Tuesday, January 5, 2010

lintasan waktu

duduk diam - diam dalam satu ruang bersegi empat
sambil layangkan jasad yang makin layu
dongak ke langit, aku terbangkan minda ini seketika.

pejamkan mata.. dan Bismillah 3 kali.... harap - harap yang terbias dimata fikiran hanya yang indah saja..

aku nampak....
senyumnya,
tawanya,
gurau sendanya,
laungannya,

lepas itu, aku rasa...
telapak tanganya,suam..

lepas itu, aku hidu...
bau bantalnya,
bau bajunya, basi... aku suka..

jantungku denyutkan nama kamu,
darahku membentuk jasad kamu,
nafasku melakarkan jiwa kamu,
hiasi setiap detik hidup aku..

aku kuatkan hati, buka mata ini...perlahan - lahan.... ruang yang sama aku tinggalkan tadi,
mana senyum tadi?
mana rasa tadi?
mana bau tadi?

hmm... kau fikir kat mana yahhh???

7 comments:

syukrina othman said...

Salam Dira!!
Anggun?
Mana anggun? Kat kg ke? Hee

misteriaku said...

best akak! jemput ke blog sy. tnx!

Nurul Ain said...

kat dlm bilik anggun ye??wuwu..

(^.^)

Ezwin said...

you wrote this??ur very talented..

dira abu zahar said...

syukrina.. anggun ada saja dengan saya. takleh lama2 sgt kat kampung, nnt atuk dia xmau pulangkan..

iallah, saya cuba buat lawatan sambil belajar k.

ezwin, disini namanya blogdira.. ya, i wrote everything here.. nggeee...

asnyda said...

selamat tahun baru...moga gembira selalu..

skuterlady said...

woahh..xsangka cik dira pandai berpuisi puitis lagu tuh...
walaupun biker...puisi tetap ado..he3...