Tuesday, December 21, 2010

hujung tahun, hujung dunia?

ke hujung nyawa? ..

gedebak gedebik gedebuk, dah nak habis chapter cerita tahun 2010. Very special year. extremely special.

Macam biasa, rasa nak muntahkan balik apa yang dah ditelan sepanjang tahun, pastu check balik apa yang dah ditelan, periksa, kalau sedap lagi, telankan balik untuk disimpan dalam badan bawak sampai mati.

Tapi apakan daya, kita tiada kuasa sehebat itu. Apa yang dah ditelan perlu disimpan sampai mati, suka atau tidak.

Menulis, sambil bergolek memikir hal itu ini sana sini, teknologi mampu membunuh nyawa dengan perlahan..rupa-rupanya.. silent killer panggilnya.

Berbalik pada cerita telan, muntah dan simpan tadi. Begitulah yang berlaku pada aku setiap hujung tahun. Lagi 2 ke 3 minggu terakhir ni, lagi teruk rasa loya, mual, payau, pahit dan segala rasalah, berlegar - legar diruang anak tekak yang tak berapa nak anak sangat ni.

Dengan itu, aku harap semuanya akan baik - baik sahaja untuk tahun akan datang.

Kamu! dah siap azam?? (masalahnya, jadi ke azam tu?.. tapi ok lah dari takde, kan?)


Wednesday, December 8, 2010

percaya atau tidak, aku tunggu kamu.

sistem kawalan jadi kelam kabut sekejap,
bila pengawalnya hilang ghaib dari matahati ini.

alah, hilang lagi.. kenapa kena jugak hilang?..
tak mo lagi macam ni lepas ni ehh..

aku tembak, dia sambut,
aku amok, dia senyum,
aku lari, dia tunggu,
aku maki, dia nyanyi.
aku liar, dia biar.
aku pulang, dia suka.

oi pengawal, pulang cepat, sebab aku tengah tunggu ni.
sistem kawalan huru hara dah ni..

*merepek kerepek pisang di tengah malam tiada bulan* erk?