Saturday, September 24, 2011

ekplorasi tanpa noktah.

aku, lari lintang pukang,
aku, jerit pekik lolong,
aku, kelam kabut huru hara,
aku, pantang itu ini sana sini,

dia, jalan - jalan carik makan,
dia, bisik - bisik senyap sunyi,
dia, lurus tegak satu arah,
dia, semua langgar semua boleh,

ada masa aku benci betul dengan dia.
tapi,
banyak masa aku suka sangat dengan dia.

orang kata, tak kenal maka tak cinta,
aku kata, dah kenal maka dah cinta.

mungkin sebelum aku kenal dia, aku tak kenal apa itu jalan- jalan sebab aku berlari,
tak kenal apa itu bisik sebab aku pekik, tak kenal apa itu lurus sebab aku kabut, tak kenal apa itu boleh sebab aku berpantang.

jadi aku kenal dia betul - betul, supaya aku kenal apa yang aku belum pernah kenal sebelum ini. makin lama, makin banyak aku kenal. makin lama, makin aku cinta.

moga perkenalan kami takkan ada penghujungnya, sebab dia... ekplorasi yang tak mungkin akan habis perkenalannya.

Ekplorasi tanpa noktah
HATI


Sunday, September 11, 2011

pagi raya kami berdua

di pagi raya, dia panggil, lalu telefon.
dia cakap "selamat hari raya".

menguap..

celik mata, anggun dah takde kat sebelah.
ah! yaya dah rembat anak aku.

menggeliat..

pijak je kaki, aku dengar budak berteriak sakan.
dalam banyak - banyak teriak, aku kenal yang satu itu.

Mummy!

Ye!

Anggun dah siap!

Iye ke?

Iye! Mandi ramai- ramai dengan Oja,Orkid, Awish, semua lah..!

Hahaha, suka tak?

Suka!

Jom Mummy!!

Jap, Mummy nak mandi.

Ok! anggun nak main dengan oja,orkid, awish kat bawah eh mummy..

I love you sayang!

I love you mummy..

Ah! Cair meleleh di lantai bilik.

Mati lah kalau selalu macam ni!


Selamat Hari Raya,
Maaf Zahr dan Batin
(maaf terlambat wish,adeh! baru mintak maaf tadi)

Tuesday, August 9, 2011

tanda soal??

ramai yang datang pada nina bagi tahu nina supaya jangan terlalu lantang bila berkata- kata.
nina kata balik, kenapa tak boleh??... lantang lagi.

ramai yang bisik di telinga nina bilang dia tidak suka pada nina bila nina gembira.
nina bisik balik, ouh kenapa?? ... tak faham lagi.

banyak sangat yang nina soalkan semula, dan makin banyak yang aku soal, makin banyak yang tak suka nina.. aik?.. apa pasal pulak eh??... soal lagi.

................................................??.................................

bila ini terjadi, nina makin tak faham.

nina percayakan yang kehidupan ini yang telah diberikanNya adalah yang indah - indah.
dan tidak punya satu batas mahupun sempadan dimana harus kita pendekkan ekplorasi hidupan ini. selagi mampu dan terdaya, nina pecaya kita boleh terbang saja ke mana saja yang kita mahu, melalui satu zarah - zarah terbuku dalam satu item yang panggil otak, yang juga nina percaya mampu membentuk satu ruang dipanggil imaginasi.

nina percaya ruang imaginasi itu bukan fantasi. ianya pasti, cuma tidak nyata dipegang dek tangan, di genggam dek kuasa...

hmm.. nanti orang kata nina gila.
baik nina diam saja.

kecewa lagi.


Tuesday, July 26, 2011

cool kan?


sebab desakan putaran dunia.

penyusunan tiap ruang otak mahu digunakan semaksima.

tapi mungkin ramai yang risau katanya.

aku harap dengan ini, yang baru ini, yang hari ini, yang terkini ini,

akan dibela, dijaga, di tatap, disimpan sampai mati.

jangan ada yang kata aku tak cool lagi.

nanti aku campakkan jasad ini dalam lombong itu lagi.


dia, pegang hati ini sampai ia berhenti berdegup


ps: mohon jangan emosi yah.. ini bahan tulisan sahaja.


Monday, July 11, 2011

hati dan mulut, dok satu tempat boleh??

WTF???????... itu kata sang hati ini.

Eh, takpe, itu pilihan hidup masing - masing, aku cuma bagi tahu apa yang hati aku ni rasa... itu kata yang terkeluar dari sang bibir ini.

Ah! menipu lagi!

Tapi nak buat macamana.. Kadang - kadang memang kita tak mampu nak cakap apa yang sang hati ini berkata.

Kau pernah cakap kau lagi suka manusia yang cakap terus terang dari hati. Tapi apesal kau blah dari meja ni????

Ah! menipu lagi!

Kau pernah cakap kau tak pernah nak menghakimi sesiapa pun dan kau tak pernah kisah apa orang nak cakap pasal kau, tapi apesal kau blah dari meja ini???

Ah! menipu lagi!

Kau pernah cakap yang kau memang takkan buat benda- benda yang macam tu sebab kau tahu nak bezakan mana baik dan mana buruk, tapi apesal kau blah dari meja ini???

Ah! menipu lagi!!

Sial punya hati, babi punya mulut!
Lain kali duduk satu tempat yang sama boleh tak???
Jadi akal aku takkan menipu lagi!!


aku adalah manusia yang paling palat seantero ini!
ps: rasa yang aku rasa tika menulis ini dengan sedikit perencah dlm hati ini.
ah! kenapa berterus terang sangat??!!! WTF??!.. ( kacau dah!)