hah!
Semua tahu Dira kini dalam program yang dikatakan program realiti. Apa yang realiti tentang program ini?. hmm.. ntah, pusing - pusing, masih tiada jawapan.
Dalam kepala ini, masih banyak tanda soal.. dalam setiap langkah yang dipijak, dalam setiap kata yang tersembul dari mulut, dalam setiap pemandangan yang melalui lensa mata ini, dalam setiap urat yang mentafsir kehidupan dalam kepala otak ini, semuanya masih kekal dalam bentuk soalan.
Kini, soalan tunjang dalam hidup yang sedang Dira lalui, terkini adalah realitikah sesuatu program di kaca tv?.. Mula - mula dapat soalan macam ini, Dira jawap dengan ' hak ptui!'. Ini tanda Dira tidak percaya yang wujudnya realiti dalam kaca tv.
Tapi bila dah jadi sebahagian dari mereka yang direalitikan melalui program tv, Dira tersenyum saja. Benar, kadang - kadang kita manusia tidak mampu menggarisi apa itu realiti mahupun fantasi dalam hidup yang kita sujud ini.
Dira... makin bengong dah !
hahaha.. apa motif entry ini Dira kurang pasti. Cuma tahu mahu kongsi apa ada dalam minda dan hati sekeping ini. Korang olahkan sendiri makna entry ini ehh..
ps: Asyik cerita pasal SB.. Ini cerita dari hati. Harap korang terhibur lah..
Mata makin layu tapi jari jemari makin laju.. eh camne ni?????
Selamat Malam Alam sejagat (si jari mengalah dengan si mata)
9 comments:
Realiti memang realiti, semuanya realiti, setiap lakonan yang dibuat dalam sb3 pun kira realiti! Ntah..apa nak dikata lah..hee
All the best dira.
Salam kak dira, apap0n terjadi, ik0t kata hati untuk yang tebaik..0wez supp0rt u
gud luck ye...
realitinya ianye menggambarkan sikap manusia itu sendiri....salam kenal dira....
My personal point of view, apa yang ditonton dalam apa jua bentuk program realiti, bukanlah 'realiti' dalam erti kata sebenar.
Why?
Sebab kita yang menganggap bahawa apa yang ditonton itu 'realiti', mungkin boleh jatuh suka/tidak suka (misjudge) mana-mana peserta dengan hanya menonton diari program realiti tersebut yang hanya ditayangkan kurang dari sejam or even worst, 5 minit.
Sedangkan barangkali yang ditunjukkan itu hanyalah secebis daripada keseluruhan sikap seseorang.
So yeah.. for me.. program realiti ni macam program hiburan yang lain.. cuma yang bezanya, kita rasa lebih dekat (ada personal touch) dengan peserta sebab dapat melihat secebis daripada keseluruhan hidup mereka.Jadi, kita yang menonton tak bolehlah misjudge para peserta dan menghukum mereka dengan hanya melihat apa yang dipaparkan. Buat macam biasa sudah.. :)
hi kak dira..., i wish dira leh smpi final...,caaayaahhh dowh...!!!
Reality is a state of illusion. Therefore, reality couldn't possibly exist.
Salam dira & ash! Kamu keluar dengan bermaruah dengan menunjukan peningkatan!! Still support both of you!! *hugs*
tahniah dira.... bertahan sampai mngu ke -8.. bukan sesuatu yg senang
Post a Comment