lari laju - laju dari tempat itu,
aku berhenti lelah tercungap-cungap..
mohon Tuhan beri nafas, besarkan ruang paru - paru..
sesak, lelah, tak cukup juga..
Aku cari mana perginya rasa dalam ini,
Entah, pergi mana dia..
Tadi ada, tapi sekarang hilang sudah.
Aku cari lagi dalam ruang yang dikatakan kehidupan ini,
Ruang kehidupan yang macam nak mati itu,
sejenak aku terfikir,
ouh, macam mana nak jumpa,
kerna rasa itu letak dalam hati,
tapi hati aku baru berlepas naik ke orbit,
pesan si hati, dia mahu ke bulan, kerna cantik benar rupanya.
Aku jawab, mungkin di sana kau akan lebih kecewa,
Kerna mungkin kau akan tertipu lagi.
Tapi dia jawab,
"lebih baik rasanya dari ditipu oleh si hati yang lain.. "
Aku tunduk, senyum sahaja.
Jadi, pergi sudah si hati naik terbang tinggi diruang tanpa graviti,
mencuba nasib untuk berlabuh pada si Bulan..
Kita doakan sahaja moga dia pergi dan selamat tiba..