Wednesday, February 24, 2010

Tanda is back.!!


Teater Kompilasi Vol 3 Projek KoKEN: TANDA 25-28Februari 2010 (8:30pm) 27 & 28 Februari 2010 (3:00pm) Tempat: PJ Life Arts, 2A-3, Block K, Jaya One, Section 13, No.72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Malaysia Masuk atas sumbangan: RM30, RM15 (pelajar* & OKU) * terhad kepada 60 tempat sahaja. Keterangan lanjut: 019.2232002, teater.tanda@ gmail.com Tempahan tiket: 012-2395209, 012-9193839

Thursday, February 18, 2010

bicara lagi

Sebelah hati ini terjaga lagi.
Dengan detik lebih membunuh.
Dengan penipuan lebih bererti.
Dengan alasan lebih teratur.

Bila aku melangkah, aku terasa celakanya.
Sebab hari itu kau kata sesuatu. Sesuatu yang bikin hari menjadi cerah dek mentari yang terang.
Aku pusing - pusing keliling, rupa-rupanya aku berdiri ditakhta si penipu.
Sial! dalam hati.
Sebenarnya aku hidup dalam ke'sial'an ini...

Thursday, February 11, 2010

Tarikh keramat..

Maaf, tahu dah terlambat nak maklumkan..

Tapi Januari lalu, genap 3 tahun Dira dan Ash bersama melayar bahtera ini.
Dalam berombak, dalam beramok,
Dengan airmata, dengan tawa riang gembira,
Kami masih bersama..
Jadi wahai rakan - rakan,
Doakan kami untuk sambut Ulangtahun kami yang seterus-terusnya yah..!


*entri ini tanda penghargaan dira pd suami atas kesanggupannya berkahwin dgn perempuan gila ni.. hahahahaha...

Wednesday, February 10, 2010

u faham tak???!!

terdiam, tergamam, terpaku..

dengar cakap orang katanya ini..' apa pun, ikut kata hati kita'
terfikir sekejap mana betulnya.. mungkin ada benarnya.

dengar lagi pesan orang - orang tua... ' ikut hati, mati. ikut rasa, binasa'
terfikir lagi, mana betulnya... mungkin ada benarnya juga.

lepas tu, terdiam tuan punya badan... seorang. kesian dia...
adakah manusia kelilingnya bikin dia lebih keliru, buntu..?

kalau dia keluar, kurang ajar!
kalau dia keluar, bongok!
kalau dia keluar, sombong!
kalau dia keluar, celaka!

kalau macam tu..
macam mana ni?
macam mana ni?
macam mana ni?

u faham taakkkk?!!!




Tuesday, February 9, 2010

Sayang - sayang - sayang




Sekeluarga di Hutan Lipur Lentang.

Kami jalan sama,
Kami mandi sama,
Kami makan sama,
Kami lepak sama.
Semua sama - sama.