Sunday, September 5, 2010

rapatkan urat minda menghargai kepelbagaian.

dia lain, kita lain.
dia lelaki, kita perempuan.
dia tinggi, kita pendek.
dia orang kaya, kita orang biasa- biasa.
dia pandai, kita tidak.

siapa dia?.. siapa kita?
apa yang lain? apa yang beza?
aku cuba selindungkan setiap kegagalan kamu dengan senyuman. tercebis dalam hati ini,
kita 'ciptakan' perbezaan itu, namun kita tidak mampu menggarisi sempadan perbezaan itu.

persoalannya, siapa kita untuk menciptakan sesuatu perbezaan itu?.
mungkin sekadar untuk mempelbagaikan kehidupan agar tidak bosan dengan kerenah sendiri.

agar kita tahu yang kononnya kita tahu,
agar kita pandai yang kononnya kita memandai,
agar kita ambil peduli kononnya kita tidak peduli.

saje, dah takde keje agaknya manusia ni.. hidup makin macam robot sebab sendiri mahu jadi robot. dirutikan kitaran waktu secara biologi, padahal kita yang wujudkan secara kinetik.

jadi, usah terikat dengan syarat- syarat yang kita buat sendiri.