak je kaki kat umah parents, terus dijamu dengan pelbagai jenis lauk pauk( thats the best part about my mom...)..

lepas rehat dengan ayah tercinta, nak tidur.. alahmak... lupa bwk baju tido lah pulek..
last2 dira diberikan kain batik mak dira.. hmm... pakaikan je dari takde.

akak dira sampai berguling - guling ketawakan tengok adik dia pakai kain batik.
menjawab jugak.. 'weh ok what aku pakai kain batik'..

dia balas..' ok apenya, macam pondan baru belajar jadi perempuan lepas operate..'

jadi, POV dira, perempuan modern berkerjaya di luar sana, belajar - belajar pakai kain batik, atleast untuk waktu sesak mcm ni, dan elak dari kene ketawa..

*ini akak dira tau, tak tahu lah yang sebelum ni orang lain nampak mesti kene kutuk kow - kow punya...

Saturday, May 23, 2009

jangan percaya cakap orang... :)


apa yang dira selalu bikin bila lapang?...

ini antaranya..

selain beraksi depan lensa, bila senang dira abu zahar merempit jugak :p

lepak minum air kelapa di Semenyih lepas ride bersama kawan - kawan yang memang takde kene mengena dengan hidupku di kaca tv.(yang paling penting, dengan abang sayangku dan kakak ipar yang wah!)

celebrate birthday sahabat terbaik, Hana Sakina dan teman - teman seperjuangan semasa di UiTM, Shah Alam.. (girls, so much weve gone through together at that time kan?..)

apa motif pun tak tahu tapi tetap nak bgtahu korang jugak.. hahahaha...
dira abu zahar,budak selebet yang nakal dan lasak.. (thats what my family and friends selalu ckp lah..)

Anak Wayang di Astro Ria


dira jalan - jalan pergi makan dengan semua saudara jiwa dira,
tiba - tiba dapat panggilan rezeki lagi mendatang, (thank you Allah..)
dengan itu mula lah hari - hari yang menuntut segala masa yang ada..
tapi kali ini berbeza sedikit, ada banyak benda yang dira belajar..
terlibat dengan program Anak Wayang yang kat Astro Ria.
tapi bukan sebagai pelajar lahh...
cuma mengisikan karakter untuk mereka.


tak faham?...
ntah dira sendiri pun kurang fasih lagi apa yang sedang berlangsung.
so nak tahu cane, tengok lah nanti kat Astro Ria yah!

:)


* logo ihsan google search.. :)

Thursday, May 21, 2009

more life..

its been anwhile,yes that i know... bukan malas, tapi tuntutan kehidupan membuat kita alpa untuk lakukan sesuatu yang kita nak.. rite?

but anyway, dira just got back from all sorts of kerja. one main important is tentulah beraksi.
puas menelan karakter anggun, dah kenyang, naik muak pun ada.. dira ke satu tempat, membawa diri untuk seketika. hahahah.. ye, memang ramai mencari, tapi sengaja mendiamkan diri. bermeditasi kataku.. (ya rite..?.. hell yahh..!) sampai lemas dibuatnya, dira mula kembali beraksi..

seterusnya untuk tele, arahan mingjin, berjudul 'seratus harijadi'.. jika di izinkan akan ditayangkan pada pertengahan bulan jun nanti di saluran astro ria..(tengok yahh!). 8 hari bermandi peluh menghirup kepanasan di kampung sekinchan.. (Ya Allah, panas betul!) .. tapi seronok sebab dapat menyaksikan satu lagi keajaiban dunia, cantik betul lapangan sawah padi di sana..untuk kali kedua, dira digandingkan dengan rakan sekerja yang hebat, Zahiril Adzim. turut sama, Ayam, Mirul, Sheery, dan jemputan istimewa, Tonny Eusoff..

pulang dari Sekinchan, dira dah nampak sangat... brown.. (erti kata lain dah gelap dowh..!) :)
takpe, motivate diri.. i look so bronze,mcm beyonce (hahahahah). memang nak putehkan (putehke? k, fine... cerahkan) balik akan mengambil masa yang berbulan - bulan kot.. but somehow, im in love with myself now.. i like it ( keep motivate yourself dira..)

hampir seminggu melepak, menggembirakan rakan - rakan langsung untuk diri sendiri, dira dipanggil untuk ke Melaka.. hmm, dapat balik kampung terus. hah! dapat bekerja dengan antara pelakon pertama yang dira bekerjasama dulu, Fezrul Khan, Zizan Nin, Liza Abdullah (mak delima, rindu diaa!!!), Aliza Shadan, dan tunjang utama, Kak Cik atau nama sebenar Fadillah Mansor (mak bela delima, rindu dia jugak!!). seronok sangat dengan diorang sebab kerja tanpa stress.. hihi.. pergi karaoke celebrate birthday Zizan Nin.. (gila jugak dia ni, trust me), lepak makan seafood kat Pantai Klebang, dan pergi kalabu malame di Cube (sesungguhnya, masa ni dira sangat malu jadi orang Melaka, sebb tak pernah tahu wujudnya tempat ni semua)

apa lagi selepas ini?... belum ada yang confirm.. so relax dulu dowh!

Anggun?.. untuk kali yang keberapa pun dah tak ingat, Anggun diculik baik punya dengan my mom and my dad.. aduh, sangap lah diri ini dok sensorang kat umah. nasib baik ada saudara mara yang boleh dira tumpang gembira.. but anyway, Anggun is getting bigger., shes grown up well, perfectly fine. walking, running around, screaming outlloud, merengek all the time and more, itulah Anggun yang terkini.. shes getting prettier (in which i do envy that.. hahahah)

banyak lagi nak di kongsi, tapi nantilah dulu.. akan kembali lagi yah!