Showing posts with label terbaru dan terkini. Show all posts
Showing posts with label terbaru dan terkini. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

UNTUK TIGA HARI

Terkejut aku bila di sapa oleh beberapa rakan bertanyakan mana hilangnya aku selama ini?
Eh, mana ada hilang, cuma tiada apa yang patut aku tonjolkan, aku buat kerja macam biasa lah..
Kalau tak perlu kelaur mana- mana, kenapa perlu berpeleseran di tempat itu dan ini?
Kalau tak mendapat jemputan langsung, kenapa perlu menepekkan muka di tempat itu dan ini?
Kalau tak ada mahukan kita, kenapa perlu mohon rayuan di tempat itu dan ini?

Ah! kalau mahu bicara tentang prinsip, mati aku ditembak rakyat. 

Baiklah, ambil dari sudut ini yah. Kalau dulu saya mengacarakan Melodi, jadi kamu akan lihat muka ini setiap hujung minggu, suka atau tidak kan?.. tapi sekarang ni, aku sudah letak jawatan kan?.. jadi tidak ada apa - apa yang sumbang tentang perkara itu. 

ok, sudah. cukup dengan itu. 

Sekarang, kamu dok tanya - tanya mana saya hilang dan pergi yah?.. haaaa.. ni ada satu hadiah untuk kamu semua. Filem yang menemukan saya degan pengarah filem hebat, pelakon - pelakon filem yang hebat dan seorang lelaki hebat dalam hidup saya sekarang.. ( EH?!!)...

Untuk Tiga Hari, sebuah filem dari hasil kerja pengarah hebat, Afdlin Shauki. Ini yang pertama bergenre drama dari beliau ( kalau tak silap, kalau silap, ampunkan saya...). Filem Untuk Tiga Hari akan berada di pawagam berhampiran anda bukan untuk tempoh 3 hari sahaja, tapi untuk tempoh selama yang kamu mahukan, bermula esok (20hb September 2012). 

Love story, tapi berani saya katakan konsep love story nya tidak cliche.. tentang orang yang dah kawen tapi tidak pasti dengan keputusan untuk berkahwin dan cuba untuk bermain - main dengan jodoh dan pertemuan. Cuba untuk mengatur semula setiap kata yang sudah tertulis dalam kitab hidup kita yang telah ditentukan oleh Nya. Cerita ini menepati pepatah 'Kita merancang, tapi Tuhan yang menentukan'.

ok, sudah.. kalau aku cerita lebih, nanti di katakan masuk bakul angkat sendiri. 

Pastikan kamu datang tengok di pawagam. DI PAWAGAM, bukan tunggu di kaca tv yeh..


Filem : Untuk Tiga Hari
Pengarah: Afdlin Shauki
Terbitan: Tarantela Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Afdlin Shauki
                  Vanidah Imrah
                  Rashidee Ishak
                 Ayu Raudha
                 Zizan Nin
                 Ainul Aisyah
                 Dira Abu Zahar :)

Penampilan Istimewa: Ogy Dato' Ahmad Daud

Tarikh Tayangan: 20 september 2012




terima kaseh kepada yang menyokong.
jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran kamu! 

Monday, January 23, 2012

tanggal 1 hari bulan 1

Tahun baru. Bila?? ouh, sudah hampir 3 minggu berlepas, maaf.. tidak sedar.

mungkin tiada bezanya pun. sama sahaja. tukar atau buang sahaja angka terakhir dalam catatan tarikh. Itu pun kalau selalu dicatat, kalau tidak, mungkin kamu juga sama macam aku. TAK PERASAN.

Tapi kenapa tak perasan ek?

Cari alasan lah... hmmmmm...

Ouh, mungkin sebab aku sudah punya tarikh baru tahun baru yang lagi baru dari tahun baru.

Ouh, mungkin tarikh baru tahun baru aku lagi banyak nombor satu nya dari tahun baru.

Ouh, mungkin tarikh baru tahun baru aku bagi aku satu hidup yang lebih baru dari tahun baru.

Cukup.
Dah cukup kukuh rasanya.


Hati masih berbunga walau sudah hampir 3 bulan menyulam kaseh.
Bunga! jangan layu yahhh...!! Sampai bila - bila pun tauuuuu!!


11.11.11

Jujur, ketika sedang menulis ini, dari mula sampai habis, aku sebenarnya tengah meredap dengan mamat bersila kat atas berbaju melayu ni. Tapi aku sendiri tak faham, kenapa aku tulis bunga - bunga bagai ni ehhh?... serious, aku masih tak faham.. korang faham tak? *garu-garu kepala sambil tangan tepuk dada*


Tuesday, December 20, 2011

dingin.salju.


dia
bagai musim salju, dingin.

walau api membara dalam hati.
walau terik ditembak hari.

dia dan dia..
terus saja bikin hati ini sejuk.

aminnnnnn...

terima kaseh atas doa kamu semua.
saya, gembira sangat sekarang ini, dan selamanya... Insyaallah..




Sunday, October 10, 2010

Banduan Akhir Di Sel Akhir


Datang weih.. kita date sama-sama layan teater ni laaaahhh... !!

wa, sayang lu orang !

Jumpa kat MAP, Solaris Dutamas, tepat jam 8mlm dari 10-14 Oktober 2010 ni yehh!


Saturday, October 2, 2010

Banduan Akhir Di Sel Akhir

Banduan Akhir from MalaysiakiniTV on Vimeo.



On Sunday, October 10th Banduan Akhir will open at:

Black Box
MAP Level G2-01 Block A5
Solaris Dutamas
Jalan Dutamas 1, Off Jalan Duta, KUALA LUMPUR

Location map: http://bit.ly/aiMkIS
Ticket sales on minimum contribution of RM 10

For booking and information: 03-79552680 / amnestydptheatre@gmail.com

The play will run until October 14th.

Banduan Akhir is about Sabah boy Yong Vui Kong who has been found guilty of drug trafficking in Singapore and sentenced to death.

His is a story of misfortune brought about perhaps by naivety. He wasn't a drug user, let alone a trafficker. He was used as a drug mule and Banduan Akhir is his story.

Here, executive producer Faisal Mustaffa talks about the play.


Jadi datang beramai- ramai k..


Credit info to Malaysiakini.TV

Monday, August 30, 2010

and here is the story..

yes.. faham.. setelah sekian lama, tiba - tiba entri terbaru aku agak mengarut.
Tapi apa kesah, memang kat sini, aku kuat mengarut.

Cerita terkini, sempena bulan puasa ini, takde apa yang byk beza. Puasa tetap puasa waimah apa yang berlangsung tika ini. Kerja tetap kerja lah kan.

Tiada apa yang terbaru sangat untuk aku war2 kan disini, selain dari siri ARJUNA di tv3 dalam slot aksi akan memulakan musim ke-2 nya, esok jam 9 mlm.. Kali ini, watak baru akan muncul.. MAS AYU.. (ayu keee?) Siapa mas ayu? knp dia wujud?.. untuk follower ARJUNA, saksikan mulai esok ehh..

Selain itu, drama tembakan pertama aku tahun ni yakni AKINABALU di tunda siarannya sehingga NOVEMBER 2010 nanti. Kenapa?. tak pasti pulak, cuba call customer service ASTRO.. hehehe..

Akan datang Oktober ni, pementesan teater "BANDUAN AKHIR" akan muncul di pentas teater berhampiran kamu. hahahha.. nanti lah, details yang lain belum di tetapkan. bila dah ada nanti aku update ehh..

ERm.. cukup buat masa ni..

ok, nak gi sahur..

Selamat Berpuasa kawan - kawan!!



Monday, June 7, 2010

ARJUNA di TV3!!


Saksikan drama epik fantasi terbaru dlm slot AKSI di TV3. Tengok ehh..!

ps: saya akan muncul dalam episod akan datang.. so nantikan ! :)


Friday, April 2, 2010

Dia yang Istimewa ~ Abg Din Beramboi ~


Tinggal Kenangan ...







hmm.. Dira tak mahu cerita panjang tentang ini semua. Kita semua MEMANG sedih atas pemergian secara terlalu mengejut ini.

Yang pasti, kita semua akan sentiasa merindui arwahyarham Abg Din.

Moga rohnya dicucuri rahmat..




Thursday, March 25, 2010

Aki Nabalu


bersawang sudah laman sesawang dira ni..

hmm.. yah, lama tak update. bertapok dalam hutan hampir 2bulan, Dira kerjakan badan ini
dengan segala kudrat yang aku mampu. Melacur lah lagi. Tapi kali ini mengancam sedikit. Lebih
terasa sakitnya sebab habis seluruh badan ini berdarah, melecit, luka, koyak biru lebam dan segala... hingga kini dira rasa hampir kebas sudah. Sudah tak heran dengan itu semua, cuma yang mahukan hanya selesaikan kerja ini.


Berida

Sekali lagi, diberi peluang kerja bawah arahan Khabir Bhatia, kali ini diberi lebih kepercayaan darinya untuk pikul tugas sebagai budak hutan dalam siri epik pertama darinya - Aki Nabalu tajuknya.

Macam mana ceritanya?.. hahaha.. ye, Dira tak pandai nak cerita balik. ok, pendekkan, cerita epik tahun 1940's - zaman jepun dan segala. Siapa tahu cerita Death March in Timpohan..yeap.. thats the one.

Ok dah sudah.. itu je yang Dira nak kongsi buat masa ini.

Ouh ya, Aki Nabalu menyusul di Saluran Astro Citra 131 dalam Slot Suatu Ketika, tak silap dalam sebulan dua lagi. Jadi nanti kan yah!..


credit gambar to Ikha.. (thanx beb)

Saturday, February 6, 2010

Tanda ditunda...

hmmm.. macam tu lah nampak gayanya.. macam mana boleh jadi lagu tu?.. tak tahu nak cakap lah.. ouh tidak, lebih tepat, malas nak cakap lah..

Apa yang pasti, tergamam, terdiam, terpaku hati ini bila terlihat kelibat rakan2 yang lain menahan sebak. Dira tak mampu nak tunjukkan sebab Dira cuba kuatkan hati ini yang ini bukan nasib kami..

Teman Dira cakap, yang penting niat dalam hati.. Kalau diorang tak nampak, ada ramai yang lain akan rasa niat kamu tu... Dira diam, senyum... dan blah..

Waimah apa, TANDA akan kembali dipentas, tidak lama lagi... dan penting, bukan dalam jajahan 'cendekia' seni- kataaannyyyaaaa!!!

:)

Monday, September 7, 2009

Penjenamaan

Baru pulang.. dan mahu terus pulang saja..

Tapi niat tak tercapai sebab banyak yang perlu diselesaikan dulu sebelum pulang.

Kalau tidak, tidur tak aman.

Cerita dalam kepala dah tak terhingga, sampai nak meleleh dari celah mata.



Kadang - kadang terfikir, kenapa tak boleh jadi macam manusia biasa saja?

Mungkin sebab dah terbiasa dengan yang tak biasa kot?

Eh ya entah lah...



Hehehe.. Dira baru pulang dari pengambaran tele-drama 'Bayang' arahan Along Kamaluddin.
Cerita tentang konflik 2 saudara kembar yang terperangkap dengan helah kawan baik ayahnya sendiri. Ahh, nak cerita panjang2?.. tak perlu lah. Nantikan saja lah di Tv2 kot. Bila?.. kurang pasti.

Selesai ini saja, kepala badan kaki tangan semua akan tertumpu pada beberapa kerja yang tak sudah - sudah jugak..

Eh, Dira nak buat label clothing sendiri eh.. yup.. buat baju sendiri. Iallah lepas raya nanti butik yang menjadi idaman Dira dan abang tersayang akan dibuka di tengah kota Lumpur nanti.
Apa konsep baju?.. Bila dah siap Dira kasi tahu eh.. (macam biasa, ni kira hint - hint je)
Yang penting, Dira bukan ambil baju dari luar yang dah siap, Dira akan design sendiri, dari tema warna, konsep, jenis kain, dan semua lah.. sampai lah baju tu menjadi baju.
Untuk peringkat awal ini, Dira tumpukan dulu perhatian untuk baju perempuan. Iallah tahun depan akan keluar yang lelaki pulak.

Apa naman?
hmm.. korang cadangkan?.. boleh? ( hahahaha.. )

eh, penat sudah. nak rehat.

Selamat Malam Semua !

Friday, July 31, 2009

Sidang Media Teater Kompilasi Vol II

Baru pulang.. dari segala daerah yang ada kat Kuala Lumpur dan Selangor ni.
Penat, letih, mengantuk, dan yang paling tak tahan.. LAPAR gila!!
Tak makan ke???.. eh, mesti makan.. tapi tak tahulah.. masih lapar.. (hihi..)
Banyak perkara Dira buat untuk satu hari ni..Sampai Dira sendiri tak ingat (lost memory) Dira kat mana tengahari tadi.. huahuahuahaua.. Dah ting - tong..
Yang paling excited sekarang ni Dira tengah tunggu episod pertama drama bersiri seram Tower 13, minggu depan bermula 6 Ogos di TV3, tak silap slot seram.. alah ganti cerita Keliwoon lah.. so tengok ehh..
Dan yang paling - paling - paling Dira excited dalam ketakutan jugaklah.. pementasan Teater Kompilasi Vol II di Stor DBP nanti bermula 11hb - 16hb Ogos 2009 ni nanti.. Aduh.. risau, gelabah, cuak, takut, nak nangis, nak lari, sesak nafas.. pendek kata, semua yang sewaktu dengan rasa TAKUT lah.. semua ada beb!
Dira ditemuramah secara tidak formal oleh Producer RAT kami, En Faisal.. bacalah.. ada di blog Rumah Anak Teater.. Dira baru baca.. hahahahahahahaha.. tergolek - golek baca sendirian.. Bila baca pengarah Legasi nye soal jawab, lagi tak boleh blah dowh..! Pengarah wa memang sempoi!
Eh korang, esok sidang media atau Press Conference Teater Kompilasi Vol II di Dewan Bahasa bermula jam 2.30 petang. Rakan - rakan yang boleh membantu untuk aktiviti sebaran (kira marketing lah.. ) datang lah kalau mampu, kalau tak mampu tak payah paksa diri lah..
Alah.. mata dah naik kelabu ni, kepala dah nak mula membengkak.. Dira rehat dulu lah ehh..
Moga serapan dalam mimpi hanya yang indah - indah sahaja. ~Amin ~

Thursday, July 16, 2009

Yang terkini lah..

Bila diusya balik, ehh makin banyak pulak cerita tentang apa yang ada dalam otak Dira, sudah lama tak bercerita sahaja. Baeklah... Dira nak bercerita lah ni yeh.. :)

Untuk kali yang keberapa, Dira dah tak hengat, tapi nyawa ni memang bagai nak diputus, tapi jiwa punya pasal, Dira redahkan jugak.. (wah, jiwa ehh?..). Kehidupan berputar 24jam tanpa henti, tak mengira hari dan waktu,terlupa sudah bila siang dan malam, bila semalam dan kelmarin, semua sebab diri ini diberikan 100% pada kerja.


Pengambaran drama seram bersiri 13 episode, Tower 13 arahan Khabir Bhatia.. sekali lagi berpeluang untuk bekerja dengan pengarah yang hasil kerjanya memang tak perlu nak dipertikaikan lah.. Sementelah di sahkan Dira berjaya mendapat tawaran ini, hati tanpa rasa apa terus gumbira, otak tanpa akal terus bersedia, terlalu teruja untuk membikinya. Baca je skrip, perkara pertama yang tersoal (again Dira bersoal lah kan.. ), penulis ni masa tulis skrip ni, dia makan dadah apa ehh?.. Kenapa macam tu?. sebab skrip dia bagus lah wei..! Lokasi pengambaran bertempat di Melaka, walaupun dalam hati, aduh, latihan Legasi di Kl, macam mana ni???.. tapi maaf lah, skripnya bagus, karakternya misteri untuk Dira ceritakan, dan pengarahnya.. hmm tak yah cakap lebih lah... tak mampu untuk Dira menolaknya. Sekali lagi Dira digandingkan bersama pelakon hebat, Bront Palare. (lagilah Dira nak buat ini kerja)


Dalam masa yang sama, jiwa ni terbelah dua bila dalam masa yang sama Dira terpaksa berlari ulang - alik ke lokasi pengambaran drama tele raya, 'Perempuan'. Maaf tak banyak yang tahu untuk kongsi bersama anda tentang produksi ini sebab pertama kali buat kerja dengan unit drama RTM (kira in-house team lah).. Pun juga, cerita yang bagus, karakter yang dah lama Dira idamkan.. seorang budak perempuan yang bermasalah, terjebak dengan masalah dadah dan pelacuran disebabkan oleh ibunya sendiri.. hmm.. tak mau cite lelebih lah, nanti tak suspen :D
Gandingan pelakon old-timer, Khatijah Tan, Zila Bakarin, Kak Maimon, Syed Aiman dan rakan seangkatan, Syed Ali. Juga ada Tony Eusoff, Wan maimunah, dan terbaik, penampilan Mak Mah.. pergh.. pun tempting jugak.. Gila, dapat bekerja dengan mereka - mereka ini. Untuk budak yang baru nak belajar berjalan, ini adalah satu peluang yang baik untuk Dira selama terlibat dalam bahagian kerja ni.


Eh, sudah lah.. banyak pulak bercerita nanti korang dah tahu semuanya.. tak syok maaaa :)
*nak berangkat ke Ipoh malam ini, doakan perjalanan selamat pergi dan pulang yeh!

Anggun dimana??.. owh, sekali lagi diculik oleh makwan dan tok ayah dia yang memang dah lama menanti saat ini... hmm yum yum.. kata tok ayah dia,heheheh... Anggun relax di kampung, mak dia je yang huru hara ni..



Dira di lokasi 'Tower 13'

Anggun di rumah ...