Monday, April 12, 2010

mulut dikatup mata terjegil !

tatkala mendengar keputusan hakim dunia, aku terdiam.
bagai di katup mulut nan satu ini.
berperang bagai nak gila mahu menang.
nafas aku terhenti bila diumumkan kami kalah.
semua kerana hati yang tuli akal yang naif.

maaf kawan-kawan,
aku biarkan kamu berfikir sehingga tak tercapai dek akal aku ini.
kerana aku tak mampu mengawal sajauh mana kamu patut berhenti.
mahu sahaja aku berdiri di atas paras normal bercerita tentang cereka ini.
tapi aku juga tak mampu melawan satu kata yang disebut takdir Ilahi.

aku katupkan mulut,
hanya mata terjegil nafas terhenti,
kerna walau apa pun,
aku tetap dikatakan pendita yang mendustakan cinta.





ps: terima kasih atas doa-doa kamu semua.

Friday, April 2, 2010

Dia yang Istimewa ~ Abg Din Beramboi ~


Tinggal Kenangan ...







hmm.. Dira tak mahu cerita panjang tentang ini semua. Kita semua MEMANG sedih atas pemergian secara terlalu mengejut ini.

Yang pasti, kita semua akan sentiasa merindui arwahyarham Abg Din.

Moga rohnya dicucuri rahmat..




Thursday, April 1, 2010

tadah


setinggi kayangan di luar bayangan,
sedarjat raja - raja alam semesta,
selaut lautan membanjiri bumi,

tetapi aku tetap di katakan pengkhianat cinta.

teruskan memekik, melolong, maraung agar mereka fahami,
biar aku tadah airmata bertakung sedalam perigi ini sendiri.




ps: jangan salah faham yah..