Wednesday, September 23, 2009

Raikan perayaan ini.

Moh ler... kita gi umah Makcik Milah pulak lepas ni...
Aduh, perut dah penuh, badan dah penat, Anggun dah merengek, nak balik boleh?
Ko gila tak pergi umah makcik??! nanti dia catit dalam buku tau mana anak buah dia yang tak datang raya umah dia...

Itu dialog biasa yang Dira dengar bila tiap kali nak adjust jadual perjalanan beraya rumah ke rumah.. hahaha.. agak malas sebenarnya. Tapi bila kakak dah meroyan, ok lah.. meh pi cepat!

Tahun ini, Dira beraya macam biasa, tetap dan WAJIB di kampung. hmm. kampung di Melaka. Terbaek lah! Kami masih bertiga, belum berempat lagi. Malam raya= BUNGA API & MERCUN!!!
Pom sana, pom sini, sana sini pom pom pow! hoho.. syoookk tu! (kalau kat kl, kami sekeluarga confirm beraya dalam lokap).

Anggun makin lasak, akal makin jauh berfikir, makan makin banyak. Ahh makin comel lah budak ini..! Yang paling menggerunkan, dah ada boyfriend kat kampung. Ini semua kes masa Dira tinggalkan dia kat kampung tika jadual kerja mengalahkan Najib. Aduh, parah! Dira dan suami dah cuak sebab belum masuk 2 tahun, dah ada budak lelaki keluar masuk rumah siap bertandang tunggu Anggun bersiap.Maknanya apa?... wa tertekan!! relax dulu dowh.. anak wa baru nak masuk 2tahun le..mak dia pun terkangkang nak cari masa lepak dengan dia, lu suka - suka ajak anak wa main lepak kat umah lu.. Dah pi balik!

Di kampung, kita Lepak + makan + sejuk + borak + ketawa = Dira tak mau balik KL!!
Di KL kita kerja + tertekan + sesak + panas + marah = Dira mau dok kampung!!!

hoho..

SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR & BATIN
dari kami sekeluarga ~



8 comments:

dianCHIRPY said...

1 eppy family
amin.

syukrina18 said...

Eid mubarak to dira & family..
Hey anggun kenapa tak tengok lens eh? Ehehe..
Tema warna raya dira taun ne cantek lah~
Semoga Allah memanjangkan jodoh kalian..bersama buah hati, tengku anggun..amin~~

Piston Pecah said...

eid mubarak sis dira & family...
maaf zahir & batin...

Abby ♥ said...

selamat hari raya, comel je korang sedondon

acik ayu said...

hehehe.

btol btol btol.

nati name kne catit!
kne g sume umah sedare.
waaaaaaaaaaa aje gile!

viva rockstar. said...

i am a fan.

doakan yang baik-baik saja untuk dira dan family. ;)

ammar said...

beb..aku rasa dah raya ke berapa dah ni..tapi aku wish ..bukan wish ko tu..aku wish..selamat hari raya ..maaf zahir batin..yela..dok ceroboh blog org pastu main belasah je ayat..orite..

Nadia Yuna said...

Dira, love da way u express ur feeling in writing. simple but very indeed =)

family kamu sangat sweet dan comel

Semoga kamu sekeluarga sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki. amin =)