Monday, June 22, 2009

Pulang sudah~

Adoi, sakit kepala..!
Mahu tidaknya, pergi dan balik dari Penang Dira menunggang ' anak dara', ( all the way..). Jarak sejauh lebih kurang 320km (satu hala, jadi kalau pergi balik jadi hampir 800km lah..) membuatkan nyawa hampir tercabut, tulang rasa nak berderai, segala urat rasa nak putus dan semua ruang dalam badan rasa nak bengkak.. Tapi terima kasih Penciptaku kerana Dira selamat pergi dan balik.
Perjalanan sehala mangambil masa lebih kurang 6 jam, bergerak dari pengkalan (opis Red Garage di Bangi) lewat tengah malam, lebih kurang jam 1230mlm, tiba di destinasi hampir subuh..Meredah malam atas motor.. fuyyoo.. syok tuhh!! ( tapi cuak gak lah.. hahahah..)
Tak mahu cerita banyak tentang acara motor besar ni. Kalau korang tengok, sah - sah dalam hati terdetik... ' tak faham apa yang best sangat event ni.. boring je aku tengok..' hahaha..Memang pun, sedikit bosan dan sugul acaranya. Tapi bukan itu yang Dira kesah pun, Dira cuma mahukan... menunggang. :D
Nak balik ni agak menarik. Sebab macam - macam dugaan yang mendatang. Mula - mula panas terik, tak sampai 30km, hujan lah pulak.. (kuyup sudey), Dira redahkan jugak.Hujan berhenti, baju pun dah nak kering, lagi 2km nak berhenti di Tapah, hujan lagi.. aduh.. parah beb!. habis luncun semua.. Kaki dah menggeletar, tangan dah kebas, kepala dah sakit, badan dah nak putus.. lengkap lah, tunggu nak dicabutkan je nyawa ni dari jasad yang dah tak berapa rupa jasad ni.
Taaaapii, Dira REDAHKAN jugak! .. hahahah.. ( degilkan ?)
Selamat sampai..
*balik umah, mandi, tidur.. pergh.. baeekk punya! ~ (Aduh, Anggun di kampung, bosan lagi jiwa ni...)
*maaf tak sempat upload gambar lagi.. nanti Dira kasi tengok ehh..

8 comments:

Anonymous said...

cant wait for da next post...
have nice rest..
kemslam anggun..=))

kosongemo said...

mak o0oii dira..naik moto redah ujan??sejuk tuhHh..sure terketaQ-ketaQ gigi..ish3..mampu lg bawa moto time sejuk2..biasalah org dh rindukn moto, apa2 pn sanggup diredah..

Mimi said...

Hello Dira :) I just finish watching seratus harijadi yesterday. Nice one! Part bitchy tu mmg buat i menyampah dengan u (kidding hehe..)

Anyway ur Anggun is soo adorable! I agree dengan w u, kalau laa boleh masukkan balik our babies dlm perut so we cn stay together whenever wherever adalah sgt heaven. Hehe..

Good luck w ur motherhood n carrier! D u mind me linking ur blog to mine?

Anonymous said...

kak dira! proud to be a gurl. proud of u. if u dont mind, singgh lah ke facebook. update kwn2 baru. wink~

mr. azizan said...

syabas dapat menghabiskan 800km pergi balik.Hobi ni bila dibuat rasa macam nak tak nak buat, bila tinggal sehari dua rasa rindu lak kan. Wah dua en3 arini ye.. seronok baca

ammar said...

wild wild north (penang ar)..mmg best konvoi ni..mcm2 hal n pengalaman..gua dulu konvoi bawak member sabah balik kg dr skudai..raya beb..sian dia x kemana raya..siap boleh tetido mamat tu duk belakng..awek best ar gak..ni bau tongkt ali jek..eheh..mana skrg budak sabah tu..ke dah kene H1N1,,ish muluuut..babap kang..okeh2 gua dah marah diri sendiri..huh!

ammar said...

ehe..budak sabah tu sihat daa.baru jek gu.a carik gile2 no contact dia..huh..x masin mulut gua..amin..fear of mulut da daring..roger n sign out..

dira abu zahar said...

hei mimi..
sure no sweat. u can do so.