Sunday, November 12, 2017

Soooh..... Sial...

Manusia.
Dunia.

Lawan satu sama lain. 
Padahal, 
Kita kawan sampai kiamat. 

Semakin menuju ke zaman lebih maju,
aku semakin takut. Seram. 

Kita berdegang - degang leher marahkan sana dan sini. 
Asal boleh di tunjal.
Asal boleh di tala. 
Asal boleh di salahkan. 
Kita salahkan sahaja segala bucu penjuru hidup depan kita. 
Tapi pernah kau soal bahawa bucu - bucu itu jugak kau yang ciptakan?.

Hampir setiap malam aku fikir.
Kenapa kau semakin berbogel?.
Kenapa kau semakin macam orang utan?.
Mungkin benar manusia wujud dari spesis orang utan?.
Kerana itu yang aku di hidangkan setiap hari. Setiap tempat.
Kau sanggup jual maruah demi sepasang kemewahan pada sepatumu..
Kau sanggup bogelkan jasadmu demi sehirup kopi mahal di depanmu..
Kau sanggup tinggalkan yang sepatutnya wajib demi menjana post - post cantik di alam maya..

Kenapa perlu jadi begini?
Tahukah kamu, ada sebahagian manusia di sana sini sepruh dunia yang cuba memikirkan.
Memikirkan bagaimana mahu di perkasakan kehidupan kamu wahai gadis - gadis sekalian?

Kau panggil lah aku kuno.
Kau gelarkan aku jumud. 
Kau fikirkan aku tertutup.

Kau terus fikir lah..
Sebab aku juga sedang berfikir tentang kemunduran kamu dari manusia berakal kepada seekor orang utan tak berhati perasaan. Apa lagi berakal. 

Dunia tanpa batasan.
Bukan kehidupan yang tak terbatas. 
Ada beza di situ. Tahu?.

Tak tahu?
aku faham. 
Sebab kau memang takkan faham.
Sebab kau malas nak baca. 
Sebab kau malas nak perhatikan. 
Sebab kau malas nak buat apa - apa. 
Selain kau tahu cantik demi hidup.

Soalan aku....
Cantik keeeeeeeee????

Soh Sial.
Boleh meninggal. 


Friday, October 27, 2017

selera serumah

nah..

semakin maju.
semakin mundur.

kenapa ?
kita rasa kita maju ke hadapan.
sebab kita rasa kita dah buat habis baik.
untuk hidangan penonton tersayang.

Kenapa ?
kita rasa kita faham sangat dengan permintaan.
sebab kita rasa kita dah lama sangat dengan permainan.
untuk kita rasa kita tahu segala di bumi dan di awan.

hey!.

kita tukang buat.
dia yang cipta.

kita tukang nak carut.
dia yang izinkan.

baik yang buat baik yang mencarut.
kita semua sama sahaja.

tukang buat nak buat yang baik. lagi baik dari yang ada. dari seluruh dunia.
tapi tukang buat fikir, nanti tak boleh jual. tukang tengok takkan faham. tukang tengok malas nak fikir.

tukang tengok dah tengok rasa nak muntah. nak maki. bagai dia pandai semestanya. komen macam - macam.
tapi tukang tengok fikir, tukang buat ni semua syok sendiri. buat ikut suka depa. amik pemain sebab nak yang femes.

haihh.....

Wahai para penonton,
ketahuilah.... bawaha tidak ada satu waktu pun yang berlepas bagi kami si tukang buat ini tidak memikirkan apa yang terbaik buat anda satu keluarga di rumah.
Mana bapaknya selera.
Mana maknya selera.
Mana suami punya suka.
Mana isteri punya suka.
Mana anak lelaki punya minat.
Mana anak perempuan punya minat.
Tak masuk lagi bibik di dapur.
Tak masuk lagi yang datang bertandang.
Tak masuk lagi kaki bola.
Tak masuk lagi kaki motor.
Tak masuk lagi adik nak tengok kartoon.

Adoi....
selera kau....
kalau di buat lauk, mau kene susun 4 meja untuk letak lauk sahaja.
belum masuk kuih dessert air panas air sejuk bubur pulut hitam bagai.

mana nak sumbat???

maka bila cakap,
maka bila comment,
maka bila fikir,
jangan buat macam hidup orang tak terganggu dek itu semua oleh kamu.


Friday, August 25, 2017

cukup.

hampir cukup.

namun, apa lagi yang di tunggukan?.
walau kita sedar yang hidup ini takkan ada puasnya.
jadi, tunggu apa lagi?.

Jalan terus sahaja.
Tak perlu fikir untung ruginya.
Tak payah hitung apa akan jadi kalau itu kalau ini.

Kerna,
Takkan ada yang terhitung dalam maya ini.
Takkan mampu untuk di hisap setiap inci tanahati ini.

Apa yang benar kita sudah tahu pun.
Seawal nafas pertama kita.
Seawal teriak yang tertinggi di hujung anak tekak.
Seawal kita bisa lihat mana titik merah dalam mata kita.

Apa yang perlu aku tunggu lagi.
Apa yang aku mahu lagi.
Apa yang aku tak tahu lagi.
Apa yang aku tak dapat lagi.

Dia dah bagi.
Dia dah bagi. lagi.
Dia dah bagi. dan lagi.

Jadi dengan itu,
Terima kasih Ya Allah SWT.

Terima kasih.
Kali ini aku akan berusaha lebih.
Demi menjadi kekasihMu Ya Tuhan.







Thursday, May 25, 2017

Hero terus kekal sebagai hero. walau dah tua. ----- edisi 'kau mmgterror bang...'

Salam..

kecoh cerita pasal penggiat industri seni bergaduh depan PM.
haaaahhh!.

yes.. dah aku kabokan, artist/ pengkarya/ orang seni/ selebrity atau apa sahaja lah yang di panggilnya, memang tak boleh duduk reramai dalam satu dewan yang sama.

Bila semua kumpul, waimah untuk tujuan apa pun, mereka -mereka ini akan automatik akan keluarlah ego glamor- aku lah yang paling cantik/handsome- bagus- terror - famous kat sini.

INI PENYAKIT KAMI.
err.. atau sebahagian kecil/ BESAR di antara kami.  :-|

apa yang dah jadi, dah pun berlaku.
Damaged is still a damage.
what done is done.
past is past.
let by gone be by gone.

TAPI!~.

Andai harimau mati meninggalkan belang.
Manusia mati meninggalkan nama.
Mat over mati meninggalkan pelempang.
David Teo mati meninggalkan kita. .. eh?

hehehe..
macam ni lah ehhh..

akak rasa, benda yang jadi ni adalah di sebabkan:

1. Tak semua artist ni sekolah tinggi/ diajar adab yang baik/ dan yang paling kritikal adalah EGO itu.
2. Tak semua artits yang datang pada malam tu faham pun apa tujuan program itu di buat. apa lagi tanya apa makna TN50.
3. Ada yang datang sebab nak tunjuk muka depan PM/ Menteri yang dia adalah penyokong kuat industry ini maka bagi lah dia porject2 gomen nanti atau paling bodoh pun bagi lah "datuk' kat dia nanti.
4. Bangsa melayu yang terlalu defensive membabi buta. tak kisah lah kita ni kurang ajar atau tidak, asal bangsa lain jgn kurang ajar dgn melayu... konon.. haaihh.. dosa pahala tak kira ko melayu islam atau melayu kafir bang.. dosa tetap dosa.
5... errrrr.. kalau aku teruskan juga mahu kene penampoorrrr dgn mat over game over nanti. ( maaf bang, saya hormat abg sebagai pelakon lama tapi pemikiran masih di takuk lama tu saya tak boleh nak terima).

ok.. takpe. benda dah jadi kan.. biarkan .. mereka pun dah bermaaf-maafan. Takyah tunggu raya dah sekarang ni. bagus lah..

TAAAPPII..!!!
yang buat aku bengang tahap dewa ke 19 ni adalah, implikasi daripada kejadian tersebut adalah..........
buat penat aku fikirkan apa yang aku nak cakapkan kat PM bagi tujuan penambah- baikkan industri ni tapi penyudahnya, yang hero cap ayam pada malam itu adalah Mat Over dan David Teo...!! . satu je .. bodoh gila.

di paparan media semua cerita pasal mereka.
haihhhh...!!
kalau ada pun skit je pasal perjumpaan malam tu.
haaiihhhh...!
itu pun separuh dari usul tu semua pun, tanya pasal gaji bila nak naikkan.
haihhh..!
itu pun masih ada yang tanya benda yang sama atau benda yang merepek kerepek pisang.
haaiiihhhhhh..!



satu je lagi sekali.
BODO gila.

bengang.
bye
.

Saturday, April 29, 2017

satu tahun ke depan. LAGI..

Ya Ampun..

bagai lalok kene pill tidur.
Setahun dah blah..

Macam tu je?.
Kau kenapa?. carik gaduh?
patah balik..
banyak lagi tak buat ni!!..

Benda patut buat, tak di buatnya.
Benda takyah buat, dah tertulis dalam kalendar.
Marked. Done. Complete.


Apesal jadi macam ni?.
Sebab berangan ke?
Sebab tak perasan ke?
Sebab tak alert ke?.


Haihhh...

sebab nye... tidur!.

ok.. umur dah up setahun.
ok.. benda dah lepas..
ok.. takyah cerita belakang sangat.

Kita move forward.
Kita maju kehadapan.
Kita bergerak lebih pantas.
Kita jadi lebih peka.
Bukan pekak... tau!


kali ini aku cuba lebih baik untuk terus update.

hehehehehehe..

Revolusi........... ( #inisemuapoyo)



Monday, August 8, 2016

LAPANGAN SANG HATI



Sebulan sudah. Kejap sahaja dah habis Sebulan. 
Sepurnama tamat. Begitu sahaja engkau datang dan pergi. 
Belum sempat Aku nak hitung apa – apa, kau pergi lagi.
Kali ini umpama takkan kembali. 
Tafsiran mimpi yang cukup ngeri ini tiada siapa yang bisa membantu.
Tinggal hanya nafas dan waktu.
Menunggu saat yang sesuai untuk menuntut.
Satu kehidupan milik kekal abadi.



                         
                                                 Dia kata dia mahu tenang sahaja. 

Wednesday, July 27, 2016

Satu suasana pada petang itu......

Dalam tempoh yang tersebut, aku alami pelbagai keadaan aneh, ganjil, pelik dan hairan. 
Dalam kaki sedang melangkah, aku lalui bermacam laluan sempit, gelap, hingar, dan sunyi.

                                                                Terhenti nafas.
                                                                 Terkunci hati. 

                                                    Bila melihat kau ada di situ. 

                                          Aku senyum. Dalam diam aku berlalu.


                               
                       Perempuan Dalam Kurung Sesat Di Kota Hong Kong, tempoh hari. 


Friday, September 18, 2015

Pecah.



Macam - macam perihal berlaku lewat kini. 
Pelbagai jenis khabar dan berita di terima. 
Jadi seram. Jadi takut. Jadi cuak. 
Macam serba tak kena itu dan ini.

Dunia.
Alam.
Hidup. 

Berpaksi pada satu, kerana cinta. 
Tercipta pada satu, kerana cinta.
Berputar pada satu, kerana cinta.
Menjadi benar pada satu, kerana cinta.

Manusia.
Perangai.
Nafsu.

Menjadi satu kerana cinta. 
Menjadi debu kerana haloba.
Menjadi beku kerana benci.
Menjadi bodoh kerana nafsu.


Mana pergi hilangnya akal dan fikiran?
Mana pergi hilangnya rasa dan perasaan?
Andai semua bikin segala ikut aturan sendiri.
Andai semua bicara segala ikut undang sendiri.

Ntah...
Aku risau, aku pening. aku keliru. 

Mungkin ini semua tak bisa terjawab dengan hanya sekeping nota hati ini.
Namun aku hanya harap. 
Biar kau marah. 
Biar kau caci. 
Biar kau benci. 
Biar kau maki.
Sebab kau ada segala hak itu.
Tapi mohon aku. 

Teruskan cinta yang dah lama kita bina ini.
Berpegang pada janji sesama kita selama ini.

Agar kita tidak berpecah, roboh, dan longlai dan menjadi bangkai. 






Akuarium
1851pm
Cakap Dalam Hati. 


Friday, September 11, 2015

Utusan Ke LangitMu....

Assalamualaikum...

Kehadapan ayahanda tercinta..
Di harapkan ayah sentiasa bahagia di samping Dia yang tercinta. 
Anakanda di sini alhamdulillah sihat sentiasa bersama doa - doa ayah..
Anggun juga membesar dengan baik. Sekolah. Sudah darjah 2.. 
Ira masukkan dia kelas piano jugak. Sebagai extra skill.. hehehe..
Dia ada sebut beberapa kali nama ayah.. Rindu dengan tok ayah katanya. 
Ira bagitahu dia, doakan yang baik - baik untuk tok ayah. Anggun jawab "ok mommy".. :)

Ira actually nak kongsikan satu berita.. 
Semalam, tanggal 10 September 2015, lebih kurang jam 3 petang, Ira telah 
berikrar untuk berkhidmat bersama parti politik ayah, yakni UMNO, 
melalui sayap Puteri UMNO. 

Ira telah di lantik oleh Ketua Puteri UMNO sendiri sebagai salah seorang dari 
EXCO Puteri UMNO kali ini. Besar sungguh tanggugjawab ini tapi Ira  akan cuba bawa sehabis baik. Sama macam ayah dulu. . Mungkin senario poliik sudah berbeza tapi bersandarkan niat yang sama, tidak sedikit pun kurang dari ayah, Ira harap semua akan berjalan baik dan lancar. 

Ayah...

Di sini Ira nak ucapkan jutaan terima kasih untuk semua yang ayah 
dah buat untuk Ira dan adik beradik yang lain. 
Jujur, di mana pun Ira ada, apa pun  yang terjadi, semua yang baik - baik adalah dari doa ayah.. 
Walau ayah  tidak bersama lagi, tapi Ira tahu ayah ada di setiap penjuru  hidup Ira. 

Ayah...
Adalah ayah yang paling best. .
Tak pernag walau sekali ayah merungut tentang pilihan hidup anak - anak.. Mahu lagi Ira yang bongsu ni. Ira tahu pilihan  hidup Ira adakala agak menyimpang jauh dari yang sepatutnya... atau yang biasa dibuat, tapi Ayah yakin anak - anak ayah tahu dan faham dengan setiap pilihan mereka sendiri. 

Ayah.. 
Adalah ayah yang paling awesome.. 
Tak pernah walau sekali ayah paksa anak - anak untuk menurut setiap telunjuk ayah. Walau ayah tahu ayah ada kuasa itu. Tapi sering yang di dengar adalah, "Ayah dah didik kamu semua pandai - pandai, jadi sampai masa ayah tak mahu masuk campur urusan dan keputusan kamu. Yang boleh hanya beri dorongan yang baik - baik sahaja".... 

Ayah..

Mohon restu ayah untuk Ira meneruskan apa yang ayah dah pernah tinggal.
Alhamdulillah, masih ada yang ingatkan ayah.. 
Setiapnya meninggalkan kata yang baik tentang ayah.... Ayah Ira.. :) 

Mohon tunjuk ajar Ira walau dalam apa keadaan dan cara sekali pun...
Sorry tau sebab masih 'mengganggu' ayah yang sedang elok berehat di sana..
Tapi anak ayahkannn... yang kecik pulak.. Mana boleh berhenti merengek walau dalam apa cara sekalipun dengan ayah .... 


Ira harap Ira akan buat ayah terus bangga dengan anak - anak ayah  .. 
Jangan risau.. Ira dan adik beradik lain sentiasa jaga mak... walau mak kekadang adalah sikiittttt pening, tapi Mak  kaannn...... "mak ko jugaaakkkk" macam yang ayah selalu cakap.. heheheh..

Ayah..
Jaga diri baik - baik k.
Nanti ada waktu dan masa yang betul, Ira jumpa ayah kat sana k.
Ayah tunggu Ira k.



YAng merinduimu sampai sudah....

Khaidhirah Abu Zahar.
Anak ayah yang bongsu. 
:) 


Bapak borek Anak rintik. :) 


Akuarium 
1820hour
110915


Tuesday, September 8, 2015

Tentang Mata

Hujan di pagi hari..
Angin kuat menghembus pipi..
Kaki cuba melangkah lagi..
Gerakkan sahaja mengikut sang hati..

Nyawa...
Mari datang dekat dengan aku.
Mahu aku dengar kau bernyanyi..
Biar terbuka rasa di kalbu.

Cinta...
Tetapkan pintu disetiap sudut..
Agar mudah aku bertapa..
Dalam satu ruang dimensi..

Rindu..
Aku bawakan dia pulang..
Untuk kau tatap setiap ketika..
Biar jiwa terus berpaksi..

Yang nyata, 
hanya Satu. 
Pada tiap waktu dan saat.
Diri Ini Hanya Untukmu.




Aku tetap bersamamu. Sampai habis. 


Akuarium
080915
1833hrs

Thursday, August 27, 2015

aku terkandas

Kau..
Yang buat hati ku goyah...

Kau..
Yang bikin jantung ku berhenti seketika..

Kau..
Yang genggam erat nafas ku ini..

Kau..
Yang kunci mata ku ini..

Kau..
Yang buat aku merindu separuh nyawa..


Mana bisa aku melangkah tanpa aku dengar nada nafasmu.

Mana mungkin aku mampu berlari laju tanpa kamu.

Mana boleh aku meninggalkan kamu. 

Di saat hati sedang berkocak, kau datang sambil mengusap rambutku.
Di ketika nyawa sedang berentam, kau bawa segelas milo panas untuk aku.


Haih....

Mana lah aku nak cari ganti macam kau. 



Biar pecah dada ini, akan aku bawa rindu ini ke dalam lautan luas.


Ruang cermin, dalam hati.
270815
454pm

Wednesday, July 29, 2015

Rahsia Kecantikan DIRA ABU ZAHAR ??

yes.. korang akan rasakan ini adalah ayat typical artist yang baru nak mulakan perniagaan dalam bidang kecantikan ni kan....?

Of course aku tak salahkan korang jugak sebab memang itu adalah benda yang sangat typical..

"RAHSIA"... kecantikan .. dira abu zahar.......... soalan pertama.. "cantik ke dira tu punnnnn...."..

Baiklah aku faham.. aku memang tak cantik sangat.

Boleh lahhhh.. dari takde apa kan....
Yang penting sekarang ni, KULIT MUKA YANG BERSIH...  



haaaaaaa!! ini yang aku nak bagi tau..

Bukan rahsia kecantikan, tapi rahsia KULIT BERSIH.. 


SET PENCUCI MUKA 
DEANAERA SKIN CARE

DEANAERA SKIN CARE

Mudah sahaja untuk dapatkan KULIT BERSIH macam Dira Abu Zahar tu...

Cuci pakai sabun DEANAERA

Sapu  kulit muka (pastikan cober part leher juhak ehh) dengan DAY CREAM DEANAERA

Bila malam, cuci lagi muka dengan sabun DEANAERA

Then bila nak rehat - rehat kat rumah, atau before tidur, sapukan kulit muka dengan NIGHT CREAM DEANAERA

Haaaa.. kan senang tu.. tak susah mana pun artist - artist ni jaga kulit muka diorang..
Ramai sangka and dok mati - matian fikir aku pakai product-product mahal, ataupun habis duit ke klinik/ pakar kulit muka sana sini.. takde maknanyaaa.... why boder why boder bak kata Diva AA uollsss.. hahaha...


So contact now sales HQ direct or agent sah kami..

Sales HQ -  013 6916771 ( Deanaera) 

Agent - agent sah kami - 

 Johor Bahru - @ amyliacollections (01374444181)

Ampang/ Melawati - @wawadoozy (0133841916)

Putrajaya/Serdang - @beauty_withoutpain (0172729534)

Melaka/Sg Udang - @jm_deanaera_melaka

Melaka/ ayer Keroh/Bukit Katil - @zaz_angguncouture (0197749171)

Selangor - @deanera_selangor (0143917664)

Brunei - @zerofiveusrah (+6737139005)

Seremban - @faridahhata

Penang - @deanaera_penang (0175125086)

Sabah - @ ainipengiran (0138846551)

Shah Alam -  @suriamansor


Ouh.. apa- apa pun, product ini telah mendapat kelulusan KKM..  *winkwink*.. so jagan risau hokkaayy ....





Friday, July 24, 2015

SYAWAL DATANG LAGI



Baiklah.. 

first and foremost, saya dan ahli keluarga semua dan ucapkan ....


Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Mohon maaf zahir dan Batin andai punya sebarang kekhilafan, 
baik secara langsung ataupun tidak..

Alhamdulillah, walau sudah masuk tahun ke -2 , dan kali ke 3, beraya tanpa arwah ayah di sisi, sambutan raya yang memang sering menjadi sesuatu perkara tradisi dalam keluarga, masih di kekalkan walau ayah sudah tiada. 

Jangan salah anggap!.

Jujurnya, ayah pernah pesan, jangan ada apa yang terbeza dengan sambutan raya walau dia sudah tiada bersama kami, kecuali jangan terputus tali persaudaraan antara anak - anaknya.. 

Jadi, tradisi yang memang dah bertahun - tahun berlangsung, masih berlangsung walau ayah tiada kerana itu PESAN ayah.

Maka...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR & BATIN





ABU ZAHAR CLAN 
GENG MAK JAH



Monday, April 27, 2015

BIla hati menolak lagi...

Mahukan perubahan itu, harus mula dengan semangat.

Jangan di lempar sahaja kata - kata itu, harus di tanam dalam jiwa.

Teruskan memanjat untuk capai terus ke puncak, biar semua tahu.

Akan siapa roh ini.

Terus lagi melangkah berlari biar sampai ke punghujung dunia, agar semua kenal.

Akan siapa jasad ini.


nah!..

Malam ini dan sehingga tanggal 3hb May, aku buat pertama kalinya dalam seumur hidup akan memperdendangkan serangkap lagu untuk kalian. Ini semua hanya berlaku dalam Teater Baik Punya Cilok, adapatasi dari filem sebenar, Filem Baik Punya Cilok.


Sedikit informasi aku kongsi :

Teater: Baik Punya Cilok ( tetiba jadi musical light - light )
Tarikh pementasan :  25 april - 3 May 2015
Tempat pementasan : Panggun Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur









Thursday, October 30, 2014

Ajari aku.

Jejak kaki. Ini benda baru. 
Aku cuba. 
Aku redah. 

Terlangkop punca datang, Aku hadap. 
Kita cari dan cari lagi. 

Terbalik bila Pergi. Aku kejar. 
Kita cari dan cari lagi. 

Terpincang ketika di pasang. Aku tahan. 
Kita cari dan cari lagi. 

Simpulkan rasa hati, yang terbakar. 
Kaki. Terus. Melangkah. 
Jiwa. Terus. Membara. 

       Antara 2 nyawa, ada satu yang Aku      paling rindu. 

Friday, October 24, 2014

Lama betul.

Hmmmm... Bagaimana mahu mulakan bicara ini. Lama betul tak menapak sang tangan yang malas. Ouh.... Bukan Malas, tapi schedule pack. Katanya...... 


Ok. Selesai pelbagai fasa kehidupan yang penuh dengan pelbagai kecacatan yang aku akan terus hargai ini, maka terlalu banyak kalau nak di kongsi dalam satu page yang tak banyak mana (Walau dalam alam maya) namun hidup ini tetap penuh batasan. 

Pangkat. Darjat. Keturunan. Adat. 

Itu semua Lah batasan- batasan yang dicipta sendiri. Ahhh! Malas nak tanya mana datangnya kepelbagaian hidup yang tak perlu pun dari azali, tapi tetap ianya kembali. 


Mohon Selepas ini, aku mampu untuk terus menulis serangkap dua Walau untuk seketika. Selagi hayat dikandung badan, selagi penuh darah yang mengalir melaluinya, selagi nafas tarikat tersembur keluar, selagi hati punya perasaan, selagi itu Aku akan terus cuba dan cuba.... Untuk teruskan jua. 




308am20102014

Sunday, February 16, 2014

Dalam diam.............

Antara bayang dan sorotan cahaya. Aku tanya yang mana lebih indah? Laut dan bulan. 

Antara diam dan membisu. Aku tanya mana yang lebih bermakna?  Siulan dan kesabaran. 

Antara nafas dan corong gelemaca. Aku tanya mana yang lebih memekak? Degup  jantung dan si pejalan kaki. 

Antara cita dan cinta. Aku tanya mana yg bisa memberi kehidupan? Impian dan harapan. 




Wahai Tuhan.... Aku seru padaMu, agar bisa kau berikan segala umatMu dengan segala kasih dan sayangMu, agar bisa kami berpegangan tangan sehingga hujung nyawa kami. 


Jomtien beach. 
Pattaya. Thailand. 
2.05 am (Thai time). 


Friday, January 10, 2014

Si Ally dan si Deandra

Cetusan rasa yang tak pernah jemu dan tak pernah letih Walau nafas dah tingkat teratas. 

Kali ini bukan dengan produk untuk cucian mata, tapi untuk cucian dobi. Hahahhaha... 

Diri ini kepingin sekali punya jenama sendiri Dalam industry fesyen dan tekstil. Namun dek tersepit di celah jadual kehidupan yang amat sendat, aku perlahan-lahan mencari tapak. Di mana harus aku Mula. 

Ouh!!! Telefon kak Lynda. Dia favourite designer aku untuk koleksi gaya Dira di karpet merah. 
Suka!!! Dia jawab tatkala aku lontar 'jom buat label baju ready to wear sendiri kak?' 

Ahhhhh!! Gembira bukan kepalang. Namun waktu itu, arwah ayah menjadi kepentingan Hidup aku, maka aku tunggu waktu yg paling sesuai. Fikir ku, Moga Ada jodoh aku dengan ayah Bagi menyaksikan satu Lagi impian aku, iaitu punya Nama label sendiri. 

Kita merancang, Allah SWT menentukan. Ayah tak lama 'susahkan' kami, dia pergi tanpa gusar. Tenang benar. Percaya dia sudah bekalkan ilmu secukupnya, anak-anak mampu mengorak langkah sendiri tanpa dia di sisi. 

Oleh itu, aku teruskan juga impian ini. 

Selepas bertungkus lumus, 3bulan kemudian, ALLYDEANDRA WARDROBR lahir dengan beberapa koleksi mudah pakai. (Nanti aku upload Gambar yah) 


Ok, nak tido. Esok call time Pagi. 
Nak sembang macamana dan Bagaimana ini terjadi, panjang betul entry ini. Ponek nak membaca nanti. Hehehheeh. 

Selamat Malam! 


Tuesday, January 7, 2014

Gelemaca

ILama aku tahan rasa ini. Selama ini aku hadapkan saja. Selama ini mata ini asyik berair, adakala bertakung.  Banyak. 
Berderai. 

Tapi Pagi ini aku bangun dengan satu semangat batu. 
Nak terangkan mata ini. 
Nak terangkan hati ini. 

Dan kau, si jahanam yg mengaburi mata aku, yang menggelapi Hidup aku, yang menyesakkan nafas aku, selama ini.... Boleh pergi mampos! 

           Aku. Jam tangan. Nafas. 

Monday, January 6, 2014

Bermula semula

Ahhhh... Lama benar tidak menulis. 

Rindu jugak. Tersepit di celah urusan kerja bikin hidup makin tak tentu. Aku pun tersadai. Terkulai. Terkangkang. Terr Terr terrrrrrr....(Bak kata kak ton mcm dlm iklan dia tu).... 



Ok. Dengan aplikasi yg canggih dan dunia tanpa batasan ni, aku cuba kembali dlm penulisan yg juga tanpa batasan ini. 

Aku pesan awal-awal pada yang baru nak baca aku punya diary ini (ewwwaaahhh... Diary kononnnnnn), jgn ada yg cuba nak assosciate kan aku di sini dgn mana-mana watak yg pernah kau lihat di kaca tv atau layar perak. 


Eh. Bentar yaahhhhh!!! 

Nanti sabunggggg yukkkkk (macam iklan penambah_berat_tinggi_kurus_cantik_termurah kat ig tu tak? Hahahahaah.) 

                     Ini budak senget.