Monday, July 13, 2009

Menjajah atau menawan?

Kalau sebuah kerajaan mahu menjajah kerajaan lain,
Bermula dengan pertemuan antara pemimpin,
Diteruskan dengan bermesyuwarah,
Diikat dengan perjanjian atas dokumen,
Dan bermula lah siri lawatan kepala kerajaan,
Berjabat tangan tanda setuju dengan pendapat itu ini,


Kalau sekeping hati ini mahu menawan keping hati yang lain,
Bermula dengan pertemuan yang tidak disangka,
Diteruskan dengan pertembungan sepasang mata,
Diikat dengan kepercayaan untuk menjaganya,
Dan bermula siri penawanan hati antara sepasang manusia,
Berpegangan tangan tanda tersimpulnya perasaan itu dan ini,


Kalau zaman dulu, nak tahu itu tanah kau yang punya, usahakan sahaja tanah itu,
Pacak beberapa batang pokok kelapa, sah lah kau pemiliknya,
Tapi dari zaman dulu lagi, nak tahu dia itu milik kau,perlu di tawan matanya,
Jatuh terus kehati, sah lah kau dah dapat dia...
Dengan itu, dari dulu lagi Dira terfikir, apa yang 'jatuh' dari mata ke hati itu?

Dalam kawasan Fort Cornwalis, Penang. Jajahan Francis Light dan beret askarnya.


* Weh korang, tolong jawab boleh??

5 comments:

iqa said...

kak dira,

pndgn mata yang meihat kecantikan itu memberi respon kepada hati untuk berkata suka.
kecantikan tue xmemberi maksud hanya kepada muka, tapi pada pergerekan personaliti yang menarik mata utk memberi respon kepada hati.

zan-xray said...

tak dapet deng nak nolong.. adui Dira dah bagi satu benda lak yang saya kena pikir.. dari mata hati...aarghhh

ammar said...

aku setuju dgn iqa..bukan benda yang suka je..yang tak suke pun boleh jatuh dari mata ke hati,then jadi sakit hati,then kita jadi berhati-hati..then francis light mati..err.yg tu xde kene mengena..tapi ada gak yang menarik mata x jatuh ke hati..dia naik ke kepala..migrain..akula tu..k.roger n sign out dira..

Anonymous said...

Dari mata turun ke hati. Satu ungkapan yg sukar utk ditafsir atau diluahkan melalui kata2. This thing only can describe thru experience. ape yg u rase when first time u falling in love wif ur hubby? i rase that feeling la yg turun ke hati. Jsut like chemistry. Sebenarnye Dari mata naik ke otak dulu, pastu bau turun ke hati. Sbb otak yang mentafsir kecantikan d=sesuatu objek, then barula perasaan tu turun ke hati. So, jadila ungkapan baru...

"Dari mata naik ke otak lalu turun ke hati".

=)..Aku roy...mengarutkah aku

Anonymous said...

haha!! aku setuju dengan ko roy.itu lah perasaan cinta yang sejati atau cinta pandang pertama ke atau nafsu kot? cinta itu ada pasang surutnya beb,kalau sentiasa indah akan hilang dari hati. kalau ada pergaduhan, adatlah suami isteri orang kata buang yang keruh ambik yang jernih kerana setiap relationship tetap ada masalah, dengan kawan pun boleh bergaduh, betul tak? perasaan ini juga ada pada lelaki macam aku bila aku jumpa gf aku dulu.jangan la kita hilang perasaan itu sesungguhnya cinta pandang pertama sampai kahwin itulah adalah cinta yang paling jujur dan indah. pahit telan la bersama, takkan manis je kot? kalau tak takkan sampai dapat babykan? make love kata orang! Dira, bila nak ada yang no 2 dengan hubby?

p/s : seperti roy! mengarutkah?