Tuesday, October 6, 2009

Jarum itu mainan dia

Bertempat di Hospital Ampuan Rahimah, Klang, Dira menyaksikan satu lagi kejadian dalam kehidupan yang Dira sangka macam cibai ni.. Bukan kemalangan yang menimpa diri, bukan mainan wayang perangai manusia (ini benda hari - hari dah berlaku dalam hidup, tak heran dahhh), tapi... entah lah.. nak kategorikan sebagai apa pun tak tahu.

Mereka ini sedang merana, mereka ini sedang meraung kesakitan, mereka sedang penat, tapi mereka redha dengan ketentuanNya sahaja.

Dicucuk jarum dan dimasukkan darah manusia lain yang tak dikenali memang dah menjadi rutin hayat nyawa mereka ini. Dalam mata nampak perkataan 'terima kaseh' kepada penderma darah itu. Dari mana datangnya darah itu tidak pernah dipersoalkan. Mereka hanya terima sahaja.

Dari kaki mereka sebesar telapak tangan ibunya sehingga umur mencecah layak untuk berkahwin dan sampailah nafasnya terhenti jantungnya mampos, ini adalah rutin dan makanan mereka setiap minggu, bulan, tahun. (bergantung kepada tahap keperluan setiap individu).

Yang paling tak tahan hati ini dibuatnya, bila ada kanak - kanak perempuan sebesar anak Dira sendiri. Bila Dira dirumah sedang riuh melayan pekikan tangisan dan rengekan anggun deandra, anak kecil ini meraung tanda tak tahan sakitnya bila tiap kali jarum dicucuk ditanganya. Ya Allah... sakitnya!
Sampai satu detik Dira terfikir, kalau benar ini dugaanNya kepada ibu bapa anak ini, kenapa perlu diberikan anak ini sebagai bahannya?... Kenapa perlu Kau jadikan anak ini sebagai penebus dosa ibu bapanya?

Dira tak sanggup. Kalau boleh di pekakkan telinga ini,kalau boleh dibutakan saja mata ini, saat ini Dira dah tak kesah.. Asalkan jangan aku dengar budak ini meraung sakit,asalkan jangan aku lihat airmatanya berderai - derai..!

Ini bukan cerita untuk menagih simpati, tapi sekadar berkongsi.
Ini bukan rekaan, tapi apa yang telah disaksikan.
Ini benda umpama 'waris' buat pesakit Thalesemia Major.

* fuh, terima kaseh Ya Penciptaku, aku hanya pesakit Thalesemia Minor. Masih mampu hidup dengan cergas kalau pun tak sesehat mana.

+ada gambar untuk dikongsi tapi nanti Dira uploadkan ehh..tak sempat, kene lari buat kerja +

11 comments:

N 'A Syafinas said...

salam k.dira
sorry 4 asking this
thalesemia tu bahaye ke?

ZonBatuKurau said...

turut simpati dengan pesakit Thalesemia major, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Cuba2 juga mencari info mengenai Thalesemia, rupanya ada 3 peringkat.

erin said...

itulah dunia..mane xde org yg hdp smpurna. x sngka rupanye k.dira pn slh sorng yg ade tlesemia. erin ade sorng kwn sjk sek rndh, sme pnykt. dlu kami smue xth np la sek sbuk sgt kutip drma 4 die. rupanye die sakit. smpai skrg, sek mngah pn sme. n tetap sme, die kne g cucuk tgn die 4 truskn hdp. kdg2 tgk tgn die lebam, rupanye gara2 nurse yg tsilap cucuk. pity her..adek die sme nasib ngn die. muka pucat je..smue aktvity smue x dpt join cz sakit..

Shamimi Haniza said...

Semua yang berlaku itu sudah tersurat lama. Juga ad hikmah disebaliknya. =)

Legasi Piston Pecah said...

thelesemia 2 penyakit ape???same cm iklan 2 ker???penyakit dlm darah eh....

syukrina18 said...

Salam dira,
Semoga dira akan terus sehat dan membaik, biiznillah..
Dira di uji Allah mengikut kekuatan dira sendiri..DIA menguji kerna sayang.. =)

Teruskan saja berubat! Okey!

SaYa iNsaN bIasE said...

dhira ade thelesemia ker ??
ermmmm...
sedeyh nye...sepanjang hayat ker perlu macam tuh...adakah yang minor bakal menjadi major ???

shah_ariel said...

tangisan anak mmg akan meruntun jiwa sesiapa yg mendengarnye..inikan pula dgn tusukan jarum..

a story called life said...

dira,take care.=)

Z-LA said...

my neighbor ada thalesemia major. n 2 dari anak mereka dah pun meninggal. n lagi 2 anak mereka hidup dgn jarum n treatment. i wonder, kenapa masih melahirkan anak jikalau keadaan memudaratkan? pity to them.

ammar said...

huh..bab mcm ni aku tewas teruk ni..hidup mengganas tahap abg ipar gaban mcm mana sekalipun..bab ni..sayuu beb..iskk..lg2 budak kecik..ish..god knows why..