Saturday, June 27, 2009

Aku minat kat dia, dia minat kat aku...

Semua dah tahu, satu dunia tergempar, menguit - menguit manusia meratap pemergian seorang 'Legend' dunia seni Sedunia.. Micheal Jackson. Sudah tentu Dira bukan orang yang terawal, mungkin antara yang agak lewat mengetahui berita seperti ini. Tapi itulah, apa pun, setiap yang hidup pasti akan mati..
Membesar dengan lagu - lagunya, fesyennya, gayanya, dan pengaruhnya..Merupakan antara manusia pertama yang menggabungkan music rock dan pop, maka wujudlah kategori music pop-rock itu. Tak pandai sangat nak bercerita tentang music ni, tapi itu yang Dira faham. Dan tak banyak juga yang Dira tahu tentang MJ, selain dari lagu - lagunya dan fesyennya, hanya kontroversi tentang hidup peribadinya sering di paparkan sana - sini.
Persoalan yang mungkin bukan kita antara yang layak untuk menyoalnya, adakah benar MJ meninggalkan kita sebagai seorang Muslim?.. hmmm..
Semalam, Dira ke parti Kosmo One Drop Perfume. Meriah suasananya. Bertemankan rakan seangkatan dalam industri, Ainul Aisya, ini boleh dikatakan pertama kali Dira bersosial dalam golongan sebegini. Pelik pada mulanya, tapi cuba membiasakan diri. (nasib ada Ainul, kalau tak mandi jugaklah...) Parti sosial artis dan wartawan,tak payah dicerita panjang lebar lah.. beli je Kosmo, mesti ada punya ceritanya.
Tapi tengah - tengah makan, Dira disapa seorang kanak - kanak perempuan. Cantik, pandai bergaya. Excited datang majlis sebegini, nak jumpa artis pujaannya katanya. Dia mintak tanda tangan atas sekeping kad, Dira tanyakan namanya, Hajar.. masih terpalit dikepala Dira. Sebabnya bila diselak kad yang disediakan untuk Dira tandatangan, ada sekeping gambar. Mula - mula fikirkan gambar dia dan maknya, taaaappiii........... gambar Dira dan Hajar, di Astro, hampir 3tahun lepas. Masa tu, Dira masih bekerja di Astro sebagai Penyampai Radio XFM sambilan. Ya Ampun..... lamanya dek gambar ni..! Dia sendiri kecik lagi masa tu. Dira teringat yang Dira pernah disapa oleh seorang kanak - kanak minta diambil gambar bersama, dan budak tu adalah Hajar. Paling tak tahan, yang pertama Hajar simpan gambar tu, yang kedua, Hajar siap printkan, yang ketiga, Hajar bawak gambar tu pada majlis tu dan bawak tunjuk kat Dira untuk ditandatangan atasnya... (perghhh... sentap hati ini beb!)
Untuk Hajar, TERIMA KASEH DARI HATI INI...

11 comments:

syahmi m.s. said...

dira....
ainul aishah tu yang berlakon cerite merah puteh tu gak kan??? haha... x taw korang best friend...

TAJUL ARIFFIN said...

OMG..!U reply my comment..whoa..!!Tq tq...I'll keep continue to follow ur career development as local actress..pasti sumday Dira Jadi Top Penggiat seNi Malaysian..by d way, do you ever appear on FHM mag? keep Up ur Good WoRk!

pape pun - DirA u RealLy RoCK!!

mr. azizan said...

aisey... mana gambarnya?? nak tengok gak ni. kalau ada upload kan la ye.Sy kenal dira ms jd pengacara game show kat astro ria. apa nama program tu lupa lak, yang dapat duit tu kalau kita telefon tu

ibunya si luqman hakim said...

kalau budak2 pun pandai minat dira, maksudnya adalah something special pada diri dira. maintain ur personality, be urself dan jangan mudah terpengaruh dan hanyut dengan dunia artis. focus on ur carier as well as ur family.. believe me, u will succeed dira..

Zeela LaLaLa said...

me also was big fan of urs :) i love to watch u as a presenter at astro ria. cant recall the tv show. maybe beat tv. entah. hihi. kata minat, tp tak ingat.

sis,
take care n send my regards to anggun. she's so cute.

iqa said...

kak dira. any picture with hajar? nk tgk jgak that amazing girl. hee~

dira abu zahar said...

kalau ada gambar dgn Hajar tu, dalam camera mak dia lah.. sy tak bawak camera pulak malam tu.

Tajul:
Tak, saya takpernah appear in FHM before. Tak layak lagi.

Zeela lalala:
Program tu namanay Fulus MAnia, Beat tV sy hanya wartawan penyiaran (broadcast journalist)

TAJUL ARIFFIN said...

you kidding me..?xlayak?!

dont think so..wiv ur personalities n career + Riding a Cool Hot Rod..how come those FHM crew didn't notice u..

I'm sure they do..perhaps u hv been on their next interview list..If not, i'll recomend u in next coming issues so the FHM crew get their ass to had a session wiv u...Hope so~

peace=)

lyno said...

wow, u must haf really inspired dat girl. good for u


p/s:love ur acting skill, nmpak selambe n bersahaja!keep up da good work~

ammar said...

aku rasa aku ni tau pasal dira bukan faktor lakonan ke, drama ke apa ke..x kenal pun awek yg bersama A.G di ronda bersama proton tu..aku mmg 'membesar' dlm kreta..so minat pasal kreta..masa tgk rancgn tu,mula2 x perasan gak..tetibe..the way dira pakai seat belt..dlm hati..pandai awek (bini org daa) jaga nilai seorg bergelar hawa..if im not wrong..u put it on the other side(adeh..mcmana nak xplain..janji aku paham)..but i could be wrong too.sbb sekali je tgk rancgn tu..assingment lebat nak siaplan..hik..hik..hik (ala miangnya ketawa mcm nih.. ish)

atyn said...

i minat gile kat ka dira oke ;)