Wednesday, July 22, 2009

Ini 'Perempuan'...GILA!

Menggelupor,
Air liur atas dapor,
Dicelah lorong yang kotor.
Penat aku melacur..

Itulah 'Maisarah' atau nama lorongnya ' Kat' . Penat, sesak paru - paru ini membawa 'Kat ' dalam diri sepanjang tempoh pengambaran drama tele 'Perempuan' di Ipoh tempoh hari yang sudah. Hampir seminggu disana, setiap hari Dira lalui perkara yang tak pernah Dira bayangkan.
Membohsiakan diri, merempit aktiviti harian Kat, melacur tempat cari makan, dan menagih adalah nasi Kat. Dibenci maknya sendiri yang juga tegar menjual maruah tanpa segan, malahan bangga. Hmm.. nantikan ini semua iallah pada hari raya aidilfitri pertama atau kedua di RTM1/2 (kurang pasti pulak..)

Ok, Dira kembali. Memulihkan diri dari 'Kat' di Kota Lumpur ini (tempat terbaik kah untuk pulihkan diri?). Sekejap lagi menjadi Cikgu Zaharah yang teliti dan tertib orangnya, suci dan bijak wanita ini. Lama Dira di Ipoh bersama 'Kat' dengan hidup lorongnya, hampir terlupa dengan Cikgu Zaharah.. Aduh.. (mampos kene tiaw dengan pengarah nanti..!)

Sudah, nanti Dira berceloteh lagi. Dira mahu pergi makan, nak cari balik mana satu karakter sebenar Dira Abu Zahar.. (confuse sudey.. hahahahahah)

ps: Otak jadi bodoh bila balik rumah sendiri tanpa Anggun. Si comel kenit tu masih dikampong dengan mak wan dan atok ayahnya... uuuwwwaaaaa!!!!

5 comments:

iqah said...

kak dira. wondering the contrast of u being Kat dgn Cikgu Zaharah. hee~

berlatih hebat utk legasi ye!

erny firdaus said...

Hy Dira, Saya erny dari majalah RAPI, Karangkraf. We would like to arrange a cover shoot with you..can you email me your number so that kita boleh discuss..e-mail me yeah.. erni.hernani@karangkraf.com.my

Princessila said...

hehe..
jgn di ilangkn identity kakdira yg cute tu!
XP

kosongemo said...

wah xsabar nk tnggu raya..sinopsis yg best, lakonan tentunya sngt best!! gud lux kak dira..

TAJUL ARIFFIN said...

Can't wait..!