Wednesday, September 23, 2009

Raikan perayaan ini.

Moh ler... kita gi umah Makcik Milah pulak lepas ni...
Aduh, perut dah penuh, badan dah penat, Anggun dah merengek, nak balik boleh?
Ko gila tak pergi umah makcik??! nanti dia catit dalam buku tau mana anak buah dia yang tak datang raya umah dia...

Itu dialog biasa yang Dira dengar bila tiap kali nak adjust jadual perjalanan beraya rumah ke rumah.. hahaha.. agak malas sebenarnya. Tapi bila kakak dah meroyan, ok lah.. meh pi cepat!

Tahun ini, Dira beraya macam biasa, tetap dan WAJIB di kampung. hmm. kampung di Melaka. Terbaek lah! Kami masih bertiga, belum berempat lagi. Malam raya= BUNGA API & MERCUN!!!
Pom sana, pom sini, sana sini pom pom pow! hoho.. syoookk tu! (kalau kat kl, kami sekeluarga confirm beraya dalam lokap).

Anggun makin lasak, akal makin jauh berfikir, makan makin banyak. Ahh makin comel lah budak ini..! Yang paling menggerunkan, dah ada boyfriend kat kampung. Ini semua kes masa Dira tinggalkan dia kat kampung tika jadual kerja mengalahkan Najib. Aduh, parah! Dira dan suami dah cuak sebab belum masuk 2 tahun, dah ada budak lelaki keluar masuk rumah siap bertandang tunggu Anggun bersiap.Maknanya apa?... wa tertekan!! relax dulu dowh.. anak wa baru nak masuk 2tahun le..mak dia pun terkangkang nak cari masa lepak dengan dia, lu suka - suka ajak anak wa main lepak kat umah lu.. Dah pi balik!

Di kampung, kita Lepak + makan + sejuk + borak + ketawa = Dira tak mau balik KL!!
Di KL kita kerja + tertekan + sesak + panas + marah = Dira mau dok kampung!!!

hoho..

SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR & BATIN
dari kami sekeluarga ~



Monday, September 14, 2009

D.I.A lah!

Hmm..

Nama Dia ada dalam hati.
Rupa Dia ada dalam mata.
Jasad Dia ada dalam nafas ini.
Senyum Dia ada dalam jiwa ini.

Mahu saja aku pergi pada Dia dan cium Dia, peluk Dia, main Dia, gigit Dia, pukul Dia, tidur Dia, SEMUANYA DIA lah!!

Wednesday, September 9, 2009

Kuala Lumpur Bike Rally 2009


Another one after a major success last year in Kuala Lumpur.
Bigger, batter, hotter ~ another MUST COME event hosted by Red Garage.


Tempat berlangsung : Padang Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Tarikh Kejadian : 23hb & 24hb Oktober 2009
Ruang Masa : 48 jam tanpa henti.


Aktiviti :
* Cuci mata dengan awek - awek yang cun dan balak yang hot!
* Meratap merintih dengan keadaan motor - motor yang dipacak kat sana ( dari yang paling besar hinggalah ke yang paling comel)
* Pekakkan telinga dengan adegan music secara langsung tanpa henti ( yang dah confirm Pure Vibration, ROB, Deja Vodoo Spells, dan penampilan khas WINGS siot!, dan ada banyak lagi on the list)
* Lepak sakan dengan yang tersayang sambil menonton wayang pacak dibawah kerdipan bintang dan pancaran bulan purnama.
* Charity bike wash.. ( awek cun dan hot yang akan cuci.. confirm tak menyesal kalau tengok!)


Pesanan penganjur:
+ digalakkan bawak tikar, bantal, selimut, atau mungkin lebih selesa bwk khemah sendiri.
+ jangan lupa bawak sekali ubat nyamuk ehh..

sebarang pertanyaan - sila layari Facebook Red Garage Malaysia. ( google je)

Ada tix charge tak? - kalau ada pun charge paling murah dalam sejarah event besar kat kl ni :)

Jadi datang jangan tak datang...
Takda motor?.. Lagi digalakkan datang!!!

Monday, September 7, 2009

Penjenamaan

Baru pulang.. dan mahu terus pulang saja..

Tapi niat tak tercapai sebab banyak yang perlu diselesaikan dulu sebelum pulang.

Kalau tidak, tidur tak aman.

Cerita dalam kepala dah tak terhingga, sampai nak meleleh dari celah mata.



Kadang - kadang terfikir, kenapa tak boleh jadi macam manusia biasa saja?

Mungkin sebab dah terbiasa dengan yang tak biasa kot?

Eh ya entah lah...



Hehehe.. Dira baru pulang dari pengambaran tele-drama 'Bayang' arahan Along Kamaluddin.
Cerita tentang konflik 2 saudara kembar yang terperangkap dengan helah kawan baik ayahnya sendiri. Ahh, nak cerita panjang2?.. tak perlu lah. Nantikan saja lah di Tv2 kot. Bila?.. kurang pasti.

Selesai ini saja, kepala badan kaki tangan semua akan tertumpu pada beberapa kerja yang tak sudah - sudah jugak..

Eh, Dira nak buat label clothing sendiri eh.. yup.. buat baju sendiri. Iallah lepas raya nanti butik yang menjadi idaman Dira dan abang tersayang akan dibuka di tengah kota Lumpur nanti.
Apa konsep baju?.. Bila dah siap Dira kasi tahu eh.. (macam biasa, ni kira hint - hint je)
Yang penting, Dira bukan ambil baju dari luar yang dah siap, Dira akan design sendiri, dari tema warna, konsep, jenis kain, dan semua lah.. sampai lah baju tu menjadi baju.
Untuk peringkat awal ini, Dira tumpukan dulu perhatian untuk baju perempuan. Iallah tahun depan akan keluar yang lelaki pulak.

Apa naman?
hmm.. korang cadangkan?.. boleh? ( hahahaha.. )

eh, penat sudah. nak rehat.

Selamat Malam Semua !

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan ini...

Hampir 10 hari berpuasa.. Alhamdulillah masih mampu menjalani ibadah puasa walau dalam apa keadaan dengan tenang. Penat menempuh hari - hari biasa dengan kerja yang tak sudah - sudah ini, masih Dira jalankan tanggungjawab ini seperti biasa.

Apa yang terbaru setelah sekian lama tidak menekan papan kekunci ini?.. Rindu pada kehidupan normal memang tak boleh nak dicakap. Apa yang normal?.. Biasa je, ada peluang untuk membeli - belah juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan, dan berbuka dengan gelak ketawa keluarga dan rakan, dan bersolat Tarawikh dengan tenang.. itu yang normal pada tika ini. Tapi... ahh, tak mau cakap lah.. makin stress nanti!

Selepas 2 bulan setengah berkampung di lokasi Tower 13, akhirnya kami semua sudah selesai dengan proses pengambaran. Yang tinggal kini hanya anda sahaja untuk terus menontonnya di kaca tv. Harap boleh terimalah cerita seram yang macam ni. Jangan ditanya apa sudahnya cerita ini.. (tak aci lah...! kene tengok sendiri baru best..) :)



Bulan puasa apa bikin?.. hmm..masih terus beraksi.
Cerita seterusnya?.. ehh, nantikan sahaja lah ehh..
Pernah terkucil tak puasa ni?.. So far so good.. hihi.. (betul..! tak tipu lah! )


Eh, Anggun masih senang di kampung dengan Tok Ayah dan Makwannya.. Aduh, bila lah nak gi beli baju raya dia ni???... (mak bapak asik sibok je!).. takpe, jangan risau, mummy janji, baju raya Anggun confirm graaanndds!! :)



Antara malam - malam yang aku tempuh sepanjang puasa ini..

Bulan puasa syaitan iblis kene ikat?.. hmm..