Monday, December 28, 2009

untuk seketika saja..

hampir genap putaran 365 hari setahun, 361 hari yang lalu semua Dira serahkan pada kamu semua, Dira ambil 4 hari terakhir ini untuk diri sendiri. Harap maklum..

Tahun dua ribu sembilan,
Banyak benar yang terkesan,
Baik dari luaran mahupun dalaman,
Biar diri ini sahaja yang simpan.

Terima kaseh atas segalanya,
Segala yang sudah terjadi aku rela,
Kerana diri ini yang mahukan,
Bukan manusia lain yang tentukan.

In advance..

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK KAMU SEMUA.
MOGA TAHUN BARU AKAN JADI LEBIH BAIK DARI YANG SUDAH..


Thursday, December 24, 2009

mambang segala mambang.. laahhh!!


Ku berdiri, lurus pandangan matahati ini,
Mencari mana arah telapak kakiku hari ini,
Hanya mahukan yang terindah dari ciptaanNya,
Aku mendongak tersengih bahagia.

Walau dalam ketandusan zaman,
Kontang lidah mejelir kehausan,
Aku mencoba untuk mencari rakan,
Dari kehidupan alam yang diciptakan.

Wahai sang angin, terbangkan aku,
Wahai sang cahaya, terangkan aku,
Wahai si bunga, warnakan aku,
Wahai si tanah, tetapkan aku,
Wahai si air, lembutkan aku,



credit gambar to wanjahphotoart... (Dira bab camera mmg m.a.l.a.s skit.. so dia photographer tak rasmi saya... hahahahah..)


Tuesday, December 22, 2009

eh, mahu habis sudah?

Gedebak - gedebik - gedebuk.. dah hujung tahun siot...!
dah masuk minggu terakhir dalam tahun 2009. minggu depan adalah tahun depan...!!!
aarrghhh! banyak lah benda baru nak fikir.

Dira dah analisis kerja-kerja sepanjang tahun 2009. Ada diantaranya Dira dah setlekan, tapi ada jugak yang tersangkut. Bukan sengaja tapi disebabkan tuntutan masa yang makin kedekut dan kemut, Dira perlu jadi lebih bijak dalam mencatur perancangan.
Ah, cerita banyak nanti makin poyo bunyinya bila korang baca. So, baik Dira relax - relax je. (hahahaha...)

Apa pun, SB3 dah hampir sampai ke kemuncaknya. Jangan ditanya pasangan mana yang Dira fikir layak menang, sebab ikhlas, kedua - dua punya kekuatan masing - masing. DAN! kamu tak perlu bagitahu Dira siapa yang kamu tidak suka, sebab blogdira bukan tempat untuk mencaci, menghina, bergosip, dan fikir benda- benda tak berfaedah. kita fikir apa kita nak buat untuk tahun depan, kan lagi bagus...

Eh, korang.. blog ini Dira akan update macam biasa. Cuma terkadang tu hampir bersawang jadinya sebab masa terlalu kedekut untuk Dira ( ke aku yang kedekut dengan masa?...).

Alahmak...! nak kene gerak dah.. ada latihan untuk group dance SB malam final nanti..(kami kan penari jemputan pada malam tu..hahahhaha..) .

Nanti berkongsi kita bercerita lagi yah..!


Tuesday, December 15, 2009

dan kini tinggal kenangan..



hmm.. tak payah cerita panjang2.. semua dah tahu Dira dan suami, Ash, tersingkir sudah dari lantai sehati berdansa. Macam mana boleh jadi macam tu?.. Entah lah.. anggap sudah tiada rezeki kami untuk meneruskan gerak tari kami dilantai sehati. Cukup setakat minggu ke-8. Kalau entry sebelum Dira lebih bercerita tentang perasaan bila ada yang lain yang terkeluar, kali ini biar Dira cerita tentang perasaan sendiri bila sudah terkeluar.

SEEEEEEDDDDDIIIHHHH...!!

Bukan sedih sebab tidak menang, tapi sedih bila memikirkan yang kami tidak lagi akan seperti biasa. Tidak ada lagi sesi latihan dengan cikgu kami yang cool, Ezrey. Tiada lagi sesi bercakaran dengan suamiku tentang gerak tari masing-masing. Tiada lagi sesi latihan rehearsal dengan rakan - rakan yang lain. Tiada lagi kedengaran pekikan dan laungan meriah dari peminat tatkala kami sedang berperang dengan gerak tari masing - masing. Tiada lagi sesi melepak curik tulang ketika berlatih dengan Ezrey.. Aduh, sedih nyaaaa!!!

Mohon sebelum fikir lanjut, jangan salahkan mana - mana pihak tentang penyingkiran kami. Tiada konspirasi sedang berlangsung dalam lantai tari ini. Masing - masing punya yang diminati dan masing - masing punya kekuatan tersendiri.

Kalau dulu Dira mem'ptui'kan program realiti di kaca tv, tapi kali ini 'ptui' itu berlepek jatuh ke muka sendiri.. ahahahahah.. padan muka. Air mata mengalir setiap kali menyaksikan ulangan persembahan kami yang terakhir di malam Broadway yang lepas. Lebih teruk hidung tersumbat menahan sebak bila menyaksikan gerak tari lagu tema Sehati Berdansa. Semua yang kami lalui bersama rakan - rakan yang lain terulang tayang semula, bikin hati jadi sayu sangat. Minggu ini, Dira benci tengok Astro Ria. Jangan kau ulang lagi..!! Bikin hati aku sebak lagi..!

Ah, tak mau cerita lebih, nanti aku tersayu lagi..
Ini antara corat coret yang sempat dirakan oleh beberapa lensa kamera (yang penting bukan kamera sendiri..hahaha)
keluarga SB3 yang best!!
dengan dia, kami tempuh segala.. Ezrey, lu cayyah dowh!!
Aduh.. aku rindu moment ini..
dia penguat semangat aku.

Antara yang terbaik tentang SB3 ni adalah proses yang kami lalui bersama ketika mahu menuju ke malam persembahan setiap minggu.

Apa pun ,tahniah kami ucapkan kepada rakan - rakan yang masih didalam lantai Sehati. Teruskan yah.. Dira sayang kamu semua.

Untuk kamu yang menyokong, terima kaseh dan mohon maaf kerana hanya setakat ini sahaja yang kami mampu. Apa yang Dira nak kamu semua tahu adalah setiap minggu kami berusaha untuk buat yang terbaik dan kami persembahkan segala gerak dengan ikhlas.. Kerana kamu semua kami berjaya hingga minggu ke-8 ini.

Buat Ezrey, lu memang cayyaahhh dowh!!
Terus terang, kitorang ghindukan setiap moment kita bersama. Datang training, lepak bersama, makan lepas training, cari baju sama - sama, air milo kotak, air 100plus,cokelat, kasut, ahh.. semuanya masih segar dalam akal aku ini. Kami sayang kau dowh..!

Ouh, kepada Persatuan Thalasemia Malaysia, Mama Zarina, Dira dan Ash takkan mampu hingga ke minggu 8 ini kalau tiada semangat dari kamu semua. Dira percaya kita semua dah buat yang terbaik untuk diri masing - masing. Maaf jika ada salah dan silap dari kami. Apa pun kita maseh bersaudara.. (zanel, kami doakan kesihatan zanel baik selalu yah..)

dah tak mahu sambung, nanti menitik lagi yang bergenang ini..

TERIMA KASEH DARI HATI INI...






Friday, December 11, 2009

antara realiti dan fantasi

hah!
Semua tahu Dira kini dalam program yang dikatakan program realiti. Apa yang realiti tentang program ini?. hmm.. ntah, pusing - pusing, masih tiada jawapan.

Dalam kepala ini, masih banyak tanda soal.. dalam setiap langkah yang dipijak, dalam setiap kata yang tersembul dari mulut, dalam setiap pemandangan yang melalui lensa mata ini, dalam setiap urat yang mentafsir kehidupan dalam kepala otak ini, semuanya masih kekal dalam bentuk soalan.

Kini, soalan tunjang dalam hidup yang sedang Dira lalui, terkini adalah realitikah sesuatu program di kaca tv?.. Mula - mula dapat soalan macam ini, Dira jawap dengan ' hak ptui!'. Ini tanda Dira tidak percaya yang wujudnya realiti dalam kaca tv.

Tapi bila dah jadi sebahagian dari mereka yang direalitikan melalui program tv, Dira tersenyum saja. Benar, kadang - kadang kita manusia tidak mampu menggarisi apa itu realiti mahupun fantasi dalam hidup yang kita sujud ini.

Dira... makin bengong dah !

hahaha.. apa motif entry ini Dira kurang pasti. Cuma tahu mahu kongsi apa ada dalam minda dan hati sekeping ini. Korang olahkan sendiri makna entry ini ehh..

ps: Asyik cerita pasal SB.. Ini cerita dari hati. Harap korang terhibur lah..

Mata makin layu tapi jari jemari makin laju.. eh camne ni?????

Selamat Malam Alam sejagat (si jari mengalah dengan si mata)

Friday, December 4, 2009

Berdansa dari hati ini.


yeah..!
Semua sudah tahu yang minggu ini (minggu ke-7.. sudah) adalah minggu yang cukup special untuk kami di SB3 ini. Buat pertama kali program ini mewujudkan SBMASUK - dimana ini memberi peluang kepada semua peserta SB yang dah tersingkir, masuk bertanding semula dan berpeluang untuk terus ke peringkat seterusnya. Untung nasib boleh berpeluang jadi juara SB3 ini.

Alhamdulillah, Dira dan suami, Ash masih bertahan dan kini kami di peringkat 4 teratas. Tika mula menceburkan diri dalam program ini, Dira pernah berkata yang paling lama pun Dira akan bertahan sampai minggu ke -4 je lah.. itu sudah memadai. Tapi benar, kita perancang teragung tentang hidup kita, tapi Dia penentu terunggul alam semesta. Tertulis sudah mungkin yang perjalanan kami ini mampu hingga ke tahap ini. Dan ini sudah semestinya tidak akan direalisasikan tanpa berkat usaha dan yang paaaalling penting, sokongan kamu semua.

Minggu sudah juga merupakan minggu terbaik kami bila mana apa yang diusahakan berbaloi dengan penerimaan masyarakat. Kami bukan mahu jadi yang terbaik, memadai jadi yang mempunyai peningkatan. Minggu Bollywood melakar seribu makna senyuman kami. Terima Kaseh kamu kerana semangat dan doa yang tidak putus - putus. :)


Ok, berbalik pada SBMASUK,ada yang mungkin terfikir SBMASUK ini tidak adil, mengarut, tiada motif dan sebagainya. Tapi bagi kami semua, ini adalah satu perkhabaran yang cukup baik, kerana kami tahu yang rakan - rakan kami tersingkir awal, masih mampu memberikan yang lebih baik dari apa yang pernah dilihat (seperti yang Dira pernah bilang, kadang - kadang mata ini mampu menipu kita sendiri).

Walaubagaimanapun, minggu sudah memberi satu impak yang amat kepada kami, khusus mungkin untuk Dira bila mana nama peserta yang paling kami sayangi, Mummy Didie dan suaminya, tersingkir pada minggu ke-6. Aduh! sakitnya hati ini.. Mummy sangat happening. Mungkin ada yang terfikir, ahh, umur dah jauh kedepan, elok lah tersingkir.. Eh jangan! Berani korang cakap macam tu. Mummy Didie BEST GILA punya!!.. dalam happening - happening dia, Dira dapat rasakan keibuan dalam diri beliau. Sedangkan kami yang adik - adik ni pun dah rasa dia macam mak kami, apa lagi anak - anak beliau. Tapi macam yang Dira bagitahu. Adat pertandingan.. (ini yang tak bestnya lah..).
Memang masih bernasib baik sebab walaupun terkeluar, tapi masih punya peluang untuk kembali, tapi itu semua nasib.. hmmm... SBMASUK rakan - rakan Dira ni yah..! :)

Jadi nantikan keputusan SBMASUK Ahad ini dan yang penting, saksikan Konsert terbaek dari mereka semua ini Sabtu ini.

untuk mengundi rakan - rakan Dira, taip;

SBMASUK ANITA ---> 32999
SBMASUK ENOT ---> 32999
SBMASUK MIRNA ----> 32999
SBMASUK OSHIN --->32999
SBMASUK DIDIE ---> 32999

Peluang untuk menambahkan dana ke persatuan yang mereka wakili juga akan diteruskan.

Jadi jangan lupa yah.. UNDI jangan tak UNDI..!!

cayyahh dowh!