Friday, July 24, 2009

Oi oi!!

Oi, bila masa Dira nak kira bintang dan tenung itu bulan di langit ehh?..
Dalam bulan ni je, dah macam - macam rupa manusia Dira dah cuba jadi.
Sampai satu tahap, tertanya pulak, yang mana satu diri ini mahukan?
ooh.. baru tahu, nak baring, nak tarik nafas dalam - dalam, dan tenung kelangit di tengah malam je..
Bukan payah mana pun nak buat tu. Senang je..
Tapi kenapa sampai sekarang tak dapat ehh?
Kenapa sekarang Dira masih ditempat yang sama ehh?
Kenapa tak boleh pergi jauh dari tempat kebiasaan ehh?
Ahh.. tak tahu lah.. biarkan saja.. (macam biasalah..)


Dekat sini, puas Dira pusing mendongak mencari apa yang Dira mahu.
Tapi tak jumpa pun, malahan tak nampak kelibat pun.
Yang ada cuma deruman enjin kapal terbang membawa penumpang yang pening dengan urusan kira - kira matawangnya..
Tengok depan, Dira nampak bangunan konkrit yang berlumba - lumba nak cakar itu langit lah.
Tengok bawah, Dira nampak lopak - lopak jalan yang entah bila nak dibetulkan.
Kiri - kanan?.. sama sahaja, ada debu panas, ada bunyi yang memekak, ada orang yang tengah berlagak kaya yang poyo.. ehh apa ni? SEMAKLAH...!!


Dira mahu satu ruang yang labas, lapang, rata, dan yang penting, bila malam muncul, ada bintang - bintang di atas dahi ini.. hihi.. best - best !


Kak Helida, terima kasih untuk ini yeh.!

3 comments:

pepol said...

salam
kak dira ni kne rehat @ pegi b'cuti
mybe kak dira stress kot sbb byk sgt keje...

Bondarock said...

bulan & bintang tetap masih di langit .... :D

tremendous96 said...

crite ponti anak remaja mmg best... :D
thniah kak dira..
hehehe.. :D