Tuesday, February 9, 2010

Sayang - sayang - sayang




Sekeluarga di Hutan Lipur Lentang.

Kami jalan sama,
Kami mandi sama,
Kami makan sama,
Kami lepak sama.
Semua sama - sama.

bila hati tak karuan..



aku tengok dia.
aku tenung dia.
aku suap dia.
aku dodoikan dia.

dia senyum..
dia ketawa..

aku cakap.. 'Habissssssss laahh aku..'

*credit gambar to wanjahblogger.blogspot.com (macam bisa, dia yang byk amik gambar anak aku)


Saturday, February 6, 2010

Tanda ditunda...

hmmm.. macam tu lah nampak gayanya.. macam mana boleh jadi lagu tu?.. tak tahu nak cakap lah.. ouh tidak, lebih tepat, malas nak cakap lah..

Apa yang pasti, tergamam, terdiam, terpaku hati ini bila terlihat kelibat rakan2 yang lain menahan sebak. Dira tak mampu nak tunjukkan sebab Dira cuba kuatkan hati ini yang ini bukan nasib kami..

Teman Dira cakap, yang penting niat dalam hati.. Kalau diorang tak nampak, ada ramai yang lain akan rasa niat kamu tu... Dira diam, senyum... dan blah..

Waimah apa, TANDA akan kembali dipentas, tidak lama lagi... dan penting, bukan dalam jajahan 'cendekia' seni- kataaannyyyaaaa!!!

:)

Wednesday, February 3, 2010

cuci mata saja lah..


ini budak... gilak!!!

(tiba2, aku rasa macho gila bila tengok gambar ini... sendirian aku senyum lagak Remy Ishak..hahaha)


ouh, apa pun, Teater TANDA masih dipentaskan sehingga 7hb ni di E.T ASWARA. tiket harga RM30 dan RM15 untuk student (janji student, bukan kira IPTA/S dan tak tertakhluk untuk student ASWARA saja)

So datang weh, sokong kami..
*turut sama dalam pementesan ini Zahiril Adzim, Beto Kusyairi, Ameerul Afendi, Maya Tan, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi.

lebih maklumat sila ke http://rumahanakteater.blogspot.com


Friday, January 22, 2010

Melacur lagi?..



Kali ini, pembuka tahun 2010, Dira bersama Rumah Anak Teater sekali lagi akan beraksi di pentas dalam teater TANDA. Besar sikit kot pentas kali ni. Akan berlangsung di Ekperimental Theater, ASWARA dari 2 Feb- 7- Feb 2010 (untuk maklumat lanjut boleh tgk kat http://rumahanakteater.blogspot.com).

Apa yang special dengan RAT ni sampai sanggup bekerja lagi dengan mereka untuk kali ke-2?.. Macam Dira pernah kiaskan dulu, Dira nak korek ilmu dari mereka. ( hahahahah...) sambil sudah tentu buat apa yang Dira suka. Seorang kawan pernah bilang 'Teater ini macam terapi".. Dira setuju. ada sorang lagi kawan bagitahu, "proses pembikinan teater itu adalah yang mahal", Dira setuju lagi. Mungkin nama kami tidak se gah atau sebesar nama pembikin teater yang lain, yang biasa kamu dengar di majalah mahupun surat khabar. Tapi kira apa pemes ke tidak kan.. yang penting bagus je.

Apa pun, sekali lagi, kami bergerak tanpa tajaan besar.. Kami gerak dengan lafaz Bismilallah sahaja. Jadi dengan itu kalau ada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan untuk kami, tak kira dalam bentuk tunai mahupun harta benda (wahahaha..), boleh hubungi nombor yang tertera dalam blog rumah anak teater tu.. hmm, malas nak cerita panjang nanti bunyi macam mintak simpati, tapi terpulang k.


Ouh yah.. yang ini tak payah Dira cerita lebih2. Rasanya kebanyakkan sudah tahu yang Dira terpilih untuk top5 ABP dalam kategori Artis Baru Popular. hmm, sekali lagi jika kamu suka dan rela, boleh hantarkan undian dengan ikhlas. Caranya mudah, beli surat khabar Berita Harian dan akan termaktub lah cara2nya di sana nanti yah..

ok, nak sambung kerja..

:)