Showing posts with label Sehati Berdansa 3. Show all posts
Showing posts with label Sehati Berdansa 3. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

dan kini tinggal kenangan..



hmm.. tak payah cerita panjang2.. semua dah tahu Dira dan suami, Ash, tersingkir sudah dari lantai sehati berdansa. Macam mana boleh jadi macam tu?.. Entah lah.. anggap sudah tiada rezeki kami untuk meneruskan gerak tari kami dilantai sehati. Cukup setakat minggu ke-8. Kalau entry sebelum Dira lebih bercerita tentang perasaan bila ada yang lain yang terkeluar, kali ini biar Dira cerita tentang perasaan sendiri bila sudah terkeluar.

SEEEEEEDDDDDIIIHHHH...!!

Bukan sedih sebab tidak menang, tapi sedih bila memikirkan yang kami tidak lagi akan seperti biasa. Tidak ada lagi sesi latihan dengan cikgu kami yang cool, Ezrey. Tiada lagi sesi bercakaran dengan suamiku tentang gerak tari masing-masing. Tiada lagi sesi latihan rehearsal dengan rakan - rakan yang lain. Tiada lagi kedengaran pekikan dan laungan meriah dari peminat tatkala kami sedang berperang dengan gerak tari masing - masing. Tiada lagi sesi melepak curik tulang ketika berlatih dengan Ezrey.. Aduh, sedih nyaaaa!!!

Mohon sebelum fikir lanjut, jangan salahkan mana - mana pihak tentang penyingkiran kami. Tiada konspirasi sedang berlangsung dalam lantai tari ini. Masing - masing punya yang diminati dan masing - masing punya kekuatan tersendiri.

Kalau dulu Dira mem'ptui'kan program realiti di kaca tv, tapi kali ini 'ptui' itu berlepek jatuh ke muka sendiri.. ahahahahah.. padan muka. Air mata mengalir setiap kali menyaksikan ulangan persembahan kami yang terakhir di malam Broadway yang lepas. Lebih teruk hidung tersumbat menahan sebak bila menyaksikan gerak tari lagu tema Sehati Berdansa. Semua yang kami lalui bersama rakan - rakan yang lain terulang tayang semula, bikin hati jadi sayu sangat. Minggu ini, Dira benci tengok Astro Ria. Jangan kau ulang lagi..!! Bikin hati aku sebak lagi..!

Ah, tak mau cerita lebih, nanti aku tersayu lagi..
Ini antara corat coret yang sempat dirakan oleh beberapa lensa kamera (yang penting bukan kamera sendiri..hahaha)
keluarga SB3 yang best!!
dengan dia, kami tempuh segala.. Ezrey, lu cayyah dowh!!
Aduh.. aku rindu moment ini..
dia penguat semangat aku.

Antara yang terbaik tentang SB3 ni adalah proses yang kami lalui bersama ketika mahu menuju ke malam persembahan setiap minggu.

Apa pun ,tahniah kami ucapkan kepada rakan - rakan yang masih didalam lantai Sehati. Teruskan yah.. Dira sayang kamu semua.

Untuk kamu yang menyokong, terima kaseh dan mohon maaf kerana hanya setakat ini sahaja yang kami mampu. Apa yang Dira nak kamu semua tahu adalah setiap minggu kami berusaha untuk buat yang terbaik dan kami persembahkan segala gerak dengan ikhlas.. Kerana kamu semua kami berjaya hingga minggu ke-8 ini.

Buat Ezrey, lu memang cayyaahhh dowh!!
Terus terang, kitorang ghindukan setiap moment kita bersama. Datang training, lepak bersama, makan lepas training, cari baju sama - sama, air milo kotak, air 100plus,cokelat, kasut, ahh.. semuanya masih segar dalam akal aku ini. Kami sayang kau dowh..!

Ouh, kepada Persatuan Thalasemia Malaysia, Mama Zarina, Dira dan Ash takkan mampu hingga ke minggu 8 ini kalau tiada semangat dari kamu semua. Dira percaya kita semua dah buat yang terbaik untuk diri masing - masing. Maaf jika ada salah dan silap dari kami. Apa pun kita maseh bersaudara.. (zanel, kami doakan kesihatan zanel baik selalu yah..)

dah tak mahu sambung, nanti menitik lagi yang bergenang ini..

TERIMA KASEH DARI HATI INI...






Friday, December 4, 2009

Berdansa dari hati ini.


yeah..!
Semua sudah tahu yang minggu ini (minggu ke-7.. sudah) adalah minggu yang cukup special untuk kami di SB3 ini. Buat pertama kali program ini mewujudkan SBMASUK - dimana ini memberi peluang kepada semua peserta SB yang dah tersingkir, masuk bertanding semula dan berpeluang untuk terus ke peringkat seterusnya. Untung nasib boleh berpeluang jadi juara SB3 ini.

Alhamdulillah, Dira dan suami, Ash masih bertahan dan kini kami di peringkat 4 teratas. Tika mula menceburkan diri dalam program ini, Dira pernah berkata yang paling lama pun Dira akan bertahan sampai minggu ke -4 je lah.. itu sudah memadai. Tapi benar, kita perancang teragung tentang hidup kita, tapi Dia penentu terunggul alam semesta. Tertulis sudah mungkin yang perjalanan kami ini mampu hingga ke tahap ini. Dan ini sudah semestinya tidak akan direalisasikan tanpa berkat usaha dan yang paaaalling penting, sokongan kamu semua.

Minggu sudah juga merupakan minggu terbaik kami bila mana apa yang diusahakan berbaloi dengan penerimaan masyarakat. Kami bukan mahu jadi yang terbaik, memadai jadi yang mempunyai peningkatan. Minggu Bollywood melakar seribu makna senyuman kami. Terima Kaseh kamu kerana semangat dan doa yang tidak putus - putus. :)


Ok, berbalik pada SBMASUK,ada yang mungkin terfikir SBMASUK ini tidak adil, mengarut, tiada motif dan sebagainya. Tapi bagi kami semua, ini adalah satu perkhabaran yang cukup baik, kerana kami tahu yang rakan - rakan kami tersingkir awal, masih mampu memberikan yang lebih baik dari apa yang pernah dilihat (seperti yang Dira pernah bilang, kadang - kadang mata ini mampu menipu kita sendiri).

Walaubagaimanapun, minggu sudah memberi satu impak yang amat kepada kami, khusus mungkin untuk Dira bila mana nama peserta yang paling kami sayangi, Mummy Didie dan suaminya, tersingkir pada minggu ke-6. Aduh! sakitnya hati ini.. Mummy sangat happening. Mungkin ada yang terfikir, ahh, umur dah jauh kedepan, elok lah tersingkir.. Eh jangan! Berani korang cakap macam tu. Mummy Didie BEST GILA punya!!.. dalam happening - happening dia, Dira dapat rasakan keibuan dalam diri beliau. Sedangkan kami yang adik - adik ni pun dah rasa dia macam mak kami, apa lagi anak - anak beliau. Tapi macam yang Dira bagitahu. Adat pertandingan.. (ini yang tak bestnya lah..).
Memang masih bernasib baik sebab walaupun terkeluar, tapi masih punya peluang untuk kembali, tapi itu semua nasib.. hmmm... SBMASUK rakan - rakan Dira ni yah..! :)

Jadi nantikan keputusan SBMASUK Ahad ini dan yang penting, saksikan Konsert terbaek dari mereka semua ini Sabtu ini.

untuk mengundi rakan - rakan Dira, taip;

SBMASUK ANITA ---> 32999
SBMASUK ENOT ---> 32999
SBMASUK MIRNA ----> 32999
SBMASUK OSHIN --->32999
SBMASUK DIDIE ---> 32999

Peluang untuk menambahkan dana ke persatuan yang mereka wakili juga akan diteruskan.

Jadi jangan lupa yah.. UNDI jangan tak UNDI..!!

cayyahh dowh!

Wednesday, November 25, 2009

Terus Sehati untuk Berdansa

Hari - hari dengan putaran hidup yang sama,
Minggu - minggu dengan debaran yang sama,
Bulan - bulan dengan tugasan yang sama,

Masuk minggu ini, sudah 6minggu kami bertungkus - lumus berperah bermandi peluh dan disimbah lagi dengan tekanan demi menjayakan setiap pementasan.
Pertama kali berkecimpung dengan dunia program realiti, mula - mula Dira sakit hati,
Bila sudah lama dalam rancangan, lama - lama jatuh hati,

Yang lepas, dengan pelbagai kontroversi, caci maki dan tidak kurang juga yang memuji, kami laluinya dengan tabah... bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk yang lebih memerlukan.

Tak perlu cerita lebih, sebab dah ramai yang lebih 'tahu' ceritanya, dan pandai juga 'bercerita'.
Minggu sudah, dengan tugasan yang paling susah, kami menebus caci maki yang membenci (bagai nak gila punya benci..) dengan setiap titik usaha kami sendiri.

Minggu baru, tugasan baru.
Kali ini kami berBollywood.
Impian kami ingin mereka tahu.
Yang kami tidaklah seteruk itu.

Aduh, sedih memang sedih. Keluarga Sehati makin kecil. Bulatan semangat kami sebelum Malam Sehati pun makin kecil. Seperti yang sudah tahu, saudara kami, Oshin dan suaminya, Firdaus terpaksa mengundur diri, akur... (Ah benci perasaan ini..).Kalau nak tahu, suami isteri yang comel ini sangat menghiburkan kami sekeluarga dengan 'perangai' comel mereka.
Ah, entahlah... kami yang masih di lantai.. makin kebosanan bila ada yang meninggalkan kami.

Apa pun, kami masih teruskan juga apa yang telah dimulakan sehingga sehabis mungkin.
Kepada yang masih sudi menyokong kami, TERIMA KASEH... kamu adalah semangat kami.

Untuk Persatuan Thalesemia Malaysia, Dira dan Ash akan terus bekerja keras untuk mengumpul seberapa banyak dana yang kami mampu..

Harap sokongan kamu tidak terhenti selagi kami masih dilantai ini.

ps: Kalau 1minggu Persatuan ni semua boleh dapat RM2k, kan lagi best... harap musim akan datang, terima cadangan yang tak seberapa ini.. :)

Tuesday, November 17, 2009

aku disini lagi

Bermula minggu baru dengan lafaz niat yang baru dan semangat kekuatan yang baru.
Mungkin yang sudah sangat melemahkan, tapi kali ini Dira cuba untuk memperbaiki kelemahan itu. Tidak ada yang lebih membahagiakan melainkan dapat memberi yang terbaik untuk semua yang menyaksikan.

Dira masih disini lagi. Mohon jangan ada yang salah anggap dengan yang disaksikan. Kadang - kala, mata ini mampu menipu diri sendiri. Tapi Dira akur, hati manusia berbeza. Sedangkan apa yang ada dalam hati sendiri juga kita tidak mampu untuk mengolah, apa lagi hati dalam pemilik jasad yang lain.

Ada masa kita boleh jadi manusia yang demokratik, tapi ada juga kebaikan kalau kita jadi autokratik. Mungkin nampak kejam, tapi mungkin itu yang mampu memberi kepuasan.

Dalam apa jua yang Dira lakukan, baik dalam membina kerjaya mahupun keluarga, Dira tahu dimana dan bagaimana untuk mengatur langkah.

Ah, sudah lah.. banyak cerita pun tak guna, nanti Dira dikatakan gila.
Hmm tak payahlah, bijak sangat pun tak guna, nanti Dira dikatakan buta,
Eleh poyolah.. baik sangat pun tak guna, nanti Dira dikatakan 'over'..

Jadi kamu yang maseh menyokong, teruskan niat baik kamu.
Kerana Dira sangat memerlukannya dan menghargainya.

Wahai anak kecil, kesat airmatamu kerana Dira masih mencuba untuk kamu,
Wahai anak kecil, simpan tangisanmu kerana Dira masih disini untuk kamu,


Alhamdulillah, Dira masih dalam Sehati Berdansa. Teruskan juga apa yang telah dimulakan.
Keluarga Sehati makin kecil lagi. Minggu sudah, Abg Mirna dan Kak Noora meninggalkan kami di lantai Sehati. Perit mahu menerima, tapi apakan daya, tanda tangan tanda setuju yang ini hanya adat pertandingan telah diperakui dari awal. sob sob sob... :(

Tuesday, November 10, 2009

Sehatikan jua untuk terus berdansa!

walau kadang - kadang sakit badan ni, sakit nyawa ni, dan yang paling terok bila sakit hati ni ketika menjalani latihan, Dira dan suami masih gagahkan juga kudrat yang ada untuk terus berdansa.

Kalau tanya diri sendiri, memang dan penat, dah tak larat, dah tak daya. Tapi bila kenangkan air mata berderai dan raungan anak kecil yang sebaya dengan Anggun, Dira terpaksa mengaku kalah. Sebabkan mereka lah Dira masih gagahkan jua telapak tangan untuk berdoa agar teruskan gerak tari ini.

Terima Kaseh dari Hati ini kerana kamu semua bikin kami makin yakin dan kuat.

Keluarga Sehati makin kecil. Minggu sudah Kak Enot yang gila happening sudah meninggalkan kami di pentas Sehati Berdansa. Sedih, memang sedih. Kini baru kami faham apa rasanya bila keluarga makin kecil. Sob sob sob..

Apa pun, untuk kamu, teruskan menyokong kami dan mengundi kami untuk mengumpul seberapa banyak dana untuk Persatuan Thalesemia Malaysia.

Caaayyyahh dowh!!

Wednesday, November 4, 2009

nyata dan simpul

Sebenarnya.... Dira nak umumkan disini secara rasmi, menjawab kepada beberapa kenyataan kamu yang tidak puas hati dengan Dira (khusus dalam Sehati Berdansa3 ni lahhh...), dan ketidakpuashatian ini lebih tertumpu kepada peratusan undian Dira yang dikatakan sangat tidak masuk dek akal dia yang tidak puas hati tu. Dira mohon sebelum buat sebarang kenyataan tentang manusia lain, tolong jangan buat kesimpulan dari kenyataan anda yang belum tentu kesahihannya itu.

Wahai rakan - rakan.....
Buat kenyataan tak salah,
Tapi buat kesimpulan dari kenyataan tadi, ini yang salah.
(jadi pastikan apa yang dinyatakan dan apa yang di simpulkan)


ps: Ayah Dira sedang relax di kampung (orang dah pencen lah katakan), sambil tengok anaknya berdansa di kaca TV sambil tanya, 'Jah, dak Irah ni bukan aku suruh dia jadi lawyer ke?..' tanya pada Mak.. (hihi, comel je ayah aku ni..)



Wednesday, October 14, 2009

Sehati ke Berdansa?..




hahaha.. ye lah .. dah pecah lobang pun.

Dira dan suami akan berdansa sehati - hatinya...

Doakan saja moga tak terkucil nanti semasa membikin persembahan.
Kami akan mewakili Persatuan Thalesemia Malaysia ~ Jarum itu mainan dia~


*Ya Penciptaku, adakah ini sebahagian dari tugas sebagai salah seorang pemain seni?.. aduh, berat sungguh tugas yang ini...

Credit gambar - www.murai.com

takleh nak cakap banyak... NERVOUS dowh!!!!