Tuesday, March 30, 2010

bila tayik tepek di muka!

Bila hidup di bawa apungan kepulan kapas putih, bagai berada atas karpet terbang..
Lepas itu kita bernyanyi sepuas - puasnya tanda hati sedang gembira tak terhingga..

Bila malam di buai mimpi ngeri dalam gelita, meraba sendiri kita mencari jalan keluar..
Lepas itu, nampak lubang cahaya keluar terus meronta -ronta mahu bebas dari belukar gelap itu..

Bila kaki berjalan berlantaikan pemikiran yang merata, hati menjadi tak karuan hilang kawalan..
Lepas itu, tadah telapak tangan kaki hati akal dongak kelangit mohon diberi petunjukNya..


Bila tayik tertepek di muka sendiri, baru kita tahu busuk paennggg dia macam mana..
lepas itu kita maki hamun sumpah seranah berbakul - bakul..

ps: kita lebih senang angkat jari telunjuk tuding manusia lain dari tembak kepala sendiri, kann?

3 comments:

Ahmad Albab said...

Biasalah, kita yang dinamakan manusia tidak sempurna. Nabi Muhammad s.a.w juga tidak sempurna. Kadang2 kita susah untuk mengaku kesalahan sendiri. Ada yang baru lupa pada yang lama, bila dah kaya lupa pada yang susah, bila dah popular dah mula lupa diri, adat manusia. Buang yang keroh dan ambik yang jernih. Kenangkan waktu bahagia dulu. Harap kak dira sabar menghadapi dugaan. Mungkin Allah sedang cuba menguji sejauh mana kak dira terima dugaannya.

Anonymous said...

Sabar dira Sabar.jangan marah-marah dan buat benda bodoh. Manusia mmg begitu.

r.k said...

manusia , mana pernah puas .
kesenangan , siapa yang taknak ?
nice words . sangat nice .
^^