despite hectic life,these are some wonderful spaces i could step onto..have fun reading some of it.
Thursday, March 3, 2011
season changed!!
Sunday, November 28, 2010
kemaskini....
Monday, June 7, 2010
aduhai...!
Monday, April 12, 2010
mulut dikatup mata terjegil !
Thursday, February 11, 2010
Tarikh keramat..
Wednesday, February 3, 2010
cuci mata saja lah..
Friday, January 22, 2010
Melacur lagi?..


Tuesday, December 22, 2009
eh, mahu habis sudah?
Wednesday, September 23, 2009
Raikan perayaan ini.

Friday, July 31, 2009
Sidang Media Teater Kompilasi Vol II
Wednesday, July 22, 2009
Ini 'Perempuan'...GILA!
Itulah 'Maisarah' atau nama lorongnya ' Kat' . Penat, sesak paru - paru ini membawa 'Kat ' dalam diri sepanjang tempoh pengambaran drama tele 'Perempuan' di Ipoh tempoh hari yang sudah. Hampir seminggu disana, setiap hari Dira lalui perkara yang tak pernah Dira bayangkan.
Membohsiakan diri, merempit aktiviti harian Kat, melacur tempat cari makan, dan menagih adalah nasi Kat. Dibenci maknya sendiri yang juga tegar menjual maruah tanpa segan, malahan bangga. Hmm.. nantikan ini semua iallah pada hari raya aidilfitri pertama atau kedua di RTM1/2 (kurang pasti pulak..)
Ok, Dira kembali. Memulihkan diri dari 'Kat' di Kota Lumpur ini (tempat terbaik kah untuk pulihkan diri?). Sekejap lagi menjadi Cikgu Zaharah yang teliti dan tertib orangnya, suci dan bijak wanita ini. Lama Dira di Ipoh bersama 'Kat' dengan hidup lorongnya, hampir terlupa dengan Cikgu Zaharah.. Aduh.. (mampos kene tiaw dengan pengarah nanti..!)
Sudah, nanti Dira berceloteh lagi. Dira mahu pergi makan, nak cari balik mana satu karakter sebenar Dira Abu Zahar.. (confuse sudey.. hahahahahah)
ps: Otak jadi bodoh bila balik rumah sendiri tanpa Anggun. Si comel kenit tu masih dikampong dengan mak wan dan atok ayahnya... uuuwwwaaaaa!!!!
Thursday, July 16, 2009
Yang terkini lah..
Untuk kali yang keberapa, Dira dah tak hengat, tapi nyawa ni memang bagai nak diputus, tapi jiwa punya pasal, Dira redahkan jugak.. (wah, jiwa ehh?..). Kehidupan berputar 24jam tanpa henti, tak mengira hari dan waktu,terlupa sudah bila siang dan malam, bila semalam dan kelmarin, semua sebab diri ini diberikan 100% pada kerja.
Pengambaran drama seram bersiri 13 episode, Tower 13 arahan Khabir Bhatia.. sekali lagi berpeluang untuk bekerja dengan pengarah yang hasil kerjanya memang tak perlu nak dipertikaikan lah.. Sementelah di sahkan Dira berjaya mendapat tawaran ini, hati tanpa rasa apa terus gumbira, otak tanpa akal terus bersedia, terlalu teruja untuk membikinya. Baca je skrip, perkara pertama yang tersoal (again Dira bersoal lah kan.. ), penulis ni masa tulis skrip ni, dia makan dadah apa ehh?.. Kenapa macam tu?. sebab skrip dia bagus lah wei..! Lokasi pengambaran bertempat di Melaka, walaupun dalam hati, aduh, latihan Legasi di Kl, macam mana ni???.. tapi maaf lah, skripnya bagus, karakternya misteri untuk Dira ceritakan, dan pengarahnya.. hmm tak yah cakap lebih lah... tak mampu untuk Dira menolaknya. Sekali lagi Dira digandingkan bersama pelakon hebat, Bront Palare. (lagilah Dira nak buat ini kerja)
Dalam masa yang sama, jiwa ni terbelah dua bila dalam masa yang sama Dira terpaksa berlari ulang - alik ke lokasi pengambaran drama tele raya, 'Perempuan'. Maaf tak banyak yang tahu untuk kongsi bersama anda tentang produksi ini sebab pertama kali buat kerja dengan unit drama RTM (kira in-house team lah).. Pun juga, cerita yang bagus, karakter yang dah lama Dira idamkan.. seorang budak perempuan yang bermasalah, terjebak dengan masalah dadah dan pelacuran disebabkan oleh ibunya sendiri.. hmm.. tak mau cite lelebih lah, nanti tak suspen :D
Gandingan pelakon old-timer, Khatijah Tan, Zila Bakarin, Kak Maimon, Syed Aiman dan rakan seangkatan, Syed Ali. Juga ada Tony Eusoff, Wan maimunah, dan terbaik, penampilan Mak Mah.. pergh.. pun tempting jugak.. Gila, dapat bekerja dengan mereka - mereka ini. Untuk budak yang baru nak belajar berjalan, ini adalah satu peluang yang baik untuk Dira selama terlibat dalam bahagian kerja ni.
Eh, sudah lah.. banyak pulak bercerita nanti korang dah tahu semuanya.. tak syok maaaa :)
*nak berangkat ke Ipoh malam ini, doakan perjalanan selamat pergi dan pulang yeh!
Anggun dimana??.. owh, sekali lagi diculik oleh makwan dan tok ayah dia yang memang dah lama menanti saat ini... hmm yum yum.. kata tok ayah dia,heheheh... Anggun relax di kampung, mak dia je yang huru hara ni..

Dira di lokasi 'Tower 13'

Tuesday, July 14, 2009
'Legasi'
Teater Kompilasi Vol2, melibatkan 2 cerita dalam satu pementasan. Iallah akan di'tayangkan' pada Ogos ini dalam Slot ' Stor Teater DBP. :)
Dira akan berlagak sebagai Cikgu Zaharah dalam 'Legasi' arahan RCong. Hmmm.. nak cerita cane ehh.. takpelah, korang datang kalau nak tahu ehh.
Yang nak dikongsi ni tentang apa yang Dira belajar dalam sesi latihan teater ni. Memang lah tak sebesar pementasan di Istana Budaya, tapi pengisian ilmu bukan terletak pada besar mana pentas itu, atau barisan pelakon yang 'terkenal', atau jauh mana tempat berkarya, tapi semua terletak pada apa yang di ajar dan siapa yang mengajar. Walaupun durasi cerita ini hanya untuk 50 minit, tapi otak ni dah naik tepu menerima ilmu yang dicampakkan pada diri ni.. Ulang semula, dicampakkan sahaja tau, tak kira banyak mana, tapi main campak - campak je, dan kau yang menyambut ni tak kira lah larat ke tak, kau nak dukung ke, nak jinjing ke, nak kendong ke, nak pikul ke ilmu ni... tak kira, asalkan ko bawak jugak benda ni.
Sebagai salah seorang makhluk yang cukup - cukup kuat bertanya, Dira suka dengan tempat ini, suka dengan orang yang macam ni, dan suka dengan budaya seperti ini.
Kepada yang membantu, terima kasih.
Kepada yang berminat nak datang tengok pi check kat http://rumahanakteater.blogspot.com.
Sunday, July 12, 2009
'Perempuan" + Tower 13 = susah nak update blog!
Saturday, June 27, 2009
Aku minat kat dia, dia minat kat aku...
Monday, June 22, 2009
Pulang sudah~
Friday, June 19, 2009
Penang Bike Week 2009
Monday, June 15, 2009
Ayahku Orang Besar.
Oh, bukan kisah politik yang Dira nak sampaikan.. Tapi cerita ayah tersayang yang kini hanya meniti waktu menghabiskan hari harinya dengan menghubungi anak - anaknya yang sibuk dengan kerja tuntutan kehidupan harian.. Teringat dengan segala corat coret bersama ayah masa Dira masih dibangku sekolah.. Terlalu banyak ilmu yang diberikan secara tidak formal semasa kami menghabiskan masa bersama ( walaupun pada masa itu, banyak masa bersama adalah dalam kereta rasminya..).
Ayah dengan yang tersayangnya.. :)
* Sekarang ayah lebih banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Dibiarkan anak - anaknya berdikari sendiri. Dia percaya dengan ilmu yang diberikan, anak - anaknya tak perlu dimanjakan lagi..Ayah lepak di kampung meniliti kancah politik zaman sekarang..Ayah tersenyum sahaja.(Ayah Dira dah pencen lah...)
Semua orang bangga dengan ayah masing - masing.. begitu juga dengan Dira. Jadi jangan salah anggap, ini bukan untuk lagak aku anak siapa..
Friday, June 12, 2009
Satu lagi je...
Thursday, June 11, 2009
Hilang lagi seorang pemain wayang..
Lebih kurang 2 bulan lepas, Dira ada dapat perkhabaran dari rakan - rakan secara tidak formal mengatakan arwah di Hospital Selayang. ketika itu tak silapnya, Dira sedang sibuk di lokasi pengambaran Seratus Harijadi. Malang, sibuk dengan kerja tuntutan kehidupan, Dira tak sempat nak menziarahi beliau.
TAKZIAH diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah... Terasa benar kehilangan beliau.
Dira sempat bekerjasama dengan arwah untuk drama bersiri popular, Rona Roni Makaroni. Arwah adalah bapa kepada Roni (lakonan mantap oleh Bront Palare). memang itu saja kesempatan Dira bekerjasama dengan arwah, tapi banyak yang Dira dapat dari beliau.
Scene (babak) yang paling melekat dalam hati sebab sangat mencabar pada saya sebagai pelakon baru.. yelah nak buat scene gedik - gedik dengan pelakon yang hebat.. kene pegang -pegang, peluk - peluk, manja - manja, dan sebagainya lah.. (aduh, masa nak buat scene tu, seksa jugak diri ni.. nak nampakkan chemistry lah katanya..) Tapi arwah banyak membantu Dira. Maaf tak sempat nak menziarah tapi dari hati ini sejujur - jujur yang boleh Dira ungkapkan...
TERIMA KASIH kepada arwah.. hanya doa yang mampu diri ini utuskan moga rohnya dicucuri rahmat dariNya.. Amin~ Amin ~ Amin..





