Friday, January 22, 2010

Melacur lagi?..



Kali ini, pembuka tahun 2010, Dira bersama Rumah Anak Teater sekali lagi akan beraksi di pentas dalam teater TANDA. Besar sikit kot pentas kali ni. Akan berlangsung di Ekperimental Theater, ASWARA dari 2 Feb- 7- Feb 2010 (untuk maklumat lanjut boleh tgk kat http://rumahanakteater.blogspot.com).

Apa yang special dengan RAT ni sampai sanggup bekerja lagi dengan mereka untuk kali ke-2?.. Macam Dira pernah kiaskan dulu, Dira nak korek ilmu dari mereka. ( hahahahah...) sambil sudah tentu buat apa yang Dira suka. Seorang kawan pernah bilang 'Teater ini macam terapi".. Dira setuju. ada sorang lagi kawan bagitahu, "proses pembikinan teater itu adalah yang mahal", Dira setuju lagi. Mungkin nama kami tidak se gah atau sebesar nama pembikin teater yang lain, yang biasa kamu dengar di majalah mahupun surat khabar. Tapi kira apa pemes ke tidak kan.. yang penting bagus je.

Apa pun, sekali lagi, kami bergerak tanpa tajaan besar.. Kami gerak dengan lafaz Bismilallah sahaja. Jadi dengan itu kalau ada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan untuk kami, tak kira dalam bentuk tunai mahupun harta benda (wahahaha..), boleh hubungi nombor yang tertera dalam blog rumah anak teater tu.. hmm, malas nak cerita panjang nanti bunyi macam mintak simpati, tapi terpulang k.


Ouh yah.. yang ini tak payah Dira cerita lebih2. Rasanya kebanyakkan sudah tahu yang Dira terpilih untuk top5 ABP dalam kategori Artis Baru Popular. hmm, sekali lagi jika kamu suka dan rela, boleh hantarkan undian dengan ikhlas. Caranya mudah, beli surat khabar Berita Harian dan akan termaktub lah cara2nya di sana nanti yah..

ok, nak sambung kerja..

:)

Friday, January 15, 2010

bosan..

tahu! banyak kerja nak buat.
tahu! Tahu sangat - sangat! ..
Eh, diamlah, banyak bunyik pulak kau ni!

Tapi tak tahu mana nak mulakan dulu.
Mulakan yang ini, yang satu lagi pulak lambat siap..
Yang itu buat dulu, yang ini pulak tertangguh..
ahhh! stress!.

Dalam mata, gelap...
Dalam akal, serabut...
Dalam jasad, terkubur..
Dalam hati, bergetar..

Eh apa daahhh nak jadi nih..!

*maaf, tengah blur sangat - sangat nih!

Wednesday, January 6, 2010

Si Peluang tak tunggu Ruang

mahu tulis, tapi nak tulis apa yah?..
mahu tulis, mahu tulis, mahu tulis... tapi tiada pen dan kertasnya...!
hahahaha.. makin hari makin bangang.
buat lawak hidup makin tonggang - langgang.
Dira sedang menjalani proses meditasi untuk suapkan ubat dalam hati ini.
Sakit...!

Eh, jangan kelabut.. Dira masih ok, cuma perlu bermeditasi.. (ah, repetition lah pulok!)

Dengar ni.. eh baca ni...!

Ayah pernah bagitahu... peluang takkan datang, tapi kalau dia datang, dia takkan tunggu.
Peluang juga tak boleh dicari, sebab dia bukan satu objek yang kau boleh lihat.Habis, macam mana nak tahu kita dah dapat peluang itu ke tidak ayah?... Bila kau rasa dengan mata, nampak dengan lidah, dengar dengan akal, fikir pakai telinga... masa tu peluang tu tengah tunggu depan pintu rumah kau....
motif???.

Jangan balik rumah lambat sangat, sebab mungkin si peluang tu dah ada kat depan pintu rumah...FAHAM??

di Krabi, tempoh hari bersama Sehatihood
(nak amik gambar ni bagitahu ehhh,kalau tak ...)


*ye tahu.. Dira dah makin parah..! (hahaha..)

Selamat Malam..

Tuesday, January 5, 2010

lintasan waktu

duduk diam - diam dalam satu ruang bersegi empat
sambil layangkan jasad yang makin layu
dongak ke langit, aku terbangkan minda ini seketika.

pejamkan mata.. dan Bismillah 3 kali.... harap - harap yang terbias dimata fikiran hanya yang indah saja..

aku nampak....
senyumnya,
tawanya,
gurau sendanya,
laungannya,

lepas itu, aku rasa...
telapak tanganya,suam..

lepas itu, aku hidu...
bau bantalnya,
bau bajunya, basi... aku suka..

jantungku denyutkan nama kamu,
darahku membentuk jasad kamu,
nafasku melakarkan jiwa kamu,
hiasi setiap detik hidup aku..

aku kuatkan hati, buka mata ini...perlahan - lahan.... ruang yang sama aku tinggalkan tadi,
mana senyum tadi?
mana rasa tadi?
mana bau tadi?

hmm... kau fikir kat mana yahhh???