Friday, July 23, 2010

haha!


perghh.. pijau siot! aku merengek sampaikan kata hati yang tak terluah ini.
eh, dah kenapa pulak ni?..

aku rasa tenang yang mendatang jengah dalam hati, dia ketuk perlahan - lahan..
aku mula nampak kehadiran si tetap yang mula tersenyum, dia masuk perlahan - lahan..
senang hati ini. dengan ini tanpa ragu aku menerima kehadiran dan kedatangan mereka ini.
dengan hamparan senyuman yang mendatar, aku mula rasakan tenaga kurang enak semacam melintas depan hidung. hmmm..

hidup terlalu singkat untuk diperhitungkan dengan sebarang kebarangkalian sebegini.
Jadi dengan itu, aku pun cakap... 'ada aku kesaaaahh?'

Aku ketawakan saja setiap inci kekeliruan mahupun keraguan yang cuba mengganggu setiap fasa kehidupan aku.

hahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahahahahah.......

Saturday, June 19, 2010

besar kepala??

hah!
itu lah dia yang orang cakap! Artist baru nak naik dah besar kepala.. cakap mulut lepas, buat perangai segala..

Terus - terang, melihatkan segala perubahan berlaku dalam hidup aku sekarang, aku tak pernah impikan ini semua. Cuma apa yang aku buat cuma menjalankan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Waimah apa yang terjadi, aku kerjakan juga kerja itu. Dan aku percaya, bukan aku seorang diri, ramai rakan - rakan seperjuangan yang sedang berhempas pulas di luar, tinggalkan keluarga segala, demi melunaskan tanggungjawab yang diberi.

Dalam industri yang serba tak kena ini, ada masa kita akan tersadung kaki dan tersungkur ketika sedang menjalankan kerja. Tidak pasti mana datangnya halangan itu sedangkan tadi ianya tidak kelihatan, tapi kita dah tersungkur disebabkannya. Jadi dengan itu, aku akan pastikan setiap langkah yang diambil, akan aku pastikan kelilingnya itu semua lancar mata memandang. Tapi lumrah manusia yang tidak pernah lari dari keselipan, sudah tentu ada masa mata ini akan menipu dalam mentafsir apa yang dilihat. Jadi lagi sekali, aku akan pastikan apa yang dilihat tidak akan menipu diri sendiri. Oleh itu, aku akan pastikan setiap manusia lain yang aku sedang berkomunikasi dalam soal kerja juga akan buat benda yang sama.

Disebabkan langkah yang terlalu rumit atas niat tidak mahu ditipu ini, aku yang bertindak balas dengan pantas kerana tidak mahu membuang masa, menyuarakan dengan tegas apa yang aku fikir wajar, telah dikatakan besar kepala, pandai buat perangai dan naik kepala... huh?

Kalau masa kamu tidak dihormati, tidak perlu jadi artis untuk mengamuk, pakcik teksi pun akan mengamuk kan?

Kalau perjanjian tidak dituruti, tidak perlu jadi artis untuk bertindak, pensyarah kolej pun akan mengamuk kan?

Kalau bayaran yang dijanjikan tidak ditunaikan, tidak perlu jadi artis untuk menuntut, mat despatch pun akan mengamuk kan?

Jadi, adakah dengan mengambil langkah berjaga - jaga, dan bertindak sekiranya berlaku sebarang kemusykilan itu dikatakan besar kepala? buat perangai? mulut lepas?

Aku keliru dengan kebanyakan adegan hidup sesetengah di antara kita yang lebih rela duduk diam dari bersuara membias rasa yang terpendam dalam hati. Living in denial.. depan cakap semua ok, belakang cakap macam - macam umpama berkempen pilihan raya.

Jadi tolong lah... aku bukan besar kepala, buat perangai, atau mulut lepas ikut suka hati tidak bertempat..Aku cuma mahukan apa yang aku rasa hak aku sebagai manusia. Payah sangat ke nak faham?


Monday, June 7, 2010

ARJUNA di TV3!!


Saksikan drama epik fantasi terbaru dlm slot AKSI di TV3. Tengok ehh..!

ps: saya akan muncul dalam episod akan datang.. so nantikan ! :)


aduhai...!

wahai kamu!

maaf dah lama tak update blog. Agak huru hara dengan jadual hidup yang makin sempit dan sendat ni. Masih tak berpeluang nak tepekkan gambar untuk tatapan cuci mata sebab nak load gambar dari camera agak mengambil masa, jadi masa saya tidak punya ruang untuk menunggu itu semua. Jadi nanti lah bila punya ruang berlegar, saya upload lah ehh..

Buat sementara ini, saya kongsi mana yang sempat dulu. Terkini, saya sedang menembak drama bersiri tajuknya Crossings untuk NTV7. Yang best, character descriptions dia sebijik macam diri saya sendiri. Wow! so basically i just have to be myself.. hahahahah..Except, the part where saya kene bercakap omputih dalam ini cerita. Omputih??? .. yes, drama pertama saya dalam bahasa kedua ini.

Bila keluar?.. ehh nanti lah saya kongsi lagi daam chapter seterusnya..

Saya tak sehat ni.. tapi masih ok.
Jadi mahu berehat seketika sebelum sambung bekerja lagi...


Friday, May 28, 2010

pungut senyuman itu!


Dalam satu ruang, aku duduk diam - diam. Sunyi ja.. Tiada suara, kata, gelombang bunyi nampak kosong. Yang terkebil hanya dua biji bola mata, ternganga menerap segala yang terbayang.

Nampak yang ternampak, aku senyum sahaja.
Dengar yang terdengar, aku senyum sahaja.

Apa pun yang terlintas dalam akal untuk berinteraksi, aku fikir lebih baik aku diamkan sahaja lah..

Yang penting sekarang, aku mahu berehat.
Kerana terlalu lama sudah aku berbogel pungut senyuman tadi.