Friday, January 22, 2010

Melacur lagi?..



Kali ini, pembuka tahun 2010, Dira bersama Rumah Anak Teater sekali lagi akan beraksi di pentas dalam teater TANDA. Besar sikit kot pentas kali ni. Akan berlangsung di Ekperimental Theater, ASWARA dari 2 Feb- 7- Feb 2010 (untuk maklumat lanjut boleh tgk kat http://rumahanakteater.blogspot.com).

Apa yang special dengan RAT ni sampai sanggup bekerja lagi dengan mereka untuk kali ke-2?.. Macam Dira pernah kiaskan dulu, Dira nak korek ilmu dari mereka. ( hahahahah...) sambil sudah tentu buat apa yang Dira suka. Seorang kawan pernah bilang 'Teater ini macam terapi".. Dira setuju. ada sorang lagi kawan bagitahu, "proses pembikinan teater itu adalah yang mahal", Dira setuju lagi. Mungkin nama kami tidak se gah atau sebesar nama pembikin teater yang lain, yang biasa kamu dengar di majalah mahupun surat khabar. Tapi kira apa pemes ke tidak kan.. yang penting bagus je.

Apa pun, sekali lagi, kami bergerak tanpa tajaan besar.. Kami gerak dengan lafaz Bismilallah sahaja. Jadi dengan itu kalau ada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan untuk kami, tak kira dalam bentuk tunai mahupun harta benda (wahahaha..), boleh hubungi nombor yang tertera dalam blog rumah anak teater tu.. hmm, malas nak cerita panjang nanti bunyi macam mintak simpati, tapi terpulang k.


Ouh yah.. yang ini tak payah Dira cerita lebih2. Rasanya kebanyakkan sudah tahu yang Dira terpilih untuk top5 ABP dalam kategori Artis Baru Popular. hmm, sekali lagi jika kamu suka dan rela, boleh hantarkan undian dengan ikhlas. Caranya mudah, beli surat khabar Berita Harian dan akan termaktub lah cara2nya di sana nanti yah..

ok, nak sambung kerja..

:)

6 comments:

akiN aMar said...

gudlak tok kak dira..
tuk anugerah bintang popular..
u r da besh..
chaiyok2!!..;)

Siti Hajar said...

thniah r dira sbb dpt msuk top 5 abpbh...sy dh agk dh dira msti terclon pnyer...hrp2 dira mnang r...dira msa nk berlkon utk teater 2 tul2 tau...sy di sini always support dira...good luck...!!!

Nur Ili Athirah said...

Tahniah atas pencalonan dalam ABP..
saya mengkagumi anda lewat naskhah-naskhah seperti Rona-Roni Makaroni dan Perempuan. Teruskan perjuangan dalam seni lakonan kerana kami penonton begitu hauskan seseorang yang benar2 boleh digelar 'aktor'.

berita harian online said...

CIK Normah berkesempatan pergi ke sidang media mengumumkan calon Top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 kelmarin biar pun agak lambat kerana perlu melunaskan kerja di pejabat. Apapun, Cik Normah tetap hadir memberi sokongan.

Cik Normah seperti biasa tak betah duduk diam tanpa melakukan pengamatan terhadap artis dan gaya mereka yang hadir ke majlis atau acara tertentu. Ada yang bijak bergaya dan mencuri perhatian dan ada pula yang tak kuasa Cik Normah nak bebelkan.

Sebagai selebriti, anda perlu bijak memastikan gaya dengan acara yang dihadiri. Jangan asyik selekeh saja kerana sebagai figura awam, anda sering diperhatikan. Jangan ambil soal bergaya itu sebagai perkara mudah. Senang saja, kalau sudah cantik, letak apa di badan pun pasti akan menarik.

Tetapi kalau kurang sedikit kecantikannya, namun bijak menyesuai padan baju dan gaya, Insya-Allah pasti ada yang tak lepas memandang. Sekadar menyebut beberapa nama, Cik Normah kecewa lagi dengan penampilan Dira yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.

Teman sepejabat Cik Normah beritahu sebelum hadir ke Hotel Palace Of Golden Horses itu, Dira ada kerja pembacaan skrip yang perlu dilunaskan. Kalau iya pun, janganlah abaikan penampilan. Dira bukan tidak cantik, tapi janganlah ambil lewa soal berpakaian.

Cuba tengok teman seperjuangan dalam Sehati Berdansa seperti Didie Alias dan Alliza Abdullah (Enot) yang turut tercalon dalam ABPBH kali ini. Masih datang dengan gaya menarik sampai teman media yang hadir pun sudah menggelarkan Didie sebagai Lady Gaga dan Enot (Missy Elliot). Yang penting jenama pakaian mereka, Ed Hardy okey. Asli atau palsu jenama itu Cik Normah kurang pastilah.

Fasha Sandha, Scha Alyahya, Liyana Jasmay dan Tiz Zaqyah antara yang bijak mencuri perhatian biarpun bergaya sederhana. Guna saja pendekatan ‘less is more’. Ingatlah Dira itu artis, jangan asal boleh saja dalam hal penampilan. Cik Normah harap Dira tak ambil mudah teguran ikhlas Cik Normah.

zan-xray said...

rasa macam nak pergi tengok TANDA ni..

Zahiril Adzim said...

Hahahahaha!!! Weh, lawak gila! Gentle dowh!!