Thursday, October 20, 2011

itu kawan saya!

Kawan lama! Lama sangat!

Ok ok, wa faham.. sorry kalau wa ganggu kawan lama sangat lu itu.

Aku bahagia bila tengok semua orang keliling mata ini ada yang dipanggil kawan.
Jaga betul mereka ini dengan kawan mereka. Tak macam aku.. Sebab aku bagitahu pada diri, 'kalau nak jaga diri sendiri pun aku tak mampu, inikan pulak nak jaga kawan?.. hmmmm...'

Aku harap kawan - kawan pada kawan- kawan ini betul - betul boleh jaga kawan - kawan ini punya kawan - kawan lah.

Jaga mereka elok - elok eh..

Sebab aku tak punya kawan.
Aku cuma ada teman sahaja.


Saturday, October 8, 2011

rindu ruang pentas...

Ye, agak sibuk sana sini situ pusing - pusing lari - lari jalan balik pusing lagi sini lagi sana lagi.. phhewww!!!

Tapi dalam sibuk - sibuk, sempat mata ini tertampan dengan pementesan Disebalik Rahsia Hidup Nora. TAHNIAH!

Tak mungkin adayang lain mampu di sampaikan selesai mata tertumpu pada set yang cukup meriah dengan lampu neon warna - warni itu. Costume?.. tak payah cakap lebih sebab kita tahu pemilik takhta icon fashion itu sememangnya milik Kak Tiara, Si agen Nora itu.

Jalan cerita Act 1 sedikit lah lembap, tapi tak lah lembap mana. Faham apa yang cuba disampaikan. Tak lah meleret sampai dalam hati menyumpah ' sudah - sudah lah tuuuuhhh...'

Ok, tak pandai untuk ulas lebih - lebih tapi yang pasti, keluar saja dari dewan Istana Budaya itu, timbul rasa rindu dalam hati ini. "Bila mungkin aku akan dipanggil semula untuk ke pentas?'

Kalau tak sebesar pentas Nora, cukup seperti apa yang pernah aku persembahkan sebelum ini.
Mahu saja aku panjatkan pentas itu bila menyaksikan keghairahan para pemain pentas itu bikin persembahan.

Arrggghhh!!!

Serious tak tipu..

Aku rindu sama pentas, lampu, bunyi, dan penonton di bawah pentas...

Bilakah.....???
ini saja yang mampu mengubat rindu