hah!
itu lah dia yang orang cakap! Artist baru nak naik dah besar kepala.. cakap mulut lepas, buat perangai segala..
Terus - terang, melihatkan segala perubahan berlaku dalam hidup aku sekarang, aku tak pernah impikan ini semua. Cuma apa yang aku buat cuma menjalankan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Waimah apa yang terjadi, aku kerjakan juga kerja itu. Dan aku percaya, bukan aku seorang diri, ramai rakan - rakan seperjuangan yang sedang berhempas pulas di luar, tinggalkan keluarga segala, demi melunaskan tanggungjawab yang diberi.
Dalam industri yang serba tak kena ini, ada masa kita akan tersadung kaki dan tersungkur ketika sedang menjalankan kerja. Tidak pasti mana datangnya halangan itu sedangkan tadi ianya tidak kelihatan, tapi kita dah tersungkur disebabkannya. Jadi dengan itu, aku akan pastikan setiap langkah yang diambil, akan aku pastikan kelilingnya itu semua lancar mata memandang. Tapi lumrah manusia yang tidak pernah lari dari keselipan, sudah tentu ada masa mata ini akan menipu dalam mentafsir apa yang dilihat. Jadi lagi sekali, aku akan pastikan apa yang dilihat tidak akan menipu diri sendiri. Oleh itu, aku akan pastikan setiap manusia lain yang aku sedang berkomunikasi dalam soal kerja juga akan buat benda yang sama.
Disebabkan langkah yang terlalu rumit atas niat tidak mahu ditipu ini, aku yang bertindak balas dengan pantas kerana tidak mahu membuang masa, menyuarakan dengan tegas apa yang aku fikir wajar, telah dikatakan besar kepala, pandai buat perangai dan naik kepala... huh?
Kalau masa kamu tidak dihormati, tidak perlu jadi artis untuk mengamuk, pakcik teksi pun akan mengamuk kan?
Kalau perjanjian tidak dituruti, tidak perlu jadi artis untuk bertindak, pensyarah kolej pun akan mengamuk kan?
Kalau bayaran yang dijanjikan tidak ditunaikan, tidak perlu jadi artis untuk menuntut, mat despatch pun akan mengamuk kan?
Jadi, adakah dengan mengambil langkah berjaga - jaga, dan bertindak sekiranya berlaku sebarang kemusykilan itu dikatakan besar kepala? buat perangai? mulut lepas?
Aku keliru dengan kebanyakan adegan hidup sesetengah di antara kita yang lebih rela duduk diam dari bersuara membias rasa yang terpendam dalam hati. Living in denial.. depan cakap semua ok, belakang cakap macam - macam umpama berkempen pilihan raya.
Jadi tolong lah... aku bukan besar kepala, buat perangai, atau mulut lepas ikut suka hati tidak bertempat..Aku cuma mahukan apa yang aku rasa hak aku sebagai manusia. Payah sangat ke nak faham?