Thursday, July 16, 2009

Yang terkini lah..

Bila diusya balik, ehh makin banyak pulak cerita tentang apa yang ada dalam otak Dira, sudah lama tak bercerita sahaja. Baeklah... Dira nak bercerita lah ni yeh.. :)

Untuk kali yang keberapa, Dira dah tak hengat, tapi nyawa ni memang bagai nak diputus, tapi jiwa punya pasal, Dira redahkan jugak.. (wah, jiwa ehh?..). Kehidupan berputar 24jam tanpa henti, tak mengira hari dan waktu,terlupa sudah bila siang dan malam, bila semalam dan kelmarin, semua sebab diri ini diberikan 100% pada kerja.


Pengambaran drama seram bersiri 13 episode, Tower 13 arahan Khabir Bhatia.. sekali lagi berpeluang untuk bekerja dengan pengarah yang hasil kerjanya memang tak perlu nak dipertikaikan lah.. Sementelah di sahkan Dira berjaya mendapat tawaran ini, hati tanpa rasa apa terus gumbira, otak tanpa akal terus bersedia, terlalu teruja untuk membikinya. Baca je skrip, perkara pertama yang tersoal (again Dira bersoal lah kan.. ), penulis ni masa tulis skrip ni, dia makan dadah apa ehh?.. Kenapa macam tu?. sebab skrip dia bagus lah wei..! Lokasi pengambaran bertempat di Melaka, walaupun dalam hati, aduh, latihan Legasi di Kl, macam mana ni???.. tapi maaf lah, skripnya bagus, karakternya misteri untuk Dira ceritakan, dan pengarahnya.. hmm tak yah cakap lebih lah... tak mampu untuk Dira menolaknya. Sekali lagi Dira digandingkan bersama pelakon hebat, Bront Palare. (lagilah Dira nak buat ini kerja)


Dalam masa yang sama, jiwa ni terbelah dua bila dalam masa yang sama Dira terpaksa berlari ulang - alik ke lokasi pengambaran drama tele raya, 'Perempuan'. Maaf tak banyak yang tahu untuk kongsi bersama anda tentang produksi ini sebab pertama kali buat kerja dengan unit drama RTM (kira in-house team lah).. Pun juga, cerita yang bagus, karakter yang dah lama Dira idamkan.. seorang budak perempuan yang bermasalah, terjebak dengan masalah dadah dan pelacuran disebabkan oleh ibunya sendiri.. hmm.. tak mau cite lelebih lah, nanti tak suspen :D
Gandingan pelakon old-timer, Khatijah Tan, Zila Bakarin, Kak Maimon, Syed Aiman dan rakan seangkatan, Syed Ali. Juga ada Tony Eusoff, Wan maimunah, dan terbaik, penampilan Mak Mah.. pergh.. pun tempting jugak.. Gila, dapat bekerja dengan mereka - mereka ini. Untuk budak yang baru nak belajar berjalan, ini adalah satu peluang yang baik untuk Dira selama terlibat dalam bahagian kerja ni.


Eh, sudah lah.. banyak pulak bercerita nanti korang dah tahu semuanya.. tak syok maaaa :)
*nak berangkat ke Ipoh malam ini, doakan perjalanan selamat pergi dan pulang yeh!

Anggun dimana??.. owh, sekali lagi diculik oleh makwan dan tok ayah dia yang memang dah lama menanti saat ini... hmm yum yum.. kata tok ayah dia,heheheh... Anggun relax di kampung, mak dia je yang huru hara ni..



Dira di lokasi 'Tower 13'

Anggun di rumah ...

14 comments:

acoi di sini said...

yeahhh..kalo mr bront palare berlakon,mest lagi bes kan..

Helmi said...

Saya suka semua cite Khabir Bhatia sebab dia menggunakan shot angle yg dia guna memang kreatif.. ada elemen2 fotografi. Good luck with your new drama series.

Shamimi Haniza said...

kak dira, good luck utk projek2 kak dira! =)

Zeela LaLaLa said...

bz sis skrg. hihi. anyway, gud luck ok. jgn lupa rehat. mahu lihat tower 13 tu sbb suka tengok lakonan bront jugak.

mesti rasa tak terkejar dgn tanggungjawab kerja kan? take care sis. rehat secukupnya =)

black said...

Hi dira..

Awk tulis this story pukul 3 pagi tu. Awk ni bio betol..3 pagi tu. Bilenye mase awk tido? Paginye dah nak kene gi shooting. Busy betol artis ni. Tak sangke plak sy. Ku pikirkan artis ni enjoy2 lepak2 je.

Best tu awk nak berlakon crite hantu. i likeeee horror movie. my faveret. Tapi byk betol awk dapat job blakon skang ni. Tapi tak bole nak ckp apela coz ur acting really good. no wonder u got many job skang.

Ok, anyway gudluck to u dira. im waiting ur new movies and drama. Pentas tak brape minatla. Takut tertido plak mase tgk nnt.=). But sy berminatla dgn yg konsert group awk anjurkan tu. How to get d ticket? bile event tu?

-roy-

dira abu zahar said...

terima kasih senua..
antara sebab Dira excited nak buat cerita tu juga sebab ada Bront.. wuhu!!

linahilmin said...

take care ya dira...
ps- peminat bront palare dr zaman dia handle beat tv lagi!

Princessila said...

wa!mentang2 da lame ta follow kakdiranyer blog.
gile byk post kakdira.
mr bront palarae?
whoah!
mesti bset gile citer nie kalu ade mereka2 ini sume!
hihie..
XD

TAJUL ARIFFIN said...

Citer Perempuan tu, r u d main character?

mamahana said...

Salam,

Designer handbags, sunglasses and watches for a great bargain!! Coach, Liz Claiborne, Nine West, Etienne Aigner, etc.. Special Order is also accepted!

http://www.mamacakescollection.blogspot.com/

http://www.mamahanabutik.com/

TQ

Anonymous said...

dear kak dira...
suka bc tulisan kam000!!
keep in touch yer....

ainafifah said...

comel Anggun.. heheh.. teruskan usaha anda..

Anonymous said...

kak dira!! your blog mmg best..mesti best abang bront berlakonkan?? story pasal anggun pun best! anyway, perbanyakkan cerita tentang suami kak dira gak please.. untung kak dira, bukan senang nak dapat suami cam abang ash yang memahami dan supportive bila kak dira nak join berlakon. lebih2 lagi bila ada adegan mesra dan cinta..jangan hampakan peminatmu ini. love you and good luck :)

J said...

brader bront sbenarnya dari mana?