Tuesday, April 5, 2011

meniti titi


dalam diam ada bingitnya,
dalam sunyi ada kecohnya,
dalam tenang ada ombaknya,
dalam diri ada Dia.

aku lihat matanya, kelopak mata sayu, mengenangkan setiap detik,
aku lihat senyumnya, lompong tak bergigi lagi cuba untuk ketawa,
aku pegang tangannya, lembut bak sutera dalam rekahan kulit,
aku baring di pangkuannya, rasa rindunya pada saat itu.

hati berkecai bagai kaca berderai melihat mereka.
namun aku tahan untuk tidak mengimbas semula.
tatkala derai ketawa berdengung di ruang katil berderet,
aku rasa kekosongan sunyi penuh bunyi cengkerik dalam hati.

mohon maaf makcik dan pakcik, sampai sini saja ruang yang diberikan untuk kita bersama,
lain kali punya kelapangan Insyaalah aku kembali kita bercinta lagi.


+ tempoh hari lawatan ke rumah Seri Kenangan Cheng Melaka anjuran Majalah HAI bersama Jamu Mak Dara. Turut serta Alya, Ana Dahlia, Zizan Rajalawak, Zoey Rahman yang terluang
memberi kerjasama.
PS: ada sorang makcik, sebijik macam arwah nenek aku. Aduhhh! nak bawak balik lah dia ni.. Geraaaammmmmm sangat! nak gigit je pipi dia..

4 comments:

ana pica said...

dira..nanti pegi la rumah sri knangan at cheras lak....sye pegi hari 2..mmg sedey sngt tngok diorang..n diorang kate kat sane xramai yg dtg melawat..

Bluffer said...

sad

Azza Rynna said...

azza teringin sangat nak pegi umah kebajikan camni...tapi takder sape yg leh bawak...i wish 1 day i can go there and give a help...kan kak dira...good job..sayang kak dira

khrii suhaimi said...

hahaha kenapa tak bawak balik jaaaa! culikkk la kejappp 1mggu aja! datang melaka tak bgtau kat fb pon!!!

-khrii suhaimi-