Friday, January 10, 2014

Si Ally dan si Deandra

Cetusan rasa yang tak pernah jemu dan tak pernah letih Walau nafas dah tingkat teratas. 

Kali ini bukan dengan produk untuk cucian mata, tapi untuk cucian dobi. Hahahhaha... 

Diri ini kepingin sekali punya jenama sendiri Dalam industry fesyen dan tekstil. Namun dek tersepit di celah jadual kehidupan yang amat sendat, aku perlahan-lahan mencari tapak. Di mana harus aku Mula. 

Ouh!!! Telefon kak Lynda. Dia favourite designer aku untuk koleksi gaya Dira di karpet merah. 
Suka!!! Dia jawab tatkala aku lontar 'jom buat label baju ready to wear sendiri kak?' 

Ahhhhh!! Gembira bukan kepalang. Namun waktu itu, arwah ayah menjadi kepentingan Hidup aku, maka aku tunggu waktu yg paling sesuai. Fikir ku, Moga Ada jodoh aku dengan ayah Bagi menyaksikan satu Lagi impian aku, iaitu punya Nama label sendiri. 

Kita merancang, Allah SWT menentukan. Ayah tak lama 'susahkan' kami, dia pergi tanpa gusar. Tenang benar. Percaya dia sudah bekalkan ilmu secukupnya, anak-anak mampu mengorak langkah sendiri tanpa dia di sisi. 

Oleh itu, aku teruskan juga impian ini. 

Selepas bertungkus lumus, 3bulan kemudian, ALLYDEANDRA WARDROBR lahir dengan beberapa koleksi mudah pakai. (Nanti aku upload Gambar yah) 


Ok, nak tido. Esok call time Pagi. 
Nak sembang macamana dan Bagaimana ini terjadi, panjang betul entry ini. Ponek nak membaca nanti. Hehehheeh. 

Selamat Malam! 


Tuesday, January 7, 2014

Gelemaca

ILama aku tahan rasa ini. Selama ini aku hadapkan saja. Selama ini mata ini asyik berair, adakala bertakung.  Banyak. 
Berderai. 

Tapi Pagi ini aku bangun dengan satu semangat batu. 
Nak terangkan mata ini. 
Nak terangkan hati ini. 

Dan kau, si jahanam yg mengaburi mata aku, yang menggelapi Hidup aku, yang menyesakkan nafas aku, selama ini.... Boleh pergi mampos! 

           Aku. Jam tangan. Nafas. 

Monday, January 6, 2014

Bermula semula

Ahhhh... Lama benar tidak menulis. 

Rindu jugak. Tersepit di celah urusan kerja bikin hidup makin tak tentu. Aku pun tersadai. Terkulai. Terkangkang. Terr Terr terrrrrrr....(Bak kata kak ton mcm dlm iklan dia tu).... 



Ok. Dengan aplikasi yg canggih dan dunia tanpa batasan ni, aku cuba kembali dlm penulisan yg juga tanpa batasan ini. 

Aku pesan awal-awal pada yang baru nak baca aku punya diary ini (ewwwaaahhh... Diary kononnnnnn), jgn ada yg cuba nak assosciate kan aku di sini dgn mana-mana watak yg pernah kau lihat di kaca tv atau layar perak. 


Eh. Bentar yaahhhhh!!! 

Nanti sabunggggg yukkkkk (macam iklan penambah_berat_tinggi_kurus_cantik_termurah kat ig tu tak? Hahahahaah.) 

                     Ini budak senget. 

Thursday, July 18, 2013

HILANG

Genap 29tahun, 4 bulan 10 hari, 3jam, aku rasa apa yang tidak pernah aku terfikir untuk merasainya pada saat ini.

Tiba - tiba,
Nafas aku terhenti. Sama seperti dia. Hati aku pucat, sama seperti dia. Darah aku kering, sama seperti dia. Mata aku kaku, sama seperti dia.
Kaki aku terapung, sama seperti dia.

YA ALLAH, pertama kali aku merasa takut. Sungguh!. Aku tak pernah rasa ketakutan sebegini hebat sepanjang hayat aku.

Mana bisa aku bernafas.
Mana bisa aku punya warna,
Mana bisa aku punya aliran,
Mana bisa aku melihat,
Mana bisa aku bertapak.

HILANG.



Airmata lalu dari celah anak mata, mengalir di celah hidung, lalu depan bibir, hingga hujung dagu. TIS TIS TIS. Terjatuh.

SUBHANALLAH.......!!

Kali ini aku betul - betul di ajar.
Makna takdir.
Makna Tuhan maha Penentu.
Makna kita milik Dia.
Makna bila tiba saat itu.....
Memang takkan ada yang mampu memberhentikan kerjaNya.

PS: Tuhan, tolong sampaikan salam rindu aku pada Ayah. Tolong juga jaga dia dengan baik. Sekarang, ayah dan mak sudah berjauhan. Ayah, jaga diri ayah baik - baik yah... Owang rindu sangat - sangat dengan ayah.



Wednesday, September 19, 2012

UNTUK TIGA HARI

Terkejut aku bila di sapa oleh beberapa rakan bertanyakan mana hilangnya aku selama ini?
Eh, mana ada hilang, cuma tiada apa yang patut aku tonjolkan, aku buat kerja macam biasa lah..
Kalau tak perlu kelaur mana- mana, kenapa perlu berpeleseran di tempat itu dan ini?
Kalau tak mendapat jemputan langsung, kenapa perlu menepekkan muka di tempat itu dan ini?
Kalau tak ada mahukan kita, kenapa perlu mohon rayuan di tempat itu dan ini?

Ah! kalau mahu bicara tentang prinsip, mati aku ditembak rakyat. 

Baiklah, ambil dari sudut ini yah. Kalau dulu saya mengacarakan Melodi, jadi kamu akan lihat muka ini setiap hujung minggu, suka atau tidak kan?.. tapi sekarang ni, aku sudah letak jawatan kan?.. jadi tidak ada apa - apa yang sumbang tentang perkara itu. 

ok, sudah. cukup dengan itu. 

Sekarang, kamu dok tanya - tanya mana saya hilang dan pergi yah?.. haaaa.. ni ada satu hadiah untuk kamu semua. Filem yang menemukan saya degan pengarah filem hebat, pelakon - pelakon filem yang hebat dan seorang lelaki hebat dalam hidup saya sekarang.. ( EH?!!)...

Untuk Tiga Hari, sebuah filem dari hasil kerja pengarah hebat, Afdlin Shauki. Ini yang pertama bergenre drama dari beliau ( kalau tak silap, kalau silap, ampunkan saya...). Filem Untuk Tiga Hari akan berada di pawagam berhampiran anda bukan untuk tempoh 3 hari sahaja, tapi untuk tempoh selama yang kamu mahukan, bermula esok (20hb September 2012). 

Love story, tapi berani saya katakan konsep love story nya tidak cliche.. tentang orang yang dah kawen tapi tidak pasti dengan keputusan untuk berkahwin dan cuba untuk bermain - main dengan jodoh dan pertemuan. Cuba untuk mengatur semula setiap kata yang sudah tertulis dalam kitab hidup kita yang telah ditentukan oleh Nya. Cerita ini menepati pepatah 'Kita merancang, tapi Tuhan yang menentukan'.

ok, sudah.. kalau aku cerita lebih, nanti di katakan masuk bakul angkat sendiri. 

Pastikan kamu datang tengok di pawagam. DI PAWAGAM, bukan tunggu di kaca tv yeh..


Filem : Untuk Tiga Hari
Pengarah: Afdlin Shauki
Terbitan: Tarantela Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Afdlin Shauki
                  Vanidah Imrah
                  Rashidee Ishak
                 Ayu Raudha
                 Zizan Nin
                 Ainul Aisyah
                 Dira Abu Zahar :)

Penampilan Istimewa: Ogy Dato' Ahmad Daud

Tarikh Tayangan: 20 september 2012




terima kaseh kepada yang menyokong.
jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran kamu!