Sunday, May 29, 2011

kadang - kadang

berdiri saja, tak perlu dekat, sudah boleh merasakannya...

terdongak seketika tatkala hati terdetik, merenung langit biru awan putih.

tak sanggup nafas dihela, jantung didegup, mata dikelip, kaki melangkah.

bila terlintas di hadapan mata...

diberinya cahaya, disampaikan dalam satu tenaga.

tenaga yang cukup kuat hingga aku masih mampu rebah tertunduk.

bila kali ianya disedari hilang tanpa sebarang kawalan...

Malam...... tolong aku ketika ini.

Bulan yang satu sebagai saksi, membuktikan sesuatu yang takkan pasti..

selamat beradu dunia.
suka atau tidak, akan tetap meneruskan apa yang telah dimulakan.

Tuesday, May 24, 2011



Kepada sesiapa yg berminat mahu dapatkan DVD KL Bike Week 2010 ini, sila hubungi talian
012 6160611 (jaja) untuk proses pembelian melalui kiriman. Maaf di atas segala kesulitan ini.

Terima Kasih.. :)

Saturday, May 14, 2011

Keluarga baru :)

keluar masuk keluar masuk... hampir sebulan lebih bersama team baru Melodi.
and yess, akui sangat-sangat dari hati ini memang masih banyak yang perlu diperbaiki.
Alhamdulillah, ada yang menerima baik dan ada juga yang tegur dengan ikhlas, aku terima.
Waimah apa pun bentuk sokongan dari kamo, secara langsung atau tidak, niat baik kamo aku terima dengan hati yang tenang.

Keluarga baru Melodi tak pernah lokek kongsi pengalaman dan idea - idea untuk bikin program lebih maju ke depan. Setiap itu aku ambil dengan minda terbuka hati berselera. Tak mungkin ada manusia yang walau tinggi mana ilmunya, bila diberi sesuatu yang baru terus saja bijak mengatur caturan, bukan?.. jadi hari demi hari aku pelajari dengan tenang saja.

Apa pun, terima kasih semua kerana menerima budak perempuan gilok masuk air demam panas ini dalam apa juga bentuk kewujudannya dalam industri ini.. Aku sayang kamooo semua..

Keluarga baru dlm hidup aku... bahagia lah!
(@Penang)

Subhanallaaahh!! besar betul kerakyatan Melodi
(@kuantan, Pahang)

Dia yg sentiasa menawan hati rakyat Malaysia ini :)
(@Penang)

Teman sejawatan banyak membantu aku :)
(@Genting Highlands)

mmg tak mampu nak sorok perasaan... *wink*
(@Kuantan, Pahang)

ps: tak perlu meminati aku seluruh hatimu untuk mendoakan agar yang baik - baik sahaja.. kalau doa itu bukan untuk aku, mungkin mereka yang memerlukan dan mungkin juga untuk dunia.. Amin~