Thursday, November 19, 2009

sesak nafasnya, sesak juga nafasku

Pagi tadi, sedang bersiap untuk ke sesi latihan Sehati Berdansa, kami dikejutkan dengan perkhabaran yang agak kurang senang kami dibuatnya. Zaniel, salah seorang pesakit Thalesemia major, yang juga merupakan orang kuat Persatuan Thalesemia Malaysia, yang juga banyak menyokong kami berdua.... mengalami sesak nafas. Beliau telah ditahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Tatkala menerima perkhabaran yang sedemikian, hati Dira terus jadi sayu memandangkan Zaniel antara yang banyak menyokong kami dan dia antara punca yang membuatkan Dira dan suami masih kuat untuk terus berdansa. Berusia 23 tahun, dengan segala kesukaran untuk menyambung nyawa sehingga hari ini, Dira nampak dari matanya, yang dia mempunyai cita - cita yang sangat tinggi dan semangat yang sangat kuat. Sebab, Dira boleh rasa semangatnya itu.
Setiap minggu, tak kira apa, beliau akan datang menyaksikan konsert Malam Sehati Berdansa3. Tidak lengkap tarian kami tanpa menyaksikan lambaian tangan beliau dari sudut penonton didepan kami.

Selepas selesai sesi latihan, Dira dan suami terus bergegas ke Hospital Ampang, melawat Zaniel. Tatkala mata terpaku melihat beliau, hati ini jadi sayu. Seorang budak lelaki yang tanpa jemu menyokong saya dalam lantai SB3, kini terlantar lemah di katil hospital.. Kami sering berbual melalui telefon.. Dalam kesakitan beliau, saya sedar dia juga ingin hidup seperti remaja biasa, walaupun hakikinya, setiap 2 minggu beliau terpaksa bersangkang nyawa mengisi darah. Mamanya, yang juga kami dah anggap seperti mama kami sendiri, akur dengan kehendak Illahi sekiranya apa - apa berlaku keatasnya sekarang. Dalam hati saya, Ya Allah, macam mana kau boleh setenang ini???... Mungkin inilah kekuatan yang Dira perlu ada dalam diri tika menempuh segala rintangan yang mendatang. Terus Dira terdetik, kalau nyawa dihujung tanduk boleh dihadapi dengan tenang, kenapa tidak aku hadapi segala caci cerca manusia sekeliling dengan tenang juga??..

Untuk Zaniel, Dira dan Ash akan lakukan yang terbaik lagi dalam Sehati Berdansa3 ini.
dan waimah apa keputusan yang mendatang, kita akan tetap terus bersaudara.






Baru aku sedar, aku sayang dengan budak ni.. sebab aku tahu dia sayang aku jugak.
Dira mendoakan semua yang baik untuk kesihatan Zaniel..

Ya Penciptaku, kuatkan semangat budak ini.


9 comments:

dobot said...

kuatkan semangat orang itu, ya Allah.
D;

syukrina othman said...

di doakan, semoga diringankan segala kesakitan zaniel & semoga dilancarkan rawtannya..amin ya rabbb..
*speehless*

teruskan usaha mu dira & ash untuk mengumpul dana!

Nini said...

kak dira..

moga Zaniel cepat sembuh..

Rita Razif said...

tetiba rs sayu sgt bc entry dira kali nie..

maybe sbb kita ber2 tahu perasaan seorg ibu.. all the best dira.. Allah akan membantu hambaNya yg sntiasa berhati bersih..

azlin hashim said...

Hai dira... baru tahu Dira ada blog.. kalau tak dah lama singgah. Semoga Adik Zaniel cpt sembuh dan dipanjangken usia... amin..)

utk Dira Good Luck! Semoga berjaya dlm Sehati Berdansa... kekalkan No 1 dlm carta tu.. Caiyokkk!!!!

Princessila said...

sayu.
moge dikuatkan semangatnye..

Yana@Nana said...

SAYU JE BACE..CM NAK MENITIK AIR MATA SY KAK BILA BACE..PAPE SAYA DOAKAN SEMOGA DIA TABAH HADAPI KETENTUAN ILLAHI N CEPAT SEMBUH..AMIN..

chocolate sweets said...

chaiyok2 kak dira.....
suka tengok kak dira&abg ash dalam
sahati berdansa...
good luck!

.::iKa::. said...

kesiannye..
sdeyplak.. tp hrap2 zaniel baik2 sje..