Wednesday, November 25, 2009

Terus Sehati untuk Berdansa

Hari - hari dengan putaran hidup yang sama,
Minggu - minggu dengan debaran yang sama,
Bulan - bulan dengan tugasan yang sama,

Masuk minggu ini, sudah 6minggu kami bertungkus - lumus berperah bermandi peluh dan disimbah lagi dengan tekanan demi menjayakan setiap pementasan.
Pertama kali berkecimpung dengan dunia program realiti, mula - mula Dira sakit hati,
Bila sudah lama dalam rancangan, lama - lama jatuh hati,

Yang lepas, dengan pelbagai kontroversi, caci maki dan tidak kurang juga yang memuji, kami laluinya dengan tabah... bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk yang lebih memerlukan.

Tak perlu cerita lebih, sebab dah ramai yang lebih 'tahu' ceritanya, dan pandai juga 'bercerita'.
Minggu sudah, dengan tugasan yang paling susah, kami menebus caci maki yang membenci (bagai nak gila punya benci..) dengan setiap titik usaha kami sendiri.

Minggu baru, tugasan baru.
Kali ini kami berBollywood.
Impian kami ingin mereka tahu.
Yang kami tidaklah seteruk itu.

Aduh, sedih memang sedih. Keluarga Sehati makin kecil. Bulatan semangat kami sebelum Malam Sehati pun makin kecil. Seperti yang sudah tahu, saudara kami, Oshin dan suaminya, Firdaus terpaksa mengundur diri, akur... (Ah benci perasaan ini..).Kalau nak tahu, suami isteri yang comel ini sangat menghiburkan kami sekeluarga dengan 'perangai' comel mereka.
Ah, entahlah... kami yang masih di lantai.. makin kebosanan bila ada yang meninggalkan kami.

Apa pun, kami masih teruskan juga apa yang telah dimulakan sehingga sehabis mungkin.
Kepada yang masih sudi menyokong kami, TERIMA KASEH... kamu adalah semangat kami.

Untuk Persatuan Thalesemia Malaysia, Dira dan Ash akan terus bekerja keras untuk mengumpul seberapa banyak dana yang kami mampu..

Harap sokongan kamu tidak terhenti selagi kami masih dilantai ini.

ps: Kalau 1minggu Persatuan ni semua boleh dapat RM2k, kan lagi best... harap musim akan datang, terima cadangan yang tak seberapa ini.. :)

Tuesday, November 24, 2009

Sentuhan Ajaib

Aku sentuh matanya,
Aku nampak cahayanya,

Aku sentuh hidungnya,
Aku bau nafasnya,

Aku sentuh telinganya,
Aku dengar ketawanya,

Aku sentuh rambutnya,
Aku rasa urat-uratnya,

Aku pegang tanganya,
Aku rasa genggamannya,

Aku urut kakinya,
Aku rasa pijaknya,

Aku sentuh dadanya,
Aku rasa yang sama..


Formasi mungkin berbeza, tapi perangai kami sama.

ps: Anggun ~ my upcoming relax - relax superstar... :)

Sunday, November 22, 2009

aduhai..

selepas segala acara Dira hadir dengan puteri cinta agung kami, balik umah, mcm biasa..
Hadapkan laptop ni, nak menulis.. terlalu banyak nak kongsi.. Tapi hidup sekarang rasa sangat tak aman, tak tenang, jauh sekali boleh melelapkan mata walau jam sudah menunjukkan hampir jam 5pagi.. apa masalah aku?.. ntah..
Tapi yang pasti, aku rasa sangat lahh gembira hari ini. Anggun aku angkut dia sana sini. After all family activities, Dira ended up my day with all production team Filmscape di RedBox.. Wrap party segala kerja sepanjang tahun. Lewat jugak Dira sampai sebab perlu hantar Anggun.

Eh, apa motif menulis ni ehh?. Entah. Main taruk je ni.
Esok Debaran Sehati Berdansa. Keputusan pasangan mana yang tersingkir tersungkur dilantai Sehati. Ah, biar lah.. Terpulang pada orang ramai. Ada yang kata kami menari ok, tapi lagi ada yang kata kami menari macam tayik, macam ntah apa apa, dan macam macam lagi punya macam macam lah.. Taaaaaappiii, 'ada aku kesah?'.. hihi.. Ntah lah.. hidup tak karuan betul sekarang. Mahu saja pulang ke tempat asal. Bekerja tanpa perlu risaukan apa apa selain kerja.

Eh, makin mengarut aku ni. Dah lewat, otak penat, badan pecah sudah.. Tapi tetap tak boleh tidur. Jadi disini tempat melabelkan segala apa yang ada dalam diri.

Tak karuan,
Tak aman,

Tak senang,
Tak tenang,

Tak bisa,
Tak selesa,

Ku tak bisa... jauh, jauh darimuuuuuu...!!!! (eh tiba tiba lagu Slank masuk dalam kepala...?.. )
Ah, makin parah aku ni..

Baeklah..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Dira mohon roh yang baik baik datang bertemu dgn roh ini..

Selamat malam alam sejagat. (errr pagi kan ni?.. :D )


Saturday, November 21, 2009

KuAnggun~ membesar dgn cepat dan sehat!



Dengan budak yang SATU ini................
Ahh.. tak mahulah cite panjang - panjang..
Its her birthday today..
We had a great cake cutting ceremony just now.
Surprisingly, she knows how to blow the candles, by herself..

Check this out!
Tg Anggun Deandra
formasi segala zat antara kami
Happy Bless Birthday princess :)

credit gambar to wanjahblogger.blogspot.com
(kelabut sgt sampai tak sempat amik kat camera sndr)

Daddy dia ada, pun sama kelabut lupa nak amik gambar sesama pulak!

Thursday, November 19, 2009

sesak nafasnya, sesak juga nafasku

Pagi tadi, sedang bersiap untuk ke sesi latihan Sehati Berdansa, kami dikejutkan dengan perkhabaran yang agak kurang senang kami dibuatnya. Zaniel, salah seorang pesakit Thalesemia major, yang juga merupakan orang kuat Persatuan Thalesemia Malaysia, yang juga banyak menyokong kami berdua.... mengalami sesak nafas. Beliau telah ditahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Tatkala menerima perkhabaran yang sedemikian, hati Dira terus jadi sayu memandangkan Zaniel antara yang banyak menyokong kami dan dia antara punca yang membuatkan Dira dan suami masih kuat untuk terus berdansa. Berusia 23 tahun, dengan segala kesukaran untuk menyambung nyawa sehingga hari ini, Dira nampak dari matanya, yang dia mempunyai cita - cita yang sangat tinggi dan semangat yang sangat kuat. Sebab, Dira boleh rasa semangatnya itu.
Setiap minggu, tak kira apa, beliau akan datang menyaksikan konsert Malam Sehati Berdansa3. Tidak lengkap tarian kami tanpa menyaksikan lambaian tangan beliau dari sudut penonton didepan kami.

Selepas selesai sesi latihan, Dira dan suami terus bergegas ke Hospital Ampang, melawat Zaniel. Tatkala mata terpaku melihat beliau, hati ini jadi sayu. Seorang budak lelaki yang tanpa jemu menyokong saya dalam lantai SB3, kini terlantar lemah di katil hospital.. Kami sering berbual melalui telefon.. Dalam kesakitan beliau, saya sedar dia juga ingin hidup seperti remaja biasa, walaupun hakikinya, setiap 2 minggu beliau terpaksa bersangkang nyawa mengisi darah. Mamanya, yang juga kami dah anggap seperti mama kami sendiri, akur dengan kehendak Illahi sekiranya apa - apa berlaku keatasnya sekarang. Dalam hati saya, Ya Allah, macam mana kau boleh setenang ini???... Mungkin inilah kekuatan yang Dira perlu ada dalam diri tika menempuh segala rintangan yang mendatang. Terus Dira terdetik, kalau nyawa dihujung tanduk boleh dihadapi dengan tenang, kenapa tidak aku hadapi segala caci cerca manusia sekeliling dengan tenang juga??..

Untuk Zaniel, Dira dan Ash akan lakukan yang terbaik lagi dalam Sehati Berdansa3 ini.
dan waimah apa keputusan yang mendatang, kita akan tetap terus bersaudara.






Baru aku sedar, aku sayang dengan budak ni.. sebab aku tahu dia sayang aku jugak.
Dira mendoakan semua yang baik untuk kesihatan Zaniel..

Ya Penciptaku, kuatkan semangat budak ini.


Tuesday, November 17, 2009

macam sedap je..


kalau gambar ni ada dalam menu makanan restoran, korang rasa??

ps: hari - hari aku nak kunyah dia...! arrgghhh.. ciptaan terunggul dalam hidup aku.

credit gambar to dedek

aku disini lagi

Bermula minggu baru dengan lafaz niat yang baru dan semangat kekuatan yang baru.
Mungkin yang sudah sangat melemahkan, tapi kali ini Dira cuba untuk memperbaiki kelemahan itu. Tidak ada yang lebih membahagiakan melainkan dapat memberi yang terbaik untuk semua yang menyaksikan.

Dira masih disini lagi. Mohon jangan ada yang salah anggap dengan yang disaksikan. Kadang - kala, mata ini mampu menipu diri sendiri. Tapi Dira akur, hati manusia berbeza. Sedangkan apa yang ada dalam hati sendiri juga kita tidak mampu untuk mengolah, apa lagi hati dalam pemilik jasad yang lain.

Ada masa kita boleh jadi manusia yang demokratik, tapi ada juga kebaikan kalau kita jadi autokratik. Mungkin nampak kejam, tapi mungkin itu yang mampu memberi kepuasan.

Dalam apa jua yang Dira lakukan, baik dalam membina kerjaya mahupun keluarga, Dira tahu dimana dan bagaimana untuk mengatur langkah.

Ah, sudah lah.. banyak cerita pun tak guna, nanti Dira dikatakan gila.
Hmm tak payahlah, bijak sangat pun tak guna, nanti Dira dikatakan buta,
Eleh poyolah.. baik sangat pun tak guna, nanti Dira dikatakan 'over'..

Jadi kamu yang maseh menyokong, teruskan niat baik kamu.
Kerana Dira sangat memerlukannya dan menghargainya.

Wahai anak kecil, kesat airmatamu kerana Dira masih mencuba untuk kamu,
Wahai anak kecil, simpan tangisanmu kerana Dira masih disini untuk kamu,


Alhamdulillah, Dira masih dalam Sehati Berdansa. Teruskan juga apa yang telah dimulakan.
Keluarga Sehati makin kecil lagi. Minggu sudah, Abg Mirna dan Kak Noora meninggalkan kami di lantai Sehati. Perit mahu menerima, tapi apakan daya, tanda tangan tanda setuju yang ini hanya adat pertandingan telah diperakui dari awal. sob sob sob... :(

Friday, November 13, 2009

wa dah bosan!

Terus terang, wa dah bosan, give up stress dengan Sehati. Lu orang nak menang sangat,amik lah.. wa tak heran. wa ada banyak keje lain nak buat. Wa ada anak, rumah, laki yang kene jaga.
Oi, mak bapak wa takde masuk campur ini cerita. Terus terang, mak bapak wa orang kampung, orang kerajaan, pemikiran tak KL langsung. Dia SMS pun tak tahu, telepon pun pakai cap ayam punya, dan dia tak pernah suka anak dia kuar TV. Dia nak wa jadi lawyer lah! wa yang suka dengan kerja ni bukan sebab nak glamour, tapi dalam hati wa memang dah jatuh cinta dengan kerja ni. Wa stim bila boleh berkarya. Wa pernah buat kerja yang langsung tak berbaloi dengan apa yang dapat tapi sebab wa stim gila bila baca script yang bagus, wa buat dowh!

Wa hidup percaya satu benda je, hati baik, takde hasad dengki, dan wa mau jadi manusia yang boleh pakai punya.. Kalau tak untuk negara atau rakyat pun, boleh guna untuk keluarga sendiri pun cukup bagus.

TOLONG lah...! wa tahu kamu semua banyak menyokong, tapi sudah lah, tak payah undi wa lagi. Kecuali wa bertanding untuk Puteri UMNO.. (hehehehehe.. )

Sekarang, wa mau hadap birthday Anggun je. Yang lain wa tak masuk akal wa.

Pasal pertandingan ntah apa apa ni, wa boleh jadi gadoh dgn orang lain, wa tak suka.

Hari Lahirnya Hari Tuahku

Tg Anggun Deandra..
Makin besar kau,
Makin kuat kau,
Makin comel kau,
Makin bijak kau,

Mummy berdiri keranamu,
Mummy berlari keranamu,
Mummy tersengih lebar keranamu,
Mummy ketawa berdekah dekah keranamu,

Kerana Anggun,
bikin airmata Mummy kering kontang sudah.
Kerana Anggun,
bikin Mummy bersedia hadapi masa depan.



Wednesday, November 11, 2009

Pusing sana pusing sini

hmm.. Jalan punya jalan, dah makin menjejak ke hujung tahun sudah.
Masuk set keluar set, masuk rumah keluar rumah, masuk kereta keluar kereta,
Tahu - tahu dah nak habis tahun 2009.
Macam biasa, bila hujung tahun menjelma, Dira akan buat list check apa yang Dira dah buat sepanjang tahun ini, kira nak pick up balik sekiranya ada yang tertinggal atau tertanggal. :)

hmm.. kejap, Dira buat dulu list check tu.
Nanti sambung lah cerita. :)

Tuesday, November 10, 2009

Sehatikan jua untuk terus berdansa!

walau kadang - kadang sakit badan ni, sakit nyawa ni, dan yang paling terok bila sakit hati ni ketika menjalani latihan, Dira dan suami masih gagahkan juga kudrat yang ada untuk terus berdansa.

Kalau tanya diri sendiri, memang dan penat, dah tak larat, dah tak daya. Tapi bila kenangkan air mata berderai dan raungan anak kecil yang sebaya dengan Anggun, Dira terpaksa mengaku kalah. Sebabkan mereka lah Dira masih gagahkan jua telapak tangan untuk berdoa agar teruskan gerak tari ini.

Terima Kaseh dari Hati ini kerana kamu semua bikin kami makin yakin dan kuat.

Keluarga Sehati makin kecil. Minggu sudah Kak Enot yang gila happening sudah meninggalkan kami di pentas Sehati Berdansa. Sedih, memang sedih. Kini baru kami faham apa rasanya bila keluarga makin kecil. Sob sob sob..

Apa pun, untuk kamu, teruskan menyokong kami dan mengundi kami untuk mengumpul seberapa banyak dana untuk Persatuan Thalesemia Malaysia.

Caaayyyahh dowh!!

Wednesday, November 4, 2009

nyata dan simpul

Sebenarnya.... Dira nak umumkan disini secara rasmi, menjawab kepada beberapa kenyataan kamu yang tidak puas hati dengan Dira (khusus dalam Sehati Berdansa3 ni lahhh...), dan ketidakpuashatian ini lebih tertumpu kepada peratusan undian Dira yang dikatakan sangat tidak masuk dek akal dia yang tidak puas hati tu. Dira mohon sebelum buat sebarang kenyataan tentang manusia lain, tolong jangan buat kesimpulan dari kenyataan anda yang belum tentu kesahihannya itu.

Wahai rakan - rakan.....
Buat kenyataan tak salah,
Tapi buat kesimpulan dari kenyataan tadi, ini yang salah.
(jadi pastikan apa yang dinyatakan dan apa yang di simpulkan)


ps: Ayah Dira sedang relax di kampung (orang dah pencen lah katakan), sambil tengok anaknya berdansa di kaca TV sambil tanya, 'Jah, dak Irah ni bukan aku suruh dia jadi lawyer ke?..' tanya pada Mak.. (hihi, comel je ayah aku ni..)



Sunday, November 1, 2009

Separanormalkah aku?

cayyahh dowh!

makin banyak yang menjerit, makin ramai juga yang menangis,
makin kuat pekikan jeritan nama, makin kuat juga yang mengutuk,
makin banyak bangunan cakar itu langit, makin banyak juga pokok yang tumbang,
makin ramai yang memuji, makin ramai juga yang membenci,
makin banyak aku fikirkan, makin gila aku dibuatnya...

Separuh nyawa aku disini, separuh nafas aku disana,

Separuh hati aku disini, separuh rasa aku disitu,

Separuh jasad aku disini, separuh roh aku di sana,

Separuh minda aku di situ, separuh akal aku di sini.

Separanormalkah aku?..

*takkan nak cite pasal Sehati Berdansa je kan??..
nak tahu lebih lanjut tentang sehati, jengahkan di sini http://dirashsupporters.blogspot.com/