Thursday, September 29, 2011

bengkok di bangkok

nampak mata, nampak segala.

berdiri di satu bucu, ramai - ramai.

dia cuba, dia cuba lagi.

tengah nego, tengah runding.

mahukan nasib yang terbaik.

sape tak mahu naisb yang baik kan?


aku, seorang diri.. kejap je. tak sampai setengah hari. dia sudah sampai. haaiiisshhhh!

tak kasik peluang langsung untuk aku korek lagi dalam.

risau, bimbang katanya.

hmm...

hari pertama.
@Sukhumvit,Bangkok.

Tuesday, September 27, 2011

seimbang, tapi tak rata..

sama kasih, sama rata.

entah kenapa serba tak kena.

pusing kiri pusing kanan.

mana mungkin hati tak berkenan.

oi!
kenapa perlu adanya rasa cibai ini dalam diri??
syok, seronok, best, cloud-nine sangat.
tapi hakiki sebenar menelan roh tuan tanah.
makan banyak pun habis terbuang...


gerak hati aku makin terasa tenangnya, namun ada masa memang gundah gulana.
tiada siapa yang mampu membaca isi hati, cuma bicara bisa membias intipati.
tapi, bagaimana mahu dilimpahkan setiap isi?
kalau bibir rapat terkunci dek hati yang frust tertonggeng ini?

dalam kita melangkah siang dan malam, mungkin ada yang terkecewa. Akibat tak sedarkan diri bila berkelana. Setiap kita cuba berpesan sesama sendiri. Namun masih alpa masih leka...

Jadi, haaaa ni makan dia!!!



ruang empat penjuru.
3.06am @ 27th Sept 2011
*akibat banyak mendengar cerita cinta satu hari*


Saturday, September 24, 2011

ekplorasi tanpa noktah.

aku, lari lintang pukang,
aku, jerit pekik lolong,
aku, kelam kabut huru hara,
aku, pantang itu ini sana sini,

dia, jalan - jalan carik makan,
dia, bisik - bisik senyap sunyi,
dia, lurus tegak satu arah,
dia, semua langgar semua boleh,

ada masa aku benci betul dengan dia.
tapi,
banyak masa aku suka sangat dengan dia.

orang kata, tak kenal maka tak cinta,
aku kata, dah kenal maka dah cinta.

mungkin sebelum aku kenal dia, aku tak kenal apa itu jalan- jalan sebab aku berlari,
tak kenal apa itu bisik sebab aku pekik, tak kenal apa itu lurus sebab aku kabut, tak kenal apa itu boleh sebab aku berpantang.

jadi aku kenal dia betul - betul, supaya aku kenal apa yang aku belum pernah kenal sebelum ini. makin lama, makin banyak aku kenal. makin lama, makin aku cinta.

moga perkenalan kami takkan ada penghujungnya, sebab dia... ekplorasi yang tak mungkin akan habis perkenalannya.

Ekplorasi tanpa noktah
HATI


Sunday, September 11, 2011

pagi raya kami berdua

di pagi raya, dia panggil, lalu telefon.
dia cakap "selamat hari raya".

menguap..

celik mata, anggun dah takde kat sebelah.
ah! yaya dah rembat anak aku.

menggeliat..

pijak je kaki, aku dengar budak berteriak sakan.
dalam banyak - banyak teriak, aku kenal yang satu itu.

Mummy!

Ye!

Anggun dah siap!

Iye ke?

Iye! Mandi ramai- ramai dengan Oja,Orkid, Awish, semua lah..!

Hahaha, suka tak?

Suka!

Jom Mummy!!

Jap, Mummy nak mandi.

Ok! anggun nak main dengan oja,orkid, awish kat bawah eh mummy..

I love you sayang!

I love you mummy..

Ah! Cair meleleh di lantai bilik.

Mati lah kalau selalu macam ni!


Selamat Hari Raya,
Maaf Zahr dan Batin
(maaf terlambat wish,adeh! baru mintak maaf tadi)