Thursday, August 6, 2009

Bangsa AntaraBangsa

Mingu lepas sempat Dira melarikan diri untuk bersama teman menyaksikan screening Gadoh di Bandar Utama. Tak sempat tengok semua, tapi sempat bersama dengan rakan - rakan mendengar sesi diskusi tentang isu yang tak sudah - sudah - Perbalahan Antara Bangsa, mungkin lebih mudah dengan racism.

Bukan ahli politik terkemuka untuk bercerita tentang hal ini. Tapi sekadar berkongsi pengalaman. Up to my surprise, mereka yang datang bersama agak aktif berbincang tentang hal ini. Dalam hati, sudah lama tak masuk campur dengar perbincangan seperti ini. Pertama kali join kawan - kawan ni. Dalam ramai - ramai yang bersuara dan berbincang, soalan demi soalan diajukan, cerita demi cerita dikongsi bersama, ada satu cerita ni yang membuatkan Dira teringat zaman sekolah menengah dulu. Seorang pelajar sekolah mengaku apa yang dilihat di paparan skrin sebentar tadi adalah apa yang sering dilihat disekolahnya, sekarang. Dira tersenyum. Dalam hati, 'ohh.. dalam zaman melinium ni pun masih ada perangai - perangai seperti ini?.. ku fikirkan masa aku sekolah dulu je?..' takpelah, nak buat macam mana kan?.. siapa kita nak tentukan apa yang patut atau tidak berlaku dalam kehidupan seharian.

Sebut sekolah, Dira teringat dulu masa Dira bersekolah (tak perlulah disebut sekolah yang mana), campur Melayu Cina India. Berbilang bangsa, apa lagi agama dan kepercayaan, lagi lah banyak kalau nak dibilang memang tak sudah. Umur sekolah melebihi 100 tahun, untuk tahun itu, bila datang seorang pengetua pertama bangsa Melayu, saya bangga dengannya. Wah, akhirnya, ada jugak orang Melayu kita mentadbir sekolah yang lama dipeganga oleh bangsa lain. Tidak ada apa - apa yang pelik, cuma bangga dengan bangsa sendiri tanpa berpihak pro atau kontra dengan bangsa lain. Apa sahaja pendekatan yang dilakukan, saya memuji, sehingga lah ke satu tindakan yang dilakukan ini, iaitu memecah duakan kantin sekolah. Maknanya, ada satu kantin yang diuruskan oleh cina dan satu lagi Melayu. Aduh, dalam hati ini... ini je yang potong!
Uncle tu dah lama berniaga disitu, dah bertahun - tahun dah kot. dah beribu budak melayu makan kat situ. Dia sendiri tahu tentang hal itu dan tidak pernah menganggap itu satu masalah. Malahan Uncle menghormati soal makan yang halal dan haram ni. Tapi bila kantin dipecah duakan, Dira terfikir, perluke?

Sebenarnya tak tahu apa motif Dira cerita tentang ini, cuma nak cerita je.. heheheh...

10 comments:

miss-SHera said...

saya rasa saya tahu siapa kan pengetua itu...hhuhuhu

Shahriza said...

hai dira..

pemikiran pengetua tuh x tebuka dan masih orthodox di takuk yg lama...

LV KLCC said...

borak la.. kalau dah selebriti selebriti la..
konon2 care plak..

una^husna said...

dira..i'm a big fan of ..since tgk u dalam durian runtuh kat astro ria pastu jom ronda kat tv3,saye jadi suke sgt tgk awak..ntah nape..ade aura kot..huhu..ur new haircut pun sweet sgt..keep up the gud work ye..u berlakon mmg natural..suke tgk..dira best!;)

era zainal said...

maybe dira tiba2 teringat pasal zaman2 u dulu kot, ok la tue

Anonymous said...

mcm tader point jek..

capik said...

salam dira....ekceli just nak wish good luck for yr career n family...i like yr acting..sgt hidup....ade sumting dlm sor u yg sgt best...keep up the good work.....

dira abu zahar said...

Terima Kaseh..

Anonymous;
Ini blogdira, bukan blog anda.. kalau nak cari point, pergi ampang point.. hahahaha...

LV; saya minat kat awak lah.. :)

era zainal said...

dlm blog kite bebas nak luahkan n cerita ape saje,
tambah2 plak blog sendiri...

dira, i really like ur acting, kirim salam kat isma ekk, cerita dia sume bagus2

sue said...

Dira..yes btl blog kita hak kita nak cerita ape aje....heheheh td saya add awak dlm FB..kalau nmpk saya la tu..