dah tukar dah..
umur makin meningkat. dah meningkat dah pun... kali ini lebih meriah lah hidup wa.
kemeriahan dikongsi bersama orang yang disayangi, Ya Allah..!! terbaek dowwwhhh!!..
dalam kesibukan hari - harian, masih ada yang sanggup korbankan masa dan tenaga untuk berikan persembahan yang terbaik untuk diberikan sebagai tanda 'hadiah' dalam hidup ini, kita rasa.... waaaaaaaahhhhh...!!! besssstt tuuuhhh!!!
ok, tak mahu lah mengarut. lurus terus ke jalan cerita sebenar.
Malam isnin lepas, lepas sesi tembakan telemovie "Rumah Tinggal" arahan Jason Chong, wa gerak sana sini dengan teman aka manager wa, JaJa ngokngek. Ntah ke mana saja nak diheretkan wa, wa pun tak pasti.. Separuh wa lagi tu dah ke mana sibuk dengan urusan kerja, kataaaannyaaa... wa bengang gak lah, tapi bila dah katanya kerja, wa diam lah..
Jaja ngokngek ni hangkut wa sana sini. Nak makan ais krim mc donalds lah, nak terkencing lah, nak terberak lah, nak itu lah nak ini lah.. wa, buat ilex je..
Sampai satu markas (biarlah rahsia), dia cakap 'Jom karoks'... wa ok kan je lah. walau dalam hati ini, 'yang separuh lagi tu mana?.. ' ah! malas nak pening kepala lah, lantak. biorkan lah dia nak keje.
Wa jalan sambil pegang handphone nak bagitahu dia wa nak berjimba dengan Jaja ngokngek ni. tengah khusyuk betoolll menaip, tiba - tiba, pintu dibuka, wa dengar orang jerit.. "haaaaaaaiiiii...!!"
Ghupe-ghupenye.... yang separuh lagi bikin kezutan. Wa terkejut gak. Sebab dah lama tak merasa sambutan sebigini. Hampir 3-4 tahun lepas, wa sambut di lokasi wa bekerja dengan rerakan kerja produksi je. hmmmm... bila dapat camni,wa senyum gumbiraaa laahhh!!
ok, rerakan, terima kaseh atas segala doa dan kepercayaan kamoo yang buat wa tak tahu lah nak cakap cane lagi weeihh...!
Korang bikin wa gempaaakkk!! (hehehe, gilok! masok air..)
ok lah, wa nak tengok tibi jap.. hehehe..
Sayang lu orang!