Tuesday, May 22, 2012



Alhamdulillah.. semua sudah selesai dengan tenang. Ini merupakan kenyataan rasmi dari ketukan papan kekunci  saya sendiri. Blog ini juga tidak pernah kawal oleh mana - mana admin (seperti manager mahupun PA). Apa yg terketuk di sini adalah hasil dari bicara hati yang kadang - kadang memberontak mahu melepaskan sesuatu tapi bisa takut dengan cabulan mulut berbicara, aku diamkan dan akhirnya menjadi ketukan papan kekunci sahaja lah..

Dengan ini, aku percaya dengan kuasa media yang maha hebat, aku percaya segelintir besar peminat industri ( tidak semestinya peminat aku ehh.. ) sudah pun sedia maklum dengan pengunduran diri aku ini dari memandu sebuah rancangan gosip paling popular di Malaysia ini iaitu MELODI ( haaa, tak payah struggle masuk top5 ABPBH.. hahaha.. ).  Iya, faham.. perlbagai speku ada timbul dan ada yang dah timbul lama sebelum sebarang kenyataan rasmi lagi (sebab tu aku cakap, kuasa media yang maha hebat). Bagus, ini menunjukkan kebanyakkan diantara kita menggunakan kapasiti otak lebih daripada average penggunaan iaitu 20%. 

Jadi dengan ini memudahkan kerja aku lagi. Yakni, tak perlu bicara lebih sebab dah berlebih - lebih pun yang telah dibicarakan. Jujur aku katakan, hati ini telah lama terdetik untuk mengundur. Sebab aku tahu tempat aku bukan di situ. Aku bukan yang boleh memancu kenderaan jenis itu. Aku tidak pernah terfikir untuk mengawal kenderaan itu.

Selama aku berada dalam industri ini, tidak kira besar atau kecil skalanya, segala yang aku buat aku mengikut kemampuan dan kegembiraan aku untuk melakukannya. Dari produksi yang menyediakan segala-galanya untuk aku sehingga ke produksi yang kene beli makanan sendiri, aku tahu aku gembira melakukanya sebab aku lakukan atas kemampuan aku dan kegembiraan hati aku untuk melakukannya.

Memang kadang - kadang, tidak semua yang kita nampak itu indah seperti yang ditayangkan. Aku akui, tidak mudah untuk mengendalikan program itu. Terlalu besar dan berat tanggungjawab yang dicampakkan ke bahu ini. Juga ianya bukan padang aku untuk aku berlegar bermain - main di siu\tu. Padang aku di tempat lain, walau kecil dan buruk,  itu padang aku dan aku gembira dengan padang aku. 

Jadi dengan ini, aku memohon untuk membawa diri dengan cara dan pilihan gaya aku sendiri yang aku tahu dimana kemampuan dan kegembiraan yang akan aku kecapi dengan apa sahaja pilihan yang akan aku buat dimasa akan datang. 

Mohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkasar dan terlebih dan terkurang (seperti yang di katakan aku sangat gedik dan poyo dan macam orang bangang dan macam ntah hapa - hapa dan macam itu dan macam ini... ) 

Pesan aku,jaga diri leklok ehh.. 
Apa pun, AKU SAYANG KORANG SANGAT -SANGAT!!