Sunday, May 16, 2010

quit quiet quite

cuba sebut laju laju..

'quit quiet quite'..

boleh?... tak boleh?. kenapa?.. terbelit belit lidah ?..
eh, tadi aku dengar kau cakap macam lurus je lidah tu, takde yang terbelit pun.
Lancang saja bicara hati, katamu itu yang didengar.

Ah, tidak mengapa lah..

lupakan saja.. hidup ini mungkin bukan untuk diri sendiri.
aku gerakkan hati ini untuk teruskan juga hidup yang dipinjam demi orang lain.

aku nak ke Palestin lah!!..

Selamat hujung minggu kawan - kawan!

Monday, May 10, 2010

kembali kahhhh??

hampir sebulan sudah aku diamkan kamu cakap, kata, dan fikir serta rasa apa yang kamu nak atau suka. aku senyum saja lah.. nak buat apa lagi. takkan nak saman pulak kan..

apa yang berlaku tidak ada kene mengena dengan kehidupan peribadi kamu.
bukan menyombong tidak mahu berkongsi cerita yang kamu dambakan sehingga kering lidah menjelir mohon disuap perihal diri ini, tapi aku lebih senang..... biarkan saja lah..

puas sudah diri ini menghambakan untuk kamu semua, melacurkan diri tak kira siang dan malam untuk kamu santap bersama keluarga atau insan tercinta, dan aku buat kerana aku cintakannya.

tapi masih aku dikatakan pendusta cinta?.. hmm (cayyahhh lah weihh...!! - sambil angkat ibu jari tunjuk 'bagus')

teruskan lolongan dari hati kamu itu, dan aku akan terus duduk menahan godokan di perut ini.. tahan saja, sampai satu masa kamu takkan nampak aku, takkan rasa aku, takkan dengar aku.

Selamat Malam

*ouh.. sebelum aku tulis ini, aku baru selesai tembakkan dengan siri epik fantasi, tajuk Arjuna dan sedang menembak di laga siri omputih.. nanti aku cerita lagi yah...

Monday, April 12, 2010

mulut dikatup mata terjegil !

tatkala mendengar keputusan hakim dunia, aku terdiam.
bagai di katup mulut nan satu ini.
berperang bagai nak gila mahu menang.
nafas aku terhenti bila diumumkan kami kalah.
semua kerana hati yang tuli akal yang naif.

maaf kawan-kawan,
aku biarkan kamu berfikir sehingga tak tercapai dek akal aku ini.
kerana aku tak mampu mengawal sajauh mana kamu patut berhenti.
mahu sahaja aku berdiri di atas paras normal bercerita tentang cereka ini.
tapi aku juga tak mampu melawan satu kata yang disebut takdir Ilahi.

aku katupkan mulut,
hanya mata terjegil nafas terhenti,
kerna walau apa pun,
aku tetap dikatakan pendita yang mendustakan cinta.





ps: terima kasih atas doa-doa kamu semua.

Friday, April 2, 2010

Dia yang Istimewa ~ Abg Din Beramboi ~


Tinggal Kenangan ...







hmm.. Dira tak mahu cerita panjang tentang ini semua. Kita semua MEMANG sedih atas pemergian secara terlalu mengejut ini.

Yang pasti, kita semua akan sentiasa merindui arwahyarham Abg Din.

Moga rohnya dicucuri rahmat..




Thursday, April 1, 2010

tadah


setinggi kayangan di luar bayangan,
sedarjat raja - raja alam semesta,
selaut lautan membanjiri bumi,

tetapi aku tetap di katakan pengkhianat cinta.

teruskan memekik, melolong, maraung agar mereka fahami,
biar aku tadah airmata bertakung sedalam perigi ini sendiri.




ps: jangan salah faham yah..