Monday, January 12, 2009

Mawi&Ekin

dira baru balik dari majlis resepsi 1001 malam Mawi&Ekin di Palace of the Golden Horses malam tadi. fuuh, its a big reception with big preparations.. saya sendir agak terpukau dengan segala persiapan yang telah dijalankan.

dira and jimmy Shanley had to host for its red carpet event, also together with Along and Azrul, from Raja Lawak2.it was a tough one to host for such a big event. dah lar live on Astro Ria.. but Alhamdulillah, everything went out very smooth. merupakan pengalaman pertama mengacarakan majlis karpet merah, sy byk dibantu oleh Jimmy. thank you to him.

umumnya semua dah tahu, Mawi & Ekin selamat diijab kabulkan pada 20 December 2008 di JB. Sambutan utk majlis persandingan di pihak perempuan di buat dengan besar-besaran dan disambut baik oleh oihak lelaki di Felda Taib Andak. Bermula dengan konsep moden kontemporari, disambut baik dengan konsep Jawa, dan malam tadi, penutup tirai kisah cinta Mawi & Ekin sebelum memulakan hidup berumahtangga secara privacy, kawasan Palace of the Golden Horses di meriahkan dengan suasan Timur Tengah atau lebih senang, konsep Arab lah..

Dengan iringan muzik Arab, dimeriahkan dengan segala jenis perhiasan berkonsepkan Arab, Mawi menyambut Ekin menaiki kereta kuda ( i was expecting it to be unta instead..), dengan kawalan oleh pahlawan - pahlawan kuda, Putera Mawi dan Puteri Ekin, masuk ke dewan utama yang di bina khas untuk kedua mempelai.

fuuhh.. masuk je dewan mmg dah takleh nak cakap apa dah.. segala persiapan yang dengar khabar, semua crew terlibat tak cukup tidur,nyata berbaloi sekali.

majlis menepung tawar berjalan lancar, makan beradab dan acara memotong kek juga selesai dengan begitu meriah sekali. it was agreat experience to witness our Raja Sms nye wedding. tak terfikir pun sy mampu menyaksikan ini semua dengan mata kepala saya sendiri until they call me to host the red carpet.

Malangnya bila kita dah di tugaskan untuk bekerja bagi memastikan semuanya berjalan lancar adalah, saya tak mampu nak bergambar dengan mempelai. maklumlah, sibuk ditambah gambra yang mampu mengapai langit ketujuh ni, dira dah tak sedar apa cuma mahukan yang terbaik tatkala mengacarakan majlis orang... dan orang tu adalah Mawi, gila nak memain.. mengamuk peminat Mawi nanti.. :)

Anyway, thanx a lot to everyone yang involve (cewahh, macam wedding aku je..).. no i mean to those yang terlibat menjayakan red carpet ni.. dan untuk crew yang terlibat dalam persediaan majlis ini, TAHNIAH di ucapkan. walau pun adalah serba sedikit yang terkurang, namun yang pasti, untuk menjayakan majlis seumpama ini memang susah, jadi saya faham...

dan untuk Mawi & Ekin, TAHNIAH anda berdua.Kami di luar sini mendoakan perkahwinan anda kekal hingga ke akhir hayat. bak kata orang tua, biarkan hanya cangkul dan tanah sahaja yang mampu memisahkan anda berdua.. belayarlah dengan iman, iallah semuanya akan selamat...

SELAMAT PENGANTIN BARU- Mawi & Ekin..



4 comments:

Dwenly Done said...

lawa Dira malam tadi..

dira abu zahar said...

thanx.. baju sponsor.. kalau tak jangan harap.. :)

Dwenly Done said...

takpe la..yg penting arab mlm tu, baper cost u sponsor u mlm tu and wondering baper cost wedding Mawi&Ekin ;-)

dira abu zahar said...

tak sure lah beb..
sy hanya bertugas sahaja mlm tu.. baju yang saya pakai tu saya tak tau brp hargenye..

:)