Saturday, June 27, 2009

Aku minat kat dia, dia minat kat aku...

Semua dah tahu, satu dunia tergempar, menguit - menguit manusia meratap pemergian seorang 'Legend' dunia seni Sedunia.. Micheal Jackson. Sudah tentu Dira bukan orang yang terawal, mungkin antara yang agak lewat mengetahui berita seperti ini. Tapi itulah, apa pun, setiap yang hidup pasti akan mati..
Membesar dengan lagu - lagunya, fesyennya, gayanya, dan pengaruhnya..Merupakan antara manusia pertama yang menggabungkan music rock dan pop, maka wujudlah kategori music pop-rock itu. Tak pandai sangat nak bercerita tentang music ni, tapi itu yang Dira faham. Dan tak banyak juga yang Dira tahu tentang MJ, selain dari lagu - lagunya dan fesyennya, hanya kontroversi tentang hidup peribadinya sering di paparkan sana - sini.
Persoalan yang mungkin bukan kita antara yang layak untuk menyoalnya, adakah benar MJ meninggalkan kita sebagai seorang Muslim?.. hmmm..
Semalam, Dira ke parti Kosmo One Drop Perfume. Meriah suasananya. Bertemankan rakan seangkatan dalam industri, Ainul Aisya, ini boleh dikatakan pertama kali Dira bersosial dalam golongan sebegini. Pelik pada mulanya, tapi cuba membiasakan diri. (nasib ada Ainul, kalau tak mandi jugaklah...) Parti sosial artis dan wartawan,tak payah dicerita panjang lebar lah.. beli je Kosmo, mesti ada punya ceritanya.
Tapi tengah - tengah makan, Dira disapa seorang kanak - kanak perempuan. Cantik, pandai bergaya. Excited datang majlis sebegini, nak jumpa artis pujaannya katanya. Dia mintak tanda tangan atas sekeping kad, Dira tanyakan namanya, Hajar.. masih terpalit dikepala Dira. Sebabnya bila diselak kad yang disediakan untuk Dira tandatangan, ada sekeping gambar. Mula - mula fikirkan gambar dia dan maknya, taaaappiii........... gambar Dira dan Hajar, di Astro, hampir 3tahun lepas. Masa tu, Dira masih bekerja di Astro sebagai Penyampai Radio XFM sambilan. Ya Ampun..... lamanya dek gambar ni..! Dia sendiri kecik lagi masa tu. Dira teringat yang Dira pernah disapa oleh seorang kanak - kanak minta diambil gambar bersama, dan budak tu adalah Hajar. Paling tak tahan, yang pertama Hajar simpan gambar tu, yang kedua, Hajar siap printkan, yang ketiga, Hajar bawak gambar tu pada majlis tu dan bawak tunjuk kat Dira untuk ditandatangan atasnya... (perghhh... sentap hati ini beb!)
Untuk Hajar, TERIMA KASEH DARI HATI INI...

Friday, June 26, 2009

masih mengisi

Hei, jiwa ini kekosongan...!

Parah, makin parah bila Anggun di kampung, aduh..!
Suhu badan melonjak naik tempoh dua hari lepas,

Tatkala kaki melangkah masuk kerumah itu, hati ini jadi tak karuan,
Terbayang Anggun berlari -lari anak dari dapur ke ruang depan,
Melapang dadanya mohon untuk di dukungnya,
Ah.. hilang dah segala penat celaka menempuh sesak.

Tapi sekarang dia masih di kampung....!!!

Dan aku mula mengatur,
Merencana kehidupan yang masih belum aku tahu apa jadinya lagi..

Macam mana dengan suhu badan?.. ohh, dah ok dah sikit (mau tidaknya, dah sepapan Dira telankan ActivFast, siap makan dengan nasi lagi.. hahahahah).

Apa yang seterusnya?.. ehh sabar, nanti dah jadi baru bagitahu ehh.. :p

Otak Dira kosong, hati lagi tak boleh harap, nyawa dah separuh - separuh, cuma jari jemari je yang menggatal nak gedik - gedik kat keyboard ni. hehe...

Mahu tak mahu, paksa saja diri ini untuk menghabiskan malam yang sama je macam semalam.

* Apa yang Dira fikirkan?.. hanya Anggun yang sedang relax di kampung.. aduh, stress!!

Monday, June 22, 2009

Banyak betul 'Kenapa' .. ish.

Dira terjaga,
Soalan pertama dalam otak..
kenapa kosong benar rasa hati ini?..

Dira bangun,
Soalan kedua dalam otak,
Kenapa kaki rasa terapung?

Dira buat kerja,
Soalan ketiga dalam otak,
Kenapa bengap sangat akal aku ini?

Dira makan,
Soalan keempat dalam otak,
Kenapa tak rasa apa pun lauk ini?

Dira jalan - jalan,
Soalan kelima dalam otak,
Kenapa aku tak rasa bahang kepanasan ini?

Dira berbual - bual,
Soalan keenam dalam otak,
Kenapa aku tak faham lawak ini?

Dira mandi,
Soalan ketujuh dalam otak,
Kenapa aku tak rasa bersih lagi?

Dira tidur,
Soalan kelapan dalam otak,
Kenapa aku rasa sesak nafas lagi?


Pepatah ada berkata,
Setiap yang hidup akan mati jugak,
Jadi perlukah aku matikan sahaja diri ini,
Agar aku tahu yang aku pernah hidup?

Pulang sudah~

Adoi, sakit kepala..!
Mahu tidaknya, pergi dan balik dari Penang Dira menunggang ' anak dara', ( all the way..). Jarak sejauh lebih kurang 320km (satu hala, jadi kalau pergi balik jadi hampir 800km lah..) membuatkan nyawa hampir tercabut, tulang rasa nak berderai, segala urat rasa nak putus dan semua ruang dalam badan rasa nak bengkak.. Tapi terima kasih Penciptaku kerana Dira selamat pergi dan balik.
Perjalanan sehala mangambil masa lebih kurang 6 jam, bergerak dari pengkalan (opis Red Garage di Bangi) lewat tengah malam, lebih kurang jam 1230mlm, tiba di destinasi hampir subuh..Meredah malam atas motor.. fuyyoo.. syok tuhh!! ( tapi cuak gak lah.. hahahah..)
Tak mahu cerita banyak tentang acara motor besar ni. Kalau korang tengok, sah - sah dalam hati terdetik... ' tak faham apa yang best sangat event ni.. boring je aku tengok..' hahaha..Memang pun, sedikit bosan dan sugul acaranya. Tapi bukan itu yang Dira kesah pun, Dira cuma mahukan... menunggang. :D
Nak balik ni agak menarik. Sebab macam - macam dugaan yang mendatang. Mula - mula panas terik, tak sampai 30km, hujan lah pulak.. (kuyup sudey), Dira redahkan jugak.Hujan berhenti, baju pun dah nak kering, lagi 2km nak berhenti di Tapah, hujan lagi.. aduh.. parah beb!. habis luncun semua.. Kaki dah menggeletar, tangan dah kebas, kepala dah sakit, badan dah nak putus.. lengkap lah, tunggu nak dicabutkan je nyawa ni dari jasad yang dah tak berapa rupa jasad ni.
Taaaapii, Dira REDAHKAN jugak! .. hahahah.. ( degilkan ?)
Selamat sampai..
*balik umah, mandi, tidur.. pergh.. baeekk punya! ~ (Aduh, Anggun di kampung, bosan lagi jiwa ni...)
*maaf tak sempat upload gambar lagi.. nanti Dira kasi tengok ehh..

Friday, June 19, 2009

Penang Bike Week 2009

Hujung minggu ini Dira dan abang - abangku akan ke Penang kali ini tanda sokongan Red Garage kepada penganjur Penang Bike Week 2009. Bagi Dira, peluang untuk riding jauh macam ini memang Dira takkan lepaskan.. (nak practice untuk ke Pattaya tahun depan.. wuhhuu..)

Jadi untuk orang Penang, tunggu hang sume kat sana k.

Tarikh kejadian: 19 - 21 June 2009

Tempat berlaku: Sandy Paradise Beach Resort, Penang

* Dira akan bersama Red Garage, jadi datang jangan tak datang... :)

Thursday, June 18, 2009

Ara Music Fest Vol 2

Hebahkan tentang ini ehh..Dira sedang berusaha sangat ni.



Tempat yang di rancang: Melaka Bandaraya Bersejarah

Konsep: Masih seperti Vol 1 - mengekalkan konsep gig indie.

Cadangan band: hmmm.. yang penting semuanya yang korang suka.
Jadi, hebahkan yah!!!

Monday, June 15, 2009

Ayahku Orang Besar.

Tanggal 23 Mei 1997, Dira menerima perkhabaran terhebat dalam sejarah keluarga Dira.. Ayahku telah dilantik menjadi Ketua Negeri paling comel di Malaysia, iaitu Melaka.. Sekadar umur 13 tahun tika itu, memang tak faham apa pun. Tapi melihatkan orang ramai gembira dengan perkhabaran itu, Dira pun turut menumpang rasa bangga dengan ayah. Mak memang tak payah cakap lah..

Setelah hampir 3 bulan berlalu pada masa itu, baru Dira faham,.. owh, ayah jadi Ketua Menteri rupanya.. agak bodoh masa itu, memang tak faham apa. Yang Dira faham, dapat dok umah agam, dengan segala kemudahan disediakan. Pembantu rumah memang ramai. Tapi Dira tak pernah anggap mereka sebagai pembantu, cuma antara orang yang Dira boleh lepak berbual kat rumah.( Sesunggunya, Dira tak leh nak keluar sangat pun masa tu..).

Setiap hari, di pagi hari... tengah gosok gigi nak pergi sekolah ( ahh IJC, aku rindu zaman itu..), dah ada manusia - manusia yang akan menunggu di luar rumah rasmi itu. Dalam hatiku..' apalah yang diorang ni nak, pagi - pagi pergi hantar anak pergi sekolah kan lagi bagus dari hadap bapak aku ni..' .. (hahaha.. kan dah cakap, tak faham apa pun..).

Tapi bila dah dewasa, baru aku sedar yang ini adalah cara sebahagian dari kancah politik yang rata - ratanya takkan faham kenapa itu dan ini berlaku dalam dunia yang di panggil 'politik'.. Terlalu kompleks untuk Dira terangkan. Sebabnya dunia politik dulu dan kini memang jauh berbeza. Sehinggakan ayah Dira yang makan politik tidur politik, pun dah tak faham. Apalagi Dira yang baru nak faham ni. (So, untuk anda yang diluar sana yang sekadar memerhati, jangan banyak komen pasal politik).. Bukan menyokong mana - mana parti di sini, tapi apa pun warga politik kita, baik UMNO, PAS, DAP, PKR, atau Kotak Mancis sekalipun, ia tetap politik..(oi, poltik ni bukan pasal parti je, tapi satu corak kehidupan lah..)


Oh, bukan kisah politik yang Dira nak sampaikan.. Tapi cerita ayah tersayang yang kini hanya meniti waktu menghabiskan hari harinya dengan menghubungi anak - anaknya yang sibuk dengan kerja tuntutan kehidupan harian.. Teringat dengan segala corat coret bersama ayah masa Dira masih dibangku sekolah.. Terlalu banyak ilmu yang diberikan secara tidak formal semasa kami menghabiskan masa bersama ( walaupun pada masa itu, banyak masa bersama adalah dalam kereta rasminya..).
Dira bangga dengan ayah..
Untuk ayah..

'Selamat Hari Bapa..'



Ayah ketika masih bertugas sebagai 'Orang Besar'..

Ayah dengan yang tersayangnya.. :)

* Sekarang ayah lebih banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Dibiarkan anak - anaknya berdikari sendiri. Dia percaya dengan ilmu yang diberikan, anak - anaknya tak perlu dimanjakan lagi..Ayah lepak di kampung meniliti kancah politik zaman sekarang..Ayah tersenyum sahaja.(Ayah Dira dah pencen lah...)

Semua orang bangga dengan ayah masing - masing.. begitu juga dengan Dira. Jadi jangan salah anggap, ini bukan untuk lagak aku anak siapa..

Friday, June 12, 2009

Satu lagi je...

Peluang untuk terus menikmati kehidupan yang bahagia dan indah???..
Manusia selalu mintak itu dan ini dalam hidupnya. Tapi tahukah kita sebagai umatNya apa lagi yang Dia mahukan datri kita bila peluang terbentang luas di hadapan hidup?.Kita rasa, alah, aku tak ganggu hidup orang, so orang jangan lah ganggu aku. Tapi apa benar kita tidak pernah mengganggu hidup orang lain?. Mana boleh beb. Sikit - sikit mesti terganggu punya lah. Secara langsung atau tidak, kita akan berinteraksi dengan hidupan manusia lain. Walau sebesar mana ruang vacum yang cuba kita cipta untuk memastikan kita tak ganggu orang lain, weh, ini dunia Dia yang punya lah.. dah tulis dalam Kitab dunia yang antara manusia akan berinteraksi sesama sendiri. Sedangkan kalau pokok dan angin pun boleh berkomunikasi, inikan kita sesama manusia yang ada seribu satu macam perasaan dalam hati dan seribu satu macam akal dalam otak.
Kita manusia memang tak pernah puas..
* Hari ini, Dira bawa Anggun ke kedai depan rumah sebelum mulakan kerja, dalam kereta, Anggun pandang Dira, Dira pandang di balik, kami senyum.. Dira bilang ' sayang'... dia jawab 'mummy..' .. ahhhh... ini peluang TERBAIK dalam hidup Dira.. Terima Kasih Penciptaku..

Thursday, June 11, 2009

Hilang lagi seorang pemain wayang..

Rasa - rasanya, Dira bukan orang pertama yang tahu berita sedih ni. Terkejut, tergamam, terdiam sekejap bila dapat tahu pelakon yang cukup terkenal.. Abg Shukri Hashim meninggal dunia semalam lebih kurang jam 1 petang di Hospital Universiti Kebangsaan.

Lebih kurang 2 bulan lepas, Dira ada dapat perkhabaran dari rakan - rakan secara tidak formal mengatakan arwah di Hospital Selayang. ketika itu tak silapnya, Dira sedang sibuk di lokasi pengambaran Seratus Harijadi. Malang, sibuk dengan kerja tuntutan kehidupan, Dira tak sempat nak menziarahi beliau.

TAKZIAH diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah... Terasa benar kehilangan beliau.

Dira sempat bekerjasama dengan arwah untuk drama bersiri popular, Rona Roni Makaroni. Arwah adalah bapa kepada Roni (lakonan mantap oleh Bront Palare). memang itu saja kesempatan Dira bekerjasama dengan arwah, tapi banyak yang Dira dapat dari beliau.

Scene (babak) yang paling melekat dalam hati sebab sangat mencabar pada saya sebagai pelakon baru.. yelah nak buat scene gedik - gedik dengan pelakon yang hebat.. kene pegang -pegang, peluk - peluk, manja - manja, dan sebagainya lah.. (aduh, masa nak buat scene tu, seksa jugak diri ni.. nak nampakkan chemistry lah katanya..) Tapi arwah banyak membantu Dira. Maaf tak sempat nak menziarah tapi dari hati ini sejujur - jujur yang boleh Dira ungkapkan...

TERIMA KASIH kepada arwah.. hanya doa yang mampu diri ini utuskan moga rohnya dicucuri rahmat dariNya.. Amin~ Amin ~ Amin..

Wednesday, June 10, 2009

KEBAS dah..!

Dira bangun, macam biasa.. masih mengharapkan hari ini lebih baik semalam.Tengok muka Anggun.. ahh..lega betul hati ini.Bila dah bersiap nak keluar rumah untuk memulakan hidup yang dah kering ni,Hati dah goyah bila tengokkan yang sepasang tu berkelip - kelip.


Aduh, apesal dia comel sangat?????!!!
Innocent dewa - dewa. Naif sangat - sangat.



Dia lapangkan tangannya untuk ikut sama. Alah.. tak boleh sayang, Mummy kene gi kerja. nanti senang kita gi jalan - jalan k... Tak nak, tapi terpaksa lah. (kalau boleh aku heret kau ke sana - sini, ish.. dah lama aku buat, kau tahu tak???)
Nak je masukan dia balik dalam perut ni, so senang dok dalam ni diam - diam ikut mana Dira pergi.. (hahahahah..)
Dalam kereta, layankan lagu Yuna.. (walaupun dah 2minggu dengar benda yang sama, tapi dah addicted kot). Dira huru - hara macam biasa, terlewat ke meeting sebab melayankan gelemaca berair tadi tu lah.. tengah - tengah dok lari sana sini dalam opis, ada panggilan telefon dari seseorang..Dira jawab.. dia nak kata sesuatu.. Dira dengar.
Sambil dengar, Dira tersenyum.. bukan puas, bukan suka, bukan bangga, tapi............hmmm..


* tengok Seratus Harijadi Jumaat ni jam 1030 malam di Astro Ria ehh!!!


Tuesday, June 9, 2009

Product sendiri..


Kegemaranku adalah menikmati ciptaanNya secara langsung.
Biar panas, biar kuyup,biar gelap kulitku,biar letih longlai diri ini,,
Dira biarkan saja.


Sendiri punya


In House product by Edi (abang Dira la la la..)
edited by anak buah Dira.. Wanjah..


semua bikin sendiri untuk kepuasan diri sendiri..

*kalau perasan, yang paling kecik bawak motor tu adalah Dira Abu Zahar..

Sunday, June 7, 2009

Kekasihku Seru Ep 10











Harap anda terhibur yah!

For now, i can say this is the best character yang Dira pernah bawa. Dah lama, raya tahun lepas dah tayang, tapi Dira belum puas menyaksikannya (bukan syok sendiri, tapi cerita ni memang best apa... )

* Thank You Khabir,you are super duper cool.. *

Friday, June 5, 2009

tin kosong kah?

Dira...

masih merenungkan,
masih mengharapkan,
masih bermohon..

dari atas agar datang yang baik - baik sahaja,

hari ini, penghulu segala hari,
moga setiapnya akan menjadi yang terbaik untuk segala umatNya..

*kawan - kawan.. pi semayang jumaat ehh..*

Thursday, June 4, 2009

apa itu Tenang?

Ini dia...









Aduh, kenapa dia comel sangat??? (maaf kalau ada yang rasa Dira perasan..)

Anggun ada kuasa,
kuasa menyerap segala kepenatan,
kuasa memulihkan segala keletihan,
kuasa merehatkan akal yang kekusutan,
kuasa yang membuatkan Dira aman

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE 26 UNTUK ASH (BAU).

Tuesday, June 2, 2009

Apa ni???










Dia tengok aku, aku tengok dia balik...

.KAMI BAHAGIA.

*dedek, time kasih untuk gambar yang cantik ni..

Monday, June 1, 2009

Jom Heboh @ JB

Perancangan yang agak last minit, Dira ke JB hujung minggu yang lepas.. Puncanya hanya sekadar nak riding je dengan saudara mara, nak lepas gian setelah kecewa tak dpt ride pi Phuket tahun ni. Dira dan semua abang Dira dijemput oleh Majalah 3 untuk memeriahkan suasana booth Majalah 3 disana nanti. Seronok bukan sebb apa, Dira nak ride je.

Tapi sampai saje disana, Dira hampir nak nangis, bukan sebab penat atau letih riding jauh, tapi orang JB menyambut Dira dengan.....MERIAH dowhh!!!

Memang tak sangka jauh sekali nak menduga ini semua, tapi itu yang terjadi.Pertama kali Dira terasa sangat diterima oleh orang ramai.. (hahaha,nampak sangat before this Dira tak diterima kan.?).. terus terang, diri ini sangat terharu.. 'Terima Kasih dari Hati ini' ya orang JB.. dan korang memang BEST arr..!!!

Dira dapat kepuasan.. puas riding pergi JB, dan puas dapat melayan berborak dengan semua yang menghargai hasil kerja Dira secara langsung. Sekali lagi, TERIMA KASIH, hanya itu je yang mampu Dira balas.








*gambar credit to kak wawa and nizam daniel.. thank youuu!!