Wednesday, September 19, 2012

UNTUK TIGA HARI

Terkejut aku bila di sapa oleh beberapa rakan bertanyakan mana hilangnya aku selama ini?
Eh, mana ada hilang, cuma tiada apa yang patut aku tonjolkan, aku buat kerja macam biasa lah..
Kalau tak perlu kelaur mana- mana, kenapa perlu berpeleseran di tempat itu dan ini?
Kalau tak mendapat jemputan langsung, kenapa perlu menepekkan muka di tempat itu dan ini?
Kalau tak ada mahukan kita, kenapa perlu mohon rayuan di tempat itu dan ini?

Ah! kalau mahu bicara tentang prinsip, mati aku ditembak rakyat. 

Baiklah, ambil dari sudut ini yah. Kalau dulu saya mengacarakan Melodi, jadi kamu akan lihat muka ini setiap hujung minggu, suka atau tidak kan?.. tapi sekarang ni, aku sudah letak jawatan kan?.. jadi tidak ada apa - apa yang sumbang tentang perkara itu. 

ok, sudah. cukup dengan itu. 

Sekarang, kamu dok tanya - tanya mana saya hilang dan pergi yah?.. haaaa.. ni ada satu hadiah untuk kamu semua. Filem yang menemukan saya degan pengarah filem hebat, pelakon - pelakon filem yang hebat dan seorang lelaki hebat dalam hidup saya sekarang.. ( EH?!!)...

Untuk Tiga Hari, sebuah filem dari hasil kerja pengarah hebat, Afdlin Shauki. Ini yang pertama bergenre drama dari beliau ( kalau tak silap, kalau silap, ampunkan saya...). Filem Untuk Tiga Hari akan berada di pawagam berhampiran anda bukan untuk tempoh 3 hari sahaja, tapi untuk tempoh selama yang kamu mahukan, bermula esok (20hb September 2012). 

Love story, tapi berani saya katakan konsep love story nya tidak cliche.. tentang orang yang dah kawen tapi tidak pasti dengan keputusan untuk berkahwin dan cuba untuk bermain - main dengan jodoh dan pertemuan. Cuba untuk mengatur semula setiap kata yang sudah tertulis dalam kitab hidup kita yang telah ditentukan oleh Nya. Cerita ini menepati pepatah 'Kita merancang, tapi Tuhan yang menentukan'.

ok, sudah.. kalau aku cerita lebih, nanti di katakan masuk bakul angkat sendiri. 

Pastikan kamu datang tengok di pawagam. DI PAWAGAM, bukan tunggu di kaca tv yeh..


Filem : Untuk Tiga Hari
Pengarah: Afdlin Shauki
Terbitan: Tarantela Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Afdlin Shauki
                  Vanidah Imrah
                  Rashidee Ishak
                 Ayu Raudha
                 Zizan Nin
                 Ainul Aisyah
                 Dira Abu Zahar :)

Penampilan Istimewa: Ogy Dato' Ahmad Daud

Tarikh Tayangan: 20 september 2012




terima kaseh kepada yang menyokong.
jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran kamu! 

Saturday, September 15, 2012

Mendung berarak... sudah!

Dalam kepusingan, berpinar mata menahan panas, awan mendung datang, membiarkan aku berteduh seketika.

Mendung....

Memang enak datangnya bila panas ini mencarik- mencarik sang kulit hidup ini.

Namun, rindu pada sang matahari
bila semuanya gelap dan malap di bawah lindungan mendung.



Thursday, June 21, 2012

tanam niat rapat-rapat

Rapatkan saf, biar jangan ada yang mengacau diantara kita. 
Siapa yang bisa mengacau tatkala niat menghadap yang Kuasa?

Memang, ada yang bisa mengacau hidup walau sedang beribadat. 
Apa lagi sedang makan, tidur, jalan, duduk dan semua perbuatan manusia angkara kemahuan kita sendiri. 

Selepas segalanya selesai, banyak yang mengacau. Maksud aku yang cuba untuk membuat kacau. 
Macam - macam cara kacaunnya, baik dari depan mahupun di belakang, baik datang dari yang dekat, mahupun dari yang jauh.  

Aku biarkan dia mengacau sambil meracau - racau bikin kacau. 
Dan aku akan tetap duduk di sini menikmati keindahan yang terbentang luas di depan matahati ini dengan rasa syukur..

Alhamdulillah, rezeki masih ingin terus mengiringi hidup ini dengan begitu mesra sekali. 
Tidak begitu rapat, namun kami gembira dengan perhubungan ini. Memadai dan menepati citarasa masing - masing. Yang penting, kami saling menghormati dan memahami sesama sendiri. 

Aku tanam niat dalam hati rapat - rapat. serapat saf tika berhubung denganNya, agar tidak ada yang bisa mengacau antara niat itu. Apa niat - niat itu?.. biar hati ini sahaja yang menyimpan.  Agar tidak ada yang terluka. Jangan bimbang, aku jaga hati ini baik - baik. 

Wahai hati,
Biar cantek jangan buruk,
Biar sehat jangan sakit,
Biar bersih jangan kotor,
Biar puteh jangan hitam.

Terima Kaseh atas segalanya...

niat yang indah - indah, baru seronok hidup ini. 
*lovelifelivelove*



Tuesday, May 22, 2012



Alhamdulillah.. semua sudah selesai dengan tenang. Ini merupakan kenyataan rasmi dari ketukan papan kekunci  saya sendiri. Blog ini juga tidak pernah kawal oleh mana - mana admin (seperti manager mahupun PA). Apa yg terketuk di sini adalah hasil dari bicara hati yang kadang - kadang memberontak mahu melepaskan sesuatu tapi bisa takut dengan cabulan mulut berbicara, aku diamkan dan akhirnya menjadi ketukan papan kekunci sahaja lah..

Dengan ini, aku percaya dengan kuasa media yang maha hebat, aku percaya segelintir besar peminat industri ( tidak semestinya peminat aku ehh.. ) sudah pun sedia maklum dengan pengunduran diri aku ini dari memandu sebuah rancangan gosip paling popular di Malaysia ini iaitu MELODI ( haaa, tak payah struggle masuk top5 ABPBH.. hahaha.. ).  Iya, faham.. perlbagai speku ada timbul dan ada yang dah timbul lama sebelum sebarang kenyataan rasmi lagi (sebab tu aku cakap, kuasa media yang maha hebat). Bagus, ini menunjukkan kebanyakkan diantara kita menggunakan kapasiti otak lebih daripada average penggunaan iaitu 20%. 

Jadi dengan ini memudahkan kerja aku lagi. Yakni, tak perlu bicara lebih sebab dah berlebih - lebih pun yang telah dibicarakan. Jujur aku katakan, hati ini telah lama terdetik untuk mengundur. Sebab aku tahu tempat aku bukan di situ. Aku bukan yang boleh memancu kenderaan jenis itu. Aku tidak pernah terfikir untuk mengawal kenderaan itu.

Selama aku berada dalam industri ini, tidak kira besar atau kecil skalanya, segala yang aku buat aku mengikut kemampuan dan kegembiraan aku untuk melakukannya. Dari produksi yang menyediakan segala-galanya untuk aku sehingga ke produksi yang kene beli makanan sendiri, aku tahu aku gembira melakukanya sebab aku lakukan atas kemampuan aku dan kegembiraan hati aku untuk melakukannya.

Memang kadang - kadang, tidak semua yang kita nampak itu indah seperti yang ditayangkan. Aku akui, tidak mudah untuk mengendalikan program itu. Terlalu besar dan berat tanggungjawab yang dicampakkan ke bahu ini. Juga ianya bukan padang aku untuk aku berlegar bermain - main di siu\tu. Padang aku di tempat lain, walau kecil dan buruk,  itu padang aku dan aku gembira dengan padang aku. 

Jadi dengan ini, aku memohon untuk membawa diri dengan cara dan pilihan gaya aku sendiri yang aku tahu dimana kemampuan dan kegembiraan yang akan aku kecapi dengan apa sahaja pilihan yang akan aku buat dimasa akan datang. 

Mohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkasar dan terlebih dan terkurang (seperti yang di katakan aku sangat gedik dan poyo dan macam orang bangang dan macam ntah hapa - hapa dan macam itu dan macam ini... ) 

Pesan aku,jaga diri leklok ehh.. 
Apa pun, AKU SAYANG KORANG SANGAT -SANGAT!!



         
    

Tuesday, April 24, 2012

CHOW KIT



"dunia kau kat sana, dunia aku kat sini"

CHOW KIT 

3 MAY 2012
untuk maklumat lanjut dan untuk segala khabaran terbaru, sila periksa laman sesawang sosial ini:

untuk anda yang masih menyanyangi diri ini, jom mai tgk wayang chow kit lerrr reramai ehh! 


Thursday, March 22, 2012

bertatih lagi

ye, aku senyap untuk tika ini. bukan kerana suka - suka, tapi masih dalam kelabu mencari mana arah tuju. pangkat berbeza, panggilnya masih sama. ish, keliru!

mana satu mungkin aku tujukan kalau itu dan ini semua serba tak kena.
tersepit di tengah - tengah mungkin ini proses penyesuaian diri.
bunga masih kembang mekar, alhamdulillah..
cuma kadang kala, bunga terasa sunyi terpacak di tempat yang sama.
aku ulang, SUNYI, bukan BOSAN yah!

hmm... sedikit demi sedikit aku mulai faham,
dan kini semakin faham.
dan diharapkan dimasa akan datang, terus memahami.


Insyaallahhh...

* tika ini, fasa kehidupan makin berubah, dan aku gembira dengan perubahan ini.
Terima Kasih.


Monday, January 23, 2012

tanggal 1 hari bulan 1

Tahun baru. Bila?? ouh, sudah hampir 3 minggu berlepas, maaf.. tidak sedar.

mungkin tiada bezanya pun. sama sahaja. tukar atau buang sahaja angka terakhir dalam catatan tarikh. Itu pun kalau selalu dicatat, kalau tidak, mungkin kamu juga sama macam aku. TAK PERASAN.

Tapi kenapa tak perasan ek?

Cari alasan lah... hmmmmm...

Ouh, mungkin sebab aku sudah punya tarikh baru tahun baru yang lagi baru dari tahun baru.

Ouh, mungkin tarikh baru tahun baru aku lagi banyak nombor satu nya dari tahun baru.

Ouh, mungkin tarikh baru tahun baru aku bagi aku satu hidup yang lebih baru dari tahun baru.

Cukup.
Dah cukup kukuh rasanya.


Hati masih berbunga walau sudah hampir 3 bulan menyulam kaseh.
Bunga! jangan layu yahhh...!! Sampai bila - bila pun tauuuuu!!


11.11.11

Jujur, ketika sedang menulis ini, dari mula sampai habis, aku sebenarnya tengah meredap dengan mamat bersila kat atas berbaju melayu ni. Tapi aku sendiri tak faham, kenapa aku tulis bunga - bunga bagai ni ehhh?... serious, aku masih tak faham.. korang faham tak? *garu-garu kepala sambil tangan tepuk dada*