Tuesday, November 17, 2009

aku disini lagi

Bermula minggu baru dengan lafaz niat yang baru dan semangat kekuatan yang baru.
Mungkin yang sudah sangat melemahkan, tapi kali ini Dira cuba untuk memperbaiki kelemahan itu. Tidak ada yang lebih membahagiakan melainkan dapat memberi yang terbaik untuk semua yang menyaksikan.

Dira masih disini lagi. Mohon jangan ada yang salah anggap dengan yang disaksikan. Kadang - kala, mata ini mampu menipu diri sendiri. Tapi Dira akur, hati manusia berbeza. Sedangkan apa yang ada dalam hati sendiri juga kita tidak mampu untuk mengolah, apa lagi hati dalam pemilik jasad yang lain.

Ada masa kita boleh jadi manusia yang demokratik, tapi ada juga kebaikan kalau kita jadi autokratik. Mungkin nampak kejam, tapi mungkin itu yang mampu memberi kepuasan.

Dalam apa jua yang Dira lakukan, baik dalam membina kerjaya mahupun keluarga, Dira tahu dimana dan bagaimana untuk mengatur langkah.

Ah, sudah lah.. banyak cerita pun tak guna, nanti Dira dikatakan gila.
Hmm tak payahlah, bijak sangat pun tak guna, nanti Dira dikatakan buta,
Eleh poyolah.. baik sangat pun tak guna, nanti Dira dikatakan 'over'..

Jadi kamu yang maseh menyokong, teruskan niat baik kamu.
Kerana Dira sangat memerlukannya dan menghargainya.

Wahai anak kecil, kesat airmatamu kerana Dira masih mencuba untuk kamu,
Wahai anak kecil, simpan tangisanmu kerana Dira masih disini untuk kamu,


Alhamdulillah, Dira masih dalam Sehati Berdansa. Teruskan juga apa yang telah dimulakan.
Keluarga Sehati makin kecil lagi. Minggu sudah, Abg Mirna dan Kak Noora meninggalkan kami di lantai Sehati. Perit mahu menerima, tapi apakan daya, tanda tangan tanda setuju yang ini hanya adat pertandingan telah diperakui dari awal. sob sob sob... :(

7 comments:

ZaRrY said...

bhsa dira very the theatre okey! hehe but it's nice.

dira, take it as a lesson for u n for us as ur supporters too. just be urself.

Anonymous said...

best of luck.
congrates ya,
usaha teruss
:D

Anonymous said...

Yes babe! This is the spirit of Anak Melaka... Dun turn back! Look ahead n learn fr ur past n do better and ur best for the next show.. luv u babe!

syukrina othman said...

Ya, engkau maseh lagi disini,
Diatas pentas tarian,
Untuk menyalurkan ke tabung thalassemia..
Sekiranya ada rezki, adalah tu dira..
If takde, takpelah kay..

Saya support dira & ash.

Hazel Anuar said...

keep it up gal!jgn stress banget,just enjoy the competition. normally org yg suka tabur fitnah ni, org yg bercakap dgn cermin.or maybe org ni anggap u cabaran sengit buat dia.take that as a compliment.all the best!

cHoMeL'z said...

best of luck dira....
jgn la rasa down lgik...
mggu lps tgk dira cam x semangat jer...huhuhuhuh...
hope minggu ni dira boleh buat yg lagi power k...
gud luck... cayalah dowh...

bella~~~ said...

yes u are beb ...bella tengok SB3 pon becoz of u n sein..wakakaka gila fanatik ... go dira go dira ..