Tuesday, April 24, 2012

CHOW KIT



"dunia kau kat sana, dunia aku kat sini"

CHOW KIT 

3 MAY 2012
untuk maklumat lanjut dan untuk segala khabaran terbaru, sila periksa laman sesawang sosial ini:

untuk anda yang masih menyanyangi diri ini, jom mai tgk wayang chow kit lerrr reramai ehh! 


Thursday, March 22, 2012

bertatih lagi

ye, aku senyap untuk tika ini. bukan kerana suka - suka, tapi masih dalam kelabu mencari mana arah tuju. pangkat berbeza, panggilnya masih sama. ish, keliru!

mana satu mungkin aku tujukan kalau itu dan ini semua serba tak kena.
tersepit di tengah - tengah mungkin ini proses penyesuaian diri.
bunga masih kembang mekar, alhamdulillah..
cuma kadang kala, bunga terasa sunyi terpacak di tempat yang sama.
aku ulang, SUNYI, bukan BOSAN yah!

hmm... sedikit demi sedikit aku mulai faham,
dan kini semakin faham.
dan diharapkan dimasa akan datang, terus memahami.


Insyaallahhh...

* tika ini, fasa kehidupan makin berubah, dan aku gembira dengan perubahan ini.
Terima Kasih.


Monday, January 23, 2012

tanggal 1 hari bulan 1

Tahun baru. Bila?? ouh, sudah hampir 3 minggu berlepas, maaf.. tidak sedar.

mungkin tiada bezanya pun. sama sahaja. tukar atau buang sahaja angka terakhir dalam catatan tarikh. Itu pun kalau selalu dicatat, kalau tidak, mungkin kamu juga sama macam aku. TAK PERASAN.

Tapi kenapa tak perasan ek?

Cari alasan lah... hmmmmm...

Ouh, mungkin sebab aku sudah punya tarikh baru tahun baru yang lagi baru dari tahun baru.

Ouh, mungkin tarikh baru tahun baru aku lagi banyak nombor satu nya dari tahun baru.

Ouh, mungkin tarikh baru tahun baru aku bagi aku satu hidup yang lebih baru dari tahun baru.

Cukup.
Dah cukup kukuh rasanya.


Hati masih berbunga walau sudah hampir 3 bulan menyulam kaseh.
Bunga! jangan layu yahhh...!! Sampai bila - bila pun tauuuuu!!


11.11.11

Jujur, ketika sedang menulis ini, dari mula sampai habis, aku sebenarnya tengah meredap dengan mamat bersila kat atas berbaju melayu ni. Tapi aku sendiri tak faham, kenapa aku tulis bunga - bunga bagai ni ehhh?... serious, aku masih tak faham.. korang faham tak? *garu-garu kepala sambil tangan tepuk dada*


Tuesday, December 20, 2011

dingin.salju.


dia
bagai musim salju, dingin.

walau api membara dalam hati.
walau terik ditembak hari.

dia dan dia..
terus saja bikin hati ini sejuk.

aminnnnnn...

terima kaseh atas doa kamu semua.
saya, gembira sangat sekarang ini, dan selamanya... Insyaallah..




Wednesday, November 9, 2011

selepas jumaat..

apa akan jadi selepas jumaat?

macam -macam boleh jadi.

baik atau tidak, terima saja hakikat.

yang dia pelengkap kehidupan kami.

mungkinkah lancar?.. mungkin juga terketar.

kacau, pusing, goncang... AH!

senyum, ingat, sayang... HMMM...

tika mahu menyulam, ini rasa yang mungkin ramai tidak tahu.

banyak beza dibandingkan terdahulu. kenapakah?

mungkin faktor kematangan yang mendewasa bikin fikiran lebih terbuka.

moga, jumaat ini, berjalan dengan tenang.

Doakan yang baik - baik saja.

Amiinnnn....