Saturday, June 19, 2010

besar kepala??

hah!
itu lah dia yang orang cakap! Artist baru nak naik dah besar kepala.. cakap mulut lepas, buat perangai segala..

Terus - terang, melihatkan segala perubahan berlaku dalam hidup aku sekarang, aku tak pernah impikan ini semua. Cuma apa yang aku buat cuma menjalankan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Waimah apa yang terjadi, aku kerjakan juga kerja itu. Dan aku percaya, bukan aku seorang diri, ramai rakan - rakan seperjuangan yang sedang berhempas pulas di luar, tinggalkan keluarga segala, demi melunaskan tanggungjawab yang diberi.

Dalam industri yang serba tak kena ini, ada masa kita akan tersadung kaki dan tersungkur ketika sedang menjalankan kerja. Tidak pasti mana datangnya halangan itu sedangkan tadi ianya tidak kelihatan, tapi kita dah tersungkur disebabkannya. Jadi dengan itu, aku akan pastikan setiap langkah yang diambil, akan aku pastikan kelilingnya itu semua lancar mata memandang. Tapi lumrah manusia yang tidak pernah lari dari keselipan, sudah tentu ada masa mata ini akan menipu dalam mentafsir apa yang dilihat. Jadi lagi sekali, aku akan pastikan apa yang dilihat tidak akan menipu diri sendiri. Oleh itu, aku akan pastikan setiap manusia lain yang aku sedang berkomunikasi dalam soal kerja juga akan buat benda yang sama.

Disebabkan langkah yang terlalu rumit atas niat tidak mahu ditipu ini, aku yang bertindak balas dengan pantas kerana tidak mahu membuang masa, menyuarakan dengan tegas apa yang aku fikir wajar, telah dikatakan besar kepala, pandai buat perangai dan naik kepala... huh?

Kalau masa kamu tidak dihormati, tidak perlu jadi artis untuk mengamuk, pakcik teksi pun akan mengamuk kan?

Kalau perjanjian tidak dituruti, tidak perlu jadi artis untuk bertindak, pensyarah kolej pun akan mengamuk kan?

Kalau bayaran yang dijanjikan tidak ditunaikan, tidak perlu jadi artis untuk menuntut, mat despatch pun akan mengamuk kan?

Jadi, adakah dengan mengambil langkah berjaga - jaga, dan bertindak sekiranya berlaku sebarang kemusykilan itu dikatakan besar kepala? buat perangai? mulut lepas?

Aku keliru dengan kebanyakan adegan hidup sesetengah di antara kita yang lebih rela duduk diam dari bersuara membias rasa yang terpendam dalam hati. Living in denial.. depan cakap semua ok, belakang cakap macam - macam umpama berkempen pilihan raya.

Jadi tolong lah... aku bukan besar kepala, buat perangai, atau mulut lepas ikut suka hati tidak bertempat..Aku cuma mahukan apa yang aku rasa hak aku sebagai manusia. Payah sangat ke nak faham?


12 comments:

  1. selagi ada pendirian teguhkan lah....... we are behind u...

    ReplyDelete
  2. sabar dira..yup2..itu sudah sifat manusia...apa2pun..teruskan usaha anda...

    ReplyDelete
  3. bahan untuk industri hiburan macam tu la... benda remeh pun jadi isu... jangan cakap artis... dunia orang biasa pun macam tu juga

    ReplyDelete
  4. kalau sy cakap jangan pedulikkan cakap org susah jgk kan, sbb dira lebih mengetahui dunia artis dan dira yang tau apa rasanya jadi artis. tapi be strong ya.

    ReplyDelete
  5. be yourself.biarkan ape org keliling akan cakap.mulut manusia mmg xkan puas!

    anyway,goodluck babe!

    ReplyDelete
  6. setuju....

    semua org mahu kan yang terbaik untuk dirinya

    biar dikatakan besar kepala
    lupa diri

    asalkan kita dapat apa yg terbaik utk diri kita

    ReplyDelete
  7. harap dira jadi dira tak perlu berubah untuk puaskan hati sume org..

    ReplyDelete
  8. speak your mind and pedulikkanla sesape yg mengate di belakang itiew..

    nways, im a fan of you. you have that talent am looking for. GANBATTE!

    ReplyDelete
  9. ..don't worry kak dira..i will support u forever..,CAyyah DOWH!!

    ReplyDelete
  10. saya sokong dgn pendpt dira tu...
    buat yg terbaik...
    lantak lah apa org nk kata...

    ReplyDelete
  11. lupe nk bgtaw,

    gua suke lu sjk cite rona roni makaroni.

    hehe





    :D

    ReplyDelete
  12. huh..
    sabo2
    tarik napas dalam 3x
    lompat bintang 2x
    fuuh..

    ok..

    sng cite wat keje ape pun ade risiko
    dunia artis itu la risiko die
    gua bukan artis,
    tp it's my perspective..haha

    ReplyDelete