hampir sebulan sudah aku diamkan kamu cakap, kata, dan fikir serta rasa apa yang kamu nak atau suka. aku senyum saja lah.. nak buat apa lagi. takkan nak saman pulak kan..
apa yang berlaku tidak ada kene mengena dengan kehidupan peribadi kamu.
bukan menyombong tidak mahu berkongsi cerita yang kamu dambakan sehingga kering lidah menjelir mohon disuap perihal diri ini, tapi aku lebih senang..... biarkan saja lah..
puas sudah diri ini menghambakan untuk kamu semua, melacurkan diri tak kira siang dan malam untuk kamu santap bersama keluarga atau insan tercinta, dan aku buat kerana aku cintakannya.
tapi masih aku dikatakan pendusta cinta?.. hmm (cayyahhh lah weihh...!! - sambil angkat ibu jari tunjuk 'bagus')
teruskan lolongan dari hati kamu itu, dan aku akan terus duduk menahan godokan di perut ini.. tahan saja, sampai satu masa kamu takkan nampak aku, takkan rasa aku, takkan dengar aku.
Selamat Malam
*ouh.. sebelum aku tulis ini, aku baru selesai tembakkan dengan siri epik fantasi, tajuk Arjuna dan sedang menembak di laga siri omputih.. nanti aku cerita lagi yah...