Tuesday, March 30, 2010

bila tayik tepek di muka!

Bila hidup di bawa apungan kepulan kapas putih, bagai berada atas karpet terbang..
Lepas itu kita bernyanyi sepuas - puasnya tanda hati sedang gembira tak terhingga..

Bila malam di buai mimpi ngeri dalam gelita, meraba sendiri kita mencari jalan keluar..
Lepas itu, nampak lubang cahaya keluar terus meronta -ronta mahu bebas dari belukar gelap itu..

Bila kaki berjalan berlantaikan pemikiran yang merata, hati menjadi tak karuan hilang kawalan..
Lepas itu, tadah telapak tangan kaki hati akal dongak kelangit mohon diberi petunjukNya..


Bila tayik tertepek di muka sendiri, baru kita tahu busuk paennggg dia macam mana..
lepas itu kita maki hamun sumpah seranah berbakul - bakul..

ps: kita lebih senang angkat jari telunjuk tuding manusia lain dari tembak kepala sendiri, kann?

Monday, March 29, 2010

ke Bulan hati ini pergi

lari laju - laju dari tempat itu,
aku berhenti lelah tercungap-cungap..
mohon Tuhan beri nafas, besarkan ruang paru - paru..
sesak, lelah, tak cukup juga..

Aku cari mana perginya rasa dalam ini,
Entah, pergi mana dia..

Tadi ada, tapi sekarang hilang sudah.
Aku cari lagi dalam ruang yang dikatakan kehidupan ini,
Ruang kehidupan yang macam nak mati itu,

sejenak aku terfikir,

ouh, macam mana nak jumpa,
kerna rasa itu letak dalam hati,
tapi hati aku baru berlepas naik ke orbit,
pesan si hati, dia mahu ke bulan, kerna cantik benar rupanya.
Aku jawab, mungkin di sana kau akan lebih kecewa,
Kerna mungkin kau akan tertipu lagi.

Tapi dia jawab,
"lebih baik rasanya dari ditipu oleh si hati yang lain.. "

Aku tunduk, senyum sahaja.

Jadi, pergi sudah si hati naik terbang tinggi diruang tanpa graviti,
mencuba nasib untuk berlabuh pada si Bulan..


Kita doakan sahaja moga dia pergi dan selamat tiba..


Thursday, March 25, 2010

Aki Nabalu


bersawang sudah laman sesawang dira ni..

hmm.. yah, lama tak update. bertapok dalam hutan hampir 2bulan, Dira kerjakan badan ini
dengan segala kudrat yang aku mampu. Melacur lah lagi. Tapi kali ini mengancam sedikit. Lebih
terasa sakitnya sebab habis seluruh badan ini berdarah, melecit, luka, koyak biru lebam dan segala... hingga kini dira rasa hampir kebas sudah. Sudah tak heran dengan itu semua, cuma yang mahukan hanya selesaikan kerja ini.


Berida

Sekali lagi, diberi peluang kerja bawah arahan Khabir Bhatia, kali ini diberi lebih kepercayaan darinya untuk pikul tugas sebagai budak hutan dalam siri epik pertama darinya - Aki Nabalu tajuknya.

Macam mana ceritanya?.. hahaha.. ye, Dira tak pandai nak cerita balik. ok, pendekkan, cerita epik tahun 1940's - zaman jepun dan segala. Siapa tahu cerita Death March in Timpohan..yeap.. thats the one.

Ok dah sudah.. itu je yang Dira nak kongsi buat masa ini.

Ouh ya, Aki Nabalu menyusul di Saluran Astro Citra 131 dalam Slot Suatu Ketika, tak silap dalam sebulan dua lagi. Jadi nanti kan yah!..


credit gambar to Ikha.. (thanx beb)

Wednesday, March 10, 2010

singkat,pantas dan mudah..

Sambil jalan, kita tengok sana, pandang sini,
Makan kuaci dan air slurrpeee,nampak macam best je. selesa.

Sambil jalan, kita bersiul bernyanyi bermelodi,
Lagu Yuna dan sebenarnya macam best je. senang hati.

Dalam pandangan, masuk terus dalam mata jatuh terus dalam hati.
Eh, betul ke?.. bukan patut dari mata, naik ke otak, pusing dalam minda dan kemudiannya baru jatuh dalam hati?.. oh, kita manusia memang selalu malas nak bawak benda naik ke atas tu..

Semua mahu ambil jalan singkat, pantas dan mudah.
Eh, siapa nak susah, semua nak senang lerrrr...

Jadi kita ambil jalan yang singkat,pantas dan mudah itu. Habis cerita.

Tapi sedarkah yang jalan yang singkat, pantas dan mudah itu lagi singkat,pantas dan mudah untuk kita tersesat?.. sebab dia singkat, pantas dan mudah lah.. jadi bila kita tahu dia singkat, pantas dan mudah maka kita pun ambil singkat, pantas dan mudah lah..

Faham?


Faham tak????

Faham lahhhhh....

ok, aku anggap korang faham je...

mungkin korang tak faham kan...??

tapi aku faham.

ps: Selamat Malam semuaaaa!!!