Monday, December 28, 2009

untuk seketika saja..

hampir genap putaran 365 hari setahun, 361 hari yang lalu semua Dira serahkan pada kamu semua, Dira ambil 4 hari terakhir ini untuk diri sendiri. Harap maklum..

Tahun dua ribu sembilan,
Banyak benar yang terkesan,
Baik dari luaran mahupun dalaman,
Biar diri ini sahaja yang simpan.

Terima kaseh atas segalanya,
Segala yang sudah terjadi aku rela,
Kerana diri ini yang mahukan,
Bukan manusia lain yang tentukan.

In advance..

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK KAMU SEMUA.
MOGA TAHUN BARU AKAN JADI LEBIH BAIK DARI YANG SUDAH..


Thursday, December 24, 2009

mambang segala mambang.. laahhh!!


Ku berdiri, lurus pandangan matahati ini,
Mencari mana arah telapak kakiku hari ini,
Hanya mahukan yang terindah dari ciptaanNya,
Aku mendongak tersengih bahagia.

Walau dalam ketandusan zaman,
Kontang lidah mejelir kehausan,
Aku mencoba untuk mencari rakan,
Dari kehidupan alam yang diciptakan.

Wahai sang angin, terbangkan aku,
Wahai sang cahaya, terangkan aku,
Wahai si bunga, warnakan aku,
Wahai si tanah, tetapkan aku,
Wahai si air, lembutkan aku,



credit gambar to wanjahphotoart... (Dira bab camera mmg m.a.l.a.s skit.. so dia photographer tak rasmi saya... hahahahah..)


Tuesday, December 22, 2009

eh, mahu habis sudah?

Gedebak - gedebik - gedebuk.. dah hujung tahun siot...!
dah masuk minggu terakhir dalam tahun 2009. minggu depan adalah tahun depan...!!!
aarrghhh! banyak lah benda baru nak fikir.

Dira dah analisis kerja-kerja sepanjang tahun 2009. Ada diantaranya Dira dah setlekan, tapi ada jugak yang tersangkut. Bukan sengaja tapi disebabkan tuntutan masa yang makin kedekut dan kemut, Dira perlu jadi lebih bijak dalam mencatur perancangan.
Ah, cerita banyak nanti makin poyo bunyinya bila korang baca. So, baik Dira relax - relax je. (hahahaha...)

Apa pun, SB3 dah hampir sampai ke kemuncaknya. Jangan ditanya pasangan mana yang Dira fikir layak menang, sebab ikhlas, kedua - dua punya kekuatan masing - masing. DAN! kamu tak perlu bagitahu Dira siapa yang kamu tidak suka, sebab blogdira bukan tempat untuk mencaci, menghina, bergosip, dan fikir benda- benda tak berfaedah. kita fikir apa kita nak buat untuk tahun depan, kan lagi bagus...

Eh, korang.. blog ini Dira akan update macam biasa. Cuma terkadang tu hampir bersawang jadinya sebab masa terlalu kedekut untuk Dira ( ke aku yang kedekut dengan masa?...).

Alahmak...! nak kene gerak dah.. ada latihan untuk group dance SB malam final nanti..(kami kan penari jemputan pada malam tu..hahahhaha..) .

Nanti berkongsi kita bercerita lagi yah..!


Tuesday, December 15, 2009

dan kini tinggal kenangan..



hmm.. tak payah cerita panjang2.. semua dah tahu Dira dan suami, Ash, tersingkir sudah dari lantai sehati berdansa. Macam mana boleh jadi macam tu?.. Entah lah.. anggap sudah tiada rezeki kami untuk meneruskan gerak tari kami dilantai sehati. Cukup setakat minggu ke-8. Kalau entry sebelum Dira lebih bercerita tentang perasaan bila ada yang lain yang terkeluar, kali ini biar Dira cerita tentang perasaan sendiri bila sudah terkeluar.

SEEEEEEDDDDDIIIHHHH...!!

Bukan sedih sebab tidak menang, tapi sedih bila memikirkan yang kami tidak lagi akan seperti biasa. Tidak ada lagi sesi latihan dengan cikgu kami yang cool, Ezrey. Tiada lagi sesi bercakaran dengan suamiku tentang gerak tari masing-masing. Tiada lagi sesi latihan rehearsal dengan rakan - rakan yang lain. Tiada lagi kedengaran pekikan dan laungan meriah dari peminat tatkala kami sedang berperang dengan gerak tari masing - masing. Tiada lagi sesi melepak curik tulang ketika berlatih dengan Ezrey.. Aduh, sedih nyaaaa!!!

Mohon sebelum fikir lanjut, jangan salahkan mana - mana pihak tentang penyingkiran kami. Tiada konspirasi sedang berlangsung dalam lantai tari ini. Masing - masing punya yang diminati dan masing - masing punya kekuatan tersendiri.

Kalau dulu Dira mem'ptui'kan program realiti di kaca tv, tapi kali ini 'ptui' itu berlepek jatuh ke muka sendiri.. ahahahahah.. padan muka. Air mata mengalir setiap kali menyaksikan ulangan persembahan kami yang terakhir di malam Broadway yang lepas. Lebih teruk hidung tersumbat menahan sebak bila menyaksikan gerak tari lagu tema Sehati Berdansa. Semua yang kami lalui bersama rakan - rakan yang lain terulang tayang semula, bikin hati jadi sayu sangat. Minggu ini, Dira benci tengok Astro Ria. Jangan kau ulang lagi..!! Bikin hati aku sebak lagi..!

Ah, tak mau cerita lebih, nanti aku tersayu lagi..
Ini antara corat coret yang sempat dirakan oleh beberapa lensa kamera (yang penting bukan kamera sendiri..hahaha)
keluarga SB3 yang best!!
dengan dia, kami tempuh segala.. Ezrey, lu cayyah dowh!!
Aduh.. aku rindu moment ini..
dia penguat semangat aku.

Antara yang terbaik tentang SB3 ni adalah proses yang kami lalui bersama ketika mahu menuju ke malam persembahan setiap minggu.

Apa pun ,tahniah kami ucapkan kepada rakan - rakan yang masih didalam lantai Sehati. Teruskan yah.. Dira sayang kamu semua.

Untuk kamu yang menyokong, terima kaseh dan mohon maaf kerana hanya setakat ini sahaja yang kami mampu. Apa yang Dira nak kamu semua tahu adalah setiap minggu kami berusaha untuk buat yang terbaik dan kami persembahkan segala gerak dengan ikhlas.. Kerana kamu semua kami berjaya hingga minggu ke-8 ini.

Buat Ezrey, lu memang cayyaahhh dowh!!
Terus terang, kitorang ghindukan setiap moment kita bersama. Datang training, lepak bersama, makan lepas training, cari baju sama - sama, air milo kotak, air 100plus,cokelat, kasut, ahh.. semuanya masih segar dalam akal aku ini. Kami sayang kau dowh..!

Ouh, kepada Persatuan Thalasemia Malaysia, Mama Zarina, Dira dan Ash takkan mampu hingga ke minggu 8 ini kalau tiada semangat dari kamu semua. Dira percaya kita semua dah buat yang terbaik untuk diri masing - masing. Maaf jika ada salah dan silap dari kami. Apa pun kita maseh bersaudara.. (zanel, kami doakan kesihatan zanel baik selalu yah..)

dah tak mahu sambung, nanti menitik lagi yang bergenang ini..

TERIMA KASEH DARI HATI INI...






Friday, December 11, 2009

antara realiti dan fantasi

hah!
Semua tahu Dira kini dalam program yang dikatakan program realiti. Apa yang realiti tentang program ini?. hmm.. ntah, pusing - pusing, masih tiada jawapan.

Dalam kepala ini, masih banyak tanda soal.. dalam setiap langkah yang dipijak, dalam setiap kata yang tersembul dari mulut, dalam setiap pemandangan yang melalui lensa mata ini, dalam setiap urat yang mentafsir kehidupan dalam kepala otak ini, semuanya masih kekal dalam bentuk soalan.

Kini, soalan tunjang dalam hidup yang sedang Dira lalui, terkini adalah realitikah sesuatu program di kaca tv?.. Mula - mula dapat soalan macam ini, Dira jawap dengan ' hak ptui!'. Ini tanda Dira tidak percaya yang wujudnya realiti dalam kaca tv.

Tapi bila dah jadi sebahagian dari mereka yang direalitikan melalui program tv, Dira tersenyum saja. Benar, kadang - kadang kita manusia tidak mampu menggarisi apa itu realiti mahupun fantasi dalam hidup yang kita sujud ini.

Dira... makin bengong dah !

hahaha.. apa motif entry ini Dira kurang pasti. Cuma tahu mahu kongsi apa ada dalam minda dan hati sekeping ini. Korang olahkan sendiri makna entry ini ehh..

ps: Asyik cerita pasal SB.. Ini cerita dari hati. Harap korang terhibur lah..

Mata makin layu tapi jari jemari makin laju.. eh camne ni?????

Selamat Malam Alam sejagat (si jari mengalah dengan si mata)

Friday, December 4, 2009

Berdansa dari hati ini.


yeah..!
Semua sudah tahu yang minggu ini (minggu ke-7.. sudah) adalah minggu yang cukup special untuk kami di SB3 ini. Buat pertama kali program ini mewujudkan SBMASUK - dimana ini memberi peluang kepada semua peserta SB yang dah tersingkir, masuk bertanding semula dan berpeluang untuk terus ke peringkat seterusnya. Untung nasib boleh berpeluang jadi juara SB3 ini.

Alhamdulillah, Dira dan suami, Ash masih bertahan dan kini kami di peringkat 4 teratas. Tika mula menceburkan diri dalam program ini, Dira pernah berkata yang paling lama pun Dira akan bertahan sampai minggu ke -4 je lah.. itu sudah memadai. Tapi benar, kita perancang teragung tentang hidup kita, tapi Dia penentu terunggul alam semesta. Tertulis sudah mungkin yang perjalanan kami ini mampu hingga ke tahap ini. Dan ini sudah semestinya tidak akan direalisasikan tanpa berkat usaha dan yang paaaalling penting, sokongan kamu semua.

Minggu sudah juga merupakan minggu terbaik kami bila mana apa yang diusahakan berbaloi dengan penerimaan masyarakat. Kami bukan mahu jadi yang terbaik, memadai jadi yang mempunyai peningkatan. Minggu Bollywood melakar seribu makna senyuman kami. Terima Kaseh kamu kerana semangat dan doa yang tidak putus - putus. :)


Ok, berbalik pada SBMASUK,ada yang mungkin terfikir SBMASUK ini tidak adil, mengarut, tiada motif dan sebagainya. Tapi bagi kami semua, ini adalah satu perkhabaran yang cukup baik, kerana kami tahu yang rakan - rakan kami tersingkir awal, masih mampu memberikan yang lebih baik dari apa yang pernah dilihat (seperti yang Dira pernah bilang, kadang - kadang mata ini mampu menipu kita sendiri).

Walaubagaimanapun, minggu sudah memberi satu impak yang amat kepada kami, khusus mungkin untuk Dira bila mana nama peserta yang paling kami sayangi, Mummy Didie dan suaminya, tersingkir pada minggu ke-6. Aduh! sakitnya hati ini.. Mummy sangat happening. Mungkin ada yang terfikir, ahh, umur dah jauh kedepan, elok lah tersingkir.. Eh jangan! Berani korang cakap macam tu. Mummy Didie BEST GILA punya!!.. dalam happening - happening dia, Dira dapat rasakan keibuan dalam diri beliau. Sedangkan kami yang adik - adik ni pun dah rasa dia macam mak kami, apa lagi anak - anak beliau. Tapi macam yang Dira bagitahu. Adat pertandingan.. (ini yang tak bestnya lah..).
Memang masih bernasib baik sebab walaupun terkeluar, tapi masih punya peluang untuk kembali, tapi itu semua nasib.. hmmm... SBMASUK rakan - rakan Dira ni yah..! :)

Jadi nantikan keputusan SBMASUK Ahad ini dan yang penting, saksikan Konsert terbaek dari mereka semua ini Sabtu ini.

untuk mengundi rakan - rakan Dira, taip;

SBMASUK ANITA ---> 32999
SBMASUK ENOT ---> 32999
SBMASUK MIRNA ----> 32999
SBMASUK OSHIN --->32999
SBMASUK DIDIE ---> 32999

Peluang untuk menambahkan dana ke persatuan yang mereka wakili juga akan diteruskan.

Jadi jangan lupa yah.. UNDI jangan tak UNDI..!!

cayyahh dowh!

Wednesday, November 25, 2009

Terus Sehati untuk Berdansa

Hari - hari dengan putaran hidup yang sama,
Minggu - minggu dengan debaran yang sama,
Bulan - bulan dengan tugasan yang sama,

Masuk minggu ini, sudah 6minggu kami bertungkus - lumus berperah bermandi peluh dan disimbah lagi dengan tekanan demi menjayakan setiap pementasan.
Pertama kali berkecimpung dengan dunia program realiti, mula - mula Dira sakit hati,
Bila sudah lama dalam rancangan, lama - lama jatuh hati,

Yang lepas, dengan pelbagai kontroversi, caci maki dan tidak kurang juga yang memuji, kami laluinya dengan tabah... bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk yang lebih memerlukan.

Tak perlu cerita lebih, sebab dah ramai yang lebih 'tahu' ceritanya, dan pandai juga 'bercerita'.
Minggu sudah, dengan tugasan yang paling susah, kami menebus caci maki yang membenci (bagai nak gila punya benci..) dengan setiap titik usaha kami sendiri.

Minggu baru, tugasan baru.
Kali ini kami berBollywood.
Impian kami ingin mereka tahu.
Yang kami tidaklah seteruk itu.

Aduh, sedih memang sedih. Keluarga Sehati makin kecil. Bulatan semangat kami sebelum Malam Sehati pun makin kecil. Seperti yang sudah tahu, saudara kami, Oshin dan suaminya, Firdaus terpaksa mengundur diri, akur... (Ah benci perasaan ini..).Kalau nak tahu, suami isteri yang comel ini sangat menghiburkan kami sekeluarga dengan 'perangai' comel mereka.
Ah, entahlah... kami yang masih di lantai.. makin kebosanan bila ada yang meninggalkan kami.

Apa pun, kami masih teruskan juga apa yang telah dimulakan sehingga sehabis mungkin.
Kepada yang masih sudi menyokong kami, TERIMA KASEH... kamu adalah semangat kami.

Untuk Persatuan Thalesemia Malaysia, Dira dan Ash akan terus bekerja keras untuk mengumpul seberapa banyak dana yang kami mampu..

Harap sokongan kamu tidak terhenti selagi kami masih dilantai ini.

ps: Kalau 1minggu Persatuan ni semua boleh dapat RM2k, kan lagi best... harap musim akan datang, terima cadangan yang tak seberapa ini.. :)

Tuesday, November 24, 2009

Sentuhan Ajaib

Aku sentuh matanya,
Aku nampak cahayanya,

Aku sentuh hidungnya,
Aku bau nafasnya,

Aku sentuh telinganya,
Aku dengar ketawanya,

Aku sentuh rambutnya,
Aku rasa urat-uratnya,

Aku pegang tanganya,
Aku rasa genggamannya,

Aku urut kakinya,
Aku rasa pijaknya,

Aku sentuh dadanya,
Aku rasa yang sama..


Formasi mungkin berbeza, tapi perangai kami sama.

ps: Anggun ~ my upcoming relax - relax superstar... :)

Sunday, November 22, 2009

aduhai..

selepas segala acara Dira hadir dengan puteri cinta agung kami, balik umah, mcm biasa..
Hadapkan laptop ni, nak menulis.. terlalu banyak nak kongsi.. Tapi hidup sekarang rasa sangat tak aman, tak tenang, jauh sekali boleh melelapkan mata walau jam sudah menunjukkan hampir jam 5pagi.. apa masalah aku?.. ntah..
Tapi yang pasti, aku rasa sangat lahh gembira hari ini. Anggun aku angkut dia sana sini. After all family activities, Dira ended up my day with all production team Filmscape di RedBox.. Wrap party segala kerja sepanjang tahun. Lewat jugak Dira sampai sebab perlu hantar Anggun.

Eh, apa motif menulis ni ehh?. Entah. Main taruk je ni.
Esok Debaran Sehati Berdansa. Keputusan pasangan mana yang tersingkir tersungkur dilantai Sehati. Ah, biar lah.. Terpulang pada orang ramai. Ada yang kata kami menari ok, tapi lagi ada yang kata kami menari macam tayik, macam ntah apa apa, dan macam macam lagi punya macam macam lah.. Taaaaaappiii, 'ada aku kesah?'.. hihi.. Ntah lah.. hidup tak karuan betul sekarang. Mahu saja pulang ke tempat asal. Bekerja tanpa perlu risaukan apa apa selain kerja.

Eh, makin mengarut aku ni. Dah lewat, otak penat, badan pecah sudah.. Tapi tetap tak boleh tidur. Jadi disini tempat melabelkan segala apa yang ada dalam diri.

Tak karuan,
Tak aman,

Tak senang,
Tak tenang,

Tak bisa,
Tak selesa,

Ku tak bisa... jauh, jauh darimuuuuuu...!!!! (eh tiba tiba lagu Slank masuk dalam kepala...?.. )
Ah, makin parah aku ni..

Baeklah..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Dira mohon roh yang baik baik datang bertemu dgn roh ini..

Selamat malam alam sejagat. (errr pagi kan ni?.. :D )


Saturday, November 21, 2009

KuAnggun~ membesar dgn cepat dan sehat!



Dengan budak yang SATU ini................
Ahh.. tak mahulah cite panjang - panjang..
Its her birthday today..
We had a great cake cutting ceremony just now.
Surprisingly, she knows how to blow the candles, by herself..

Check this out!
Tg Anggun Deandra
formasi segala zat antara kami
Happy Bless Birthday princess :)

credit gambar to wanjahblogger.blogspot.com
(kelabut sgt sampai tak sempat amik kat camera sndr)

Daddy dia ada, pun sama kelabut lupa nak amik gambar sesama pulak!

Thursday, November 19, 2009

sesak nafasnya, sesak juga nafasku

Pagi tadi, sedang bersiap untuk ke sesi latihan Sehati Berdansa, kami dikejutkan dengan perkhabaran yang agak kurang senang kami dibuatnya. Zaniel, salah seorang pesakit Thalesemia major, yang juga merupakan orang kuat Persatuan Thalesemia Malaysia, yang juga banyak menyokong kami berdua.... mengalami sesak nafas. Beliau telah ditahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Tatkala menerima perkhabaran yang sedemikian, hati Dira terus jadi sayu memandangkan Zaniel antara yang banyak menyokong kami dan dia antara punca yang membuatkan Dira dan suami masih kuat untuk terus berdansa. Berusia 23 tahun, dengan segala kesukaran untuk menyambung nyawa sehingga hari ini, Dira nampak dari matanya, yang dia mempunyai cita - cita yang sangat tinggi dan semangat yang sangat kuat. Sebab, Dira boleh rasa semangatnya itu.
Setiap minggu, tak kira apa, beliau akan datang menyaksikan konsert Malam Sehati Berdansa3. Tidak lengkap tarian kami tanpa menyaksikan lambaian tangan beliau dari sudut penonton didepan kami.

Selepas selesai sesi latihan, Dira dan suami terus bergegas ke Hospital Ampang, melawat Zaniel. Tatkala mata terpaku melihat beliau, hati ini jadi sayu. Seorang budak lelaki yang tanpa jemu menyokong saya dalam lantai SB3, kini terlantar lemah di katil hospital.. Kami sering berbual melalui telefon.. Dalam kesakitan beliau, saya sedar dia juga ingin hidup seperti remaja biasa, walaupun hakikinya, setiap 2 minggu beliau terpaksa bersangkang nyawa mengisi darah. Mamanya, yang juga kami dah anggap seperti mama kami sendiri, akur dengan kehendak Illahi sekiranya apa - apa berlaku keatasnya sekarang. Dalam hati saya, Ya Allah, macam mana kau boleh setenang ini???... Mungkin inilah kekuatan yang Dira perlu ada dalam diri tika menempuh segala rintangan yang mendatang. Terus Dira terdetik, kalau nyawa dihujung tanduk boleh dihadapi dengan tenang, kenapa tidak aku hadapi segala caci cerca manusia sekeliling dengan tenang juga??..

Untuk Zaniel, Dira dan Ash akan lakukan yang terbaik lagi dalam Sehati Berdansa3 ini.
dan waimah apa keputusan yang mendatang, kita akan tetap terus bersaudara.






Baru aku sedar, aku sayang dengan budak ni.. sebab aku tahu dia sayang aku jugak.
Dira mendoakan semua yang baik untuk kesihatan Zaniel..

Ya Penciptaku, kuatkan semangat budak ini.


Tuesday, November 17, 2009

macam sedap je..


kalau gambar ni ada dalam menu makanan restoran, korang rasa??

ps: hari - hari aku nak kunyah dia...! arrgghhh.. ciptaan terunggul dalam hidup aku.

credit gambar to dedek

aku disini lagi

Bermula minggu baru dengan lafaz niat yang baru dan semangat kekuatan yang baru.
Mungkin yang sudah sangat melemahkan, tapi kali ini Dira cuba untuk memperbaiki kelemahan itu. Tidak ada yang lebih membahagiakan melainkan dapat memberi yang terbaik untuk semua yang menyaksikan.

Dira masih disini lagi. Mohon jangan ada yang salah anggap dengan yang disaksikan. Kadang - kala, mata ini mampu menipu diri sendiri. Tapi Dira akur, hati manusia berbeza. Sedangkan apa yang ada dalam hati sendiri juga kita tidak mampu untuk mengolah, apa lagi hati dalam pemilik jasad yang lain.

Ada masa kita boleh jadi manusia yang demokratik, tapi ada juga kebaikan kalau kita jadi autokratik. Mungkin nampak kejam, tapi mungkin itu yang mampu memberi kepuasan.

Dalam apa jua yang Dira lakukan, baik dalam membina kerjaya mahupun keluarga, Dira tahu dimana dan bagaimana untuk mengatur langkah.

Ah, sudah lah.. banyak cerita pun tak guna, nanti Dira dikatakan gila.
Hmm tak payahlah, bijak sangat pun tak guna, nanti Dira dikatakan buta,
Eleh poyolah.. baik sangat pun tak guna, nanti Dira dikatakan 'over'..

Jadi kamu yang maseh menyokong, teruskan niat baik kamu.
Kerana Dira sangat memerlukannya dan menghargainya.

Wahai anak kecil, kesat airmatamu kerana Dira masih mencuba untuk kamu,
Wahai anak kecil, simpan tangisanmu kerana Dira masih disini untuk kamu,


Alhamdulillah, Dira masih dalam Sehati Berdansa. Teruskan juga apa yang telah dimulakan.
Keluarga Sehati makin kecil lagi. Minggu sudah, Abg Mirna dan Kak Noora meninggalkan kami di lantai Sehati. Perit mahu menerima, tapi apakan daya, tanda tangan tanda setuju yang ini hanya adat pertandingan telah diperakui dari awal. sob sob sob... :(

Friday, November 13, 2009

wa dah bosan!

Terus terang, wa dah bosan, give up stress dengan Sehati. Lu orang nak menang sangat,amik lah.. wa tak heran. wa ada banyak keje lain nak buat. Wa ada anak, rumah, laki yang kene jaga.
Oi, mak bapak wa takde masuk campur ini cerita. Terus terang, mak bapak wa orang kampung, orang kerajaan, pemikiran tak KL langsung. Dia SMS pun tak tahu, telepon pun pakai cap ayam punya, dan dia tak pernah suka anak dia kuar TV. Dia nak wa jadi lawyer lah! wa yang suka dengan kerja ni bukan sebab nak glamour, tapi dalam hati wa memang dah jatuh cinta dengan kerja ni. Wa stim bila boleh berkarya. Wa pernah buat kerja yang langsung tak berbaloi dengan apa yang dapat tapi sebab wa stim gila bila baca script yang bagus, wa buat dowh!

Wa hidup percaya satu benda je, hati baik, takde hasad dengki, dan wa mau jadi manusia yang boleh pakai punya.. Kalau tak untuk negara atau rakyat pun, boleh guna untuk keluarga sendiri pun cukup bagus.

TOLONG lah...! wa tahu kamu semua banyak menyokong, tapi sudah lah, tak payah undi wa lagi. Kecuali wa bertanding untuk Puteri UMNO.. (hehehehehe.. )

Sekarang, wa mau hadap birthday Anggun je. Yang lain wa tak masuk akal wa.

Pasal pertandingan ntah apa apa ni, wa boleh jadi gadoh dgn orang lain, wa tak suka.

Hari Lahirnya Hari Tuahku

Tg Anggun Deandra..
Makin besar kau,
Makin kuat kau,
Makin comel kau,
Makin bijak kau,

Mummy berdiri keranamu,
Mummy berlari keranamu,
Mummy tersengih lebar keranamu,
Mummy ketawa berdekah dekah keranamu,

Kerana Anggun,
bikin airmata Mummy kering kontang sudah.
Kerana Anggun,
bikin Mummy bersedia hadapi masa depan.



Wednesday, November 11, 2009

Pusing sana pusing sini

hmm.. Jalan punya jalan, dah makin menjejak ke hujung tahun sudah.
Masuk set keluar set, masuk rumah keluar rumah, masuk kereta keluar kereta,
Tahu - tahu dah nak habis tahun 2009.
Macam biasa, bila hujung tahun menjelma, Dira akan buat list check apa yang Dira dah buat sepanjang tahun ini, kira nak pick up balik sekiranya ada yang tertinggal atau tertanggal. :)

hmm.. kejap, Dira buat dulu list check tu.
Nanti sambung lah cerita. :)

Tuesday, November 10, 2009

Sehatikan jua untuk terus berdansa!

walau kadang - kadang sakit badan ni, sakit nyawa ni, dan yang paling terok bila sakit hati ni ketika menjalani latihan, Dira dan suami masih gagahkan juga kudrat yang ada untuk terus berdansa.

Kalau tanya diri sendiri, memang dan penat, dah tak larat, dah tak daya. Tapi bila kenangkan air mata berderai dan raungan anak kecil yang sebaya dengan Anggun, Dira terpaksa mengaku kalah. Sebabkan mereka lah Dira masih gagahkan jua telapak tangan untuk berdoa agar teruskan gerak tari ini.

Terima Kaseh dari Hati ini kerana kamu semua bikin kami makin yakin dan kuat.

Keluarga Sehati makin kecil. Minggu sudah Kak Enot yang gila happening sudah meninggalkan kami di pentas Sehati Berdansa. Sedih, memang sedih. Kini baru kami faham apa rasanya bila keluarga makin kecil. Sob sob sob..

Apa pun, untuk kamu, teruskan menyokong kami dan mengundi kami untuk mengumpul seberapa banyak dana untuk Persatuan Thalesemia Malaysia.

Caaayyyahh dowh!!

Wednesday, November 4, 2009

nyata dan simpul

Sebenarnya.... Dira nak umumkan disini secara rasmi, menjawab kepada beberapa kenyataan kamu yang tidak puas hati dengan Dira (khusus dalam Sehati Berdansa3 ni lahhh...), dan ketidakpuashatian ini lebih tertumpu kepada peratusan undian Dira yang dikatakan sangat tidak masuk dek akal dia yang tidak puas hati tu. Dira mohon sebelum buat sebarang kenyataan tentang manusia lain, tolong jangan buat kesimpulan dari kenyataan anda yang belum tentu kesahihannya itu.

Wahai rakan - rakan.....
Buat kenyataan tak salah,
Tapi buat kesimpulan dari kenyataan tadi, ini yang salah.
(jadi pastikan apa yang dinyatakan dan apa yang di simpulkan)


ps: Ayah Dira sedang relax di kampung (orang dah pencen lah katakan), sambil tengok anaknya berdansa di kaca TV sambil tanya, 'Jah, dak Irah ni bukan aku suruh dia jadi lawyer ke?..' tanya pada Mak.. (hihi, comel je ayah aku ni..)



Sunday, November 1, 2009

Separanormalkah aku?

cayyahh dowh!

makin banyak yang menjerit, makin ramai juga yang menangis,
makin kuat pekikan jeritan nama, makin kuat juga yang mengutuk,
makin banyak bangunan cakar itu langit, makin banyak juga pokok yang tumbang,
makin ramai yang memuji, makin ramai juga yang membenci,
makin banyak aku fikirkan, makin gila aku dibuatnya...

Separuh nyawa aku disini, separuh nafas aku disana,

Separuh hati aku disini, separuh rasa aku disitu,

Separuh jasad aku disini, separuh roh aku di sana,

Separuh minda aku di situ, separuh akal aku di sini.

Separanormalkah aku?..

*takkan nak cite pasal Sehati Berdansa je kan??..
nak tahu lebih lanjut tentang sehati, jengahkan di sini http://dirashsupporters.blogspot.com/


Thursday, October 29, 2009

Sehatikan untuk berdansa..!


caayyyaahhh dowh!.

ok, meh sini mehh... kat sini Dira update sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dalam proses hari pementasan dansa kami.

Alhamdulillah, kami masih mampu untuk teruskan perjuangan kami bagi mendapatkan dana untuk Persatuan Thalessemia Malaysia. Semangat yang diberikan oleh Persatuan sememangnya membuatkan Dira rasa lebih yakin untuk beraksi. Tanpa jemu, setiap minggu mereka datang untuk memberi sokongan. Sekali lagi, TERIMA KASEH DARI HATI INI.

Untuk minggu ke-2 ini, apa temanya tak perlu kot nak bagi tahu lebih, kalau dah tengok detik sehati setiap malam bagi update. Ok2, mungkin ada yang bukan kaki tgk tv, Dira bagi tahu lah ehh.. Minggu ni tema yang diberikan adalah disco. wuuhhooo!! Tapi ni bukan disco yang macam kat kl tu. Itu buat apa, kalau setakat menari goyang punggong, pusing pusing badan pastu lompat lompat je. Tapi ini caaayyyaa punya disco. hahahahha..

Cerita lebih tak ada baik apa pun. Tapi kali ini, gerak tari yang diberikan pada kami lebih mencabar berbanding minggu yang sudah. Cuma mungkin sebab ni dah masuk minggu ke-2, jadi urat - urat tengkok kaki badan ni semua tak lah seterkejut yang sudah. Kira tak sakit sangatlah compare tu last week nye..( ceh, macam terror je bunyinya..)

Lagu kami minggu ni lagu Melly Goeslow, Lets Dance Together.. perghhhh... laju siot beat dia. Memang tak terkejar yop! ( hahahaha..)
Tapi kami cuba sedaya yang boleh untuk teruskan, dan sudah tentu apa yang kami usahakan ini takkan nampak hasilnya jika kamu kamu kamu dan kamu semua tidak menghantarkan undian..( hehehehe, sempat..)

Jadi apa lagi.... (undi lerrr...) :p

Kami mewakili Persatuan Thalessemia Malaysia
Untuk mengundi,
Taip DANSA DIRA hantar ke 32999,
kalau nak hantar sekali banyak,
Taip DANSA 3/5/10 DIRA hantar ke 32999
(TERIMA KASEH DARI HATI INI..)

Untuk update informasi Tekan butang R di alat kawalan jauh Astro dirumah anda sendiri..(jangan amik umah jiran punya pulok!)

Monday, October 26, 2009

TERIMA KASEH LAGI DAN LAGI!!

Bila 2 benda sedang berlangsung dalam satu minggu yang sama, urat bagai nak putus, tulang bagai nak patah, nyawa bagai dicabut, badan bagai nak pecah..

Bila 2 benda ni berlangsung yang mana kedua -duanya memerlukan sokongan dari kamu semua, Dira hanya mampu kata... 'Terima Kaseh dari hati ini lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi lahh..'

Kuala Lumpur International Bike Rally 2009 dan ARA Music Festival Vol II selesai sudah. Melengkapkan misi utama tahun ini dalam hidup Dira. Bikin orang gembira bukan hanya melului lapisan kaca tv, tetapi bikin orang sorak secara langsung ini lagi berat tugasnya. Tapi jujur, Dira tidak pernah meletakkannya dalam situasi 'terpaksa menghiburkan orang', tetapi Dira rasa lena dan tenang bila tengok orang gembira, orang bersorak, orang senyum, orang ketawa, dan orang puas... Pergghhh.. nikmatnya lagi best dari menang loteri 3juta beb !!

Sehati Berdansa musim terbaru ini meletakkan Dira juga dalam situasi yang sama. Bukan saja puas melihat orang bertepuk tangan tanda setuju dengan gerak tari Dira dan suami, tetapi puas hati bila melihat anak - anak Persatuan Thalesemia Malaysia gembira. Bersalaman tanda terima kasehnya dan berdoa tanda sokongannya, membuatkan Dira dan suami akan terus berusaha sejauh yang kami mampu. Semua ini untuk tangisan anak kecil dan airmatanya yang berderai - derai menahan sakit.

Jadi kepada kamu kamu yang menyokong, Dira tidak pernah paksa sesiapa untuk membeli tiket untuk datang ke acara Dira, dan juga tidak pernah memaksa untuk mengundi Dira agar terus kekal dalam Sehati Berdansa ini, tetapi sokongan dan doa sudah memadai.

Dengan itu, sekali lagi TERIMA KASEH DARI HATI.


*Alhamdulillah, kami masih kekal dalam Sehati Berdansa.. cayyyaaahhh dowh!!



Wednesday, October 14, 2009

Sehati ke Berdansa?..




hahaha.. ye lah .. dah pecah lobang pun.

Dira dan suami akan berdansa sehati - hatinya...

Doakan saja moga tak terkucil nanti semasa membikin persembahan.
Kami akan mewakili Persatuan Thalesemia Malaysia ~ Jarum itu mainan dia~


*Ya Penciptaku, adakah ini sebahagian dari tugas sebagai salah seorang pemain seni?.. aduh, berat sungguh tugas yang ini...

Credit gambar - www.murai.com

takleh nak cakap banyak... NERVOUS dowh!!!!

Friday, October 9, 2009

Akhirnya, pepohon ARA kembali bercambah.



Akhirnya, setelah puas mencari ruang dan tikanya, ARA Vol II kembali memanaskan mesin - mesin musik sejagat. Kali ini,lebih besar, lebih banyak band, lebih gempaq, lebih PANAS dan lebih pppeeerrrhhhh bila SEARCH bersama ARA kali ini..!!

Wuooohhoooo!!

Tarikh: 23hb & 24hb Oktober 2009
Tempat: Padang Ekuestrian Mont Kiara, KL.
Masa : 48jam, tanpa henti
Tiket: RM 35/2 hari @ RM 20/ hari..

Kenapa Dira sebok mempromosikan? sebab Dira dan kami semua yang seangkatan yang bersengkang mata mahu bikin ini benda.

Dira akan berkampung di sana. (Makna sebenar makan sana, tidur sana, berak sana, kencing sana, baring tergolek sana, usha balak sana, usha awek sana, lepak dgn Anggun sana, main ting ting sana, semua sana sana sana sana sana dan di sana saja nanti pada tarikh termaktub)


Jaadddiiiii..

datang jangan tak datang.... !!

+ Dira mahu jumpa kamu kamu kamu dan kamu SEMUA di sana!


Tuesday, October 6, 2009

Jarum itu mainan dia

Bertempat di Hospital Ampuan Rahimah, Klang, Dira menyaksikan satu lagi kejadian dalam kehidupan yang Dira sangka macam cibai ni.. Bukan kemalangan yang menimpa diri, bukan mainan wayang perangai manusia (ini benda hari - hari dah berlaku dalam hidup, tak heran dahhh), tapi... entah lah.. nak kategorikan sebagai apa pun tak tahu.

Mereka ini sedang merana, mereka ini sedang meraung kesakitan, mereka sedang penat, tapi mereka redha dengan ketentuanNya sahaja.

Dicucuk jarum dan dimasukkan darah manusia lain yang tak dikenali memang dah menjadi rutin hayat nyawa mereka ini. Dalam mata nampak perkataan 'terima kaseh' kepada penderma darah itu. Dari mana datangnya darah itu tidak pernah dipersoalkan. Mereka hanya terima sahaja.

Dari kaki mereka sebesar telapak tangan ibunya sehingga umur mencecah layak untuk berkahwin dan sampailah nafasnya terhenti jantungnya mampos, ini adalah rutin dan makanan mereka setiap minggu, bulan, tahun. (bergantung kepada tahap keperluan setiap individu).

Yang paling tak tahan hati ini dibuatnya, bila ada kanak - kanak perempuan sebesar anak Dira sendiri. Bila Dira dirumah sedang riuh melayan pekikan tangisan dan rengekan anggun deandra, anak kecil ini meraung tanda tak tahan sakitnya bila tiap kali jarum dicucuk ditanganya. Ya Allah... sakitnya!
Sampai satu detik Dira terfikir, kalau benar ini dugaanNya kepada ibu bapa anak ini, kenapa perlu diberikan anak ini sebagai bahannya?... Kenapa perlu Kau jadikan anak ini sebagai penebus dosa ibu bapanya?

Dira tak sanggup. Kalau boleh di pekakkan telinga ini,kalau boleh dibutakan saja mata ini, saat ini Dira dah tak kesah.. Asalkan jangan aku dengar budak ini meraung sakit,asalkan jangan aku lihat airmatanya berderai - derai..!

Ini bukan cerita untuk menagih simpati, tapi sekadar berkongsi.
Ini bukan rekaan, tapi apa yang telah disaksikan.
Ini benda umpama 'waris' buat pesakit Thalesemia Major.

* fuh, terima kaseh Ya Penciptaku, aku hanya pesakit Thalesemia Minor. Masih mampu hidup dengan cergas kalau pun tak sesehat mana.

+ada gambar untuk dikongsi tapi nanti Dira uploadkan ehh..tak sempat, kene lari buat kerja +

Sunday, September 27, 2009

Malam Sa Malam

Malam yang bahagia.
Online dengan senang hati tanpa perlu fikir " eh kene tidur cepat, esok nak kene bangun pagi gila. Call time kol 7 pagi kat KL"...huhu..

Malam yang senang.
Lepak baca apa yang patut dengan lapang dada sambil dalam hati " Eh Anggun ni, bukan main lasak kau tidur. Main suka gigi je nak golek sana golek sini".. haha..

Malam yang sunyi.
Update apa yang patut dengan otak yang sempit dengan mulut terkumat kamit " Eh, apesal lah otak dungu sangat ni.Salah ayat nanti confirm proposal kene reject".. aduh.

Malam yang macam semalam.
Godeh internet nak cari software cool untuk buat editing dengan dahi yang berkerut sambil menyumpah seranah " apa lah yang payah sangat nak belajar buat editing ni. Aku nak cantikkan gambar still je".. Alahai...

Malam yang ini.
Mengadap laptop cari idea sana sini tersenyum sambil berkata " Ya Penciptaku, kalau benar ini adalah malam terakhir aku disini, kuatkan hati untuk menempuh dengan berat hati. Menyaksikan tarikan nafasnya yang tenang buat aku tak pasti samada aku bersedia untuk meninggalkan Anggun sendirian disini.. sob sob sob..

Ada seorang teman Dira pernah bagitahu, dalam setiap harapan, akan terselit kekecewaan. Bila dihitung apa yang dia cakap, Dira rasa ada benarnya.

sebab terlalu takut dikecewakan, jangan berani untuk berharap mendewa,
sebab terlalu takut untuk mengharap, jangan berangan nak hidup macam manusia biasa.

Sebenarnya, otak tengah serabut. Macam - macam ada dalam akal cetek ini.

Kali ini, kurang pasti apa makna entry ini.
Main hentam keromok tekan keyboard ni. ikut apa yang dikatakan hati sendiri.

hoho..
Selamat Malam wahai alam sejagat.

* ye tahu, Dira mengarut.